PENGARUH,
PERANAN DAN FUNGSI TEKS SEJARAH MELAYU
Tujuan
Tujuan penulisan teks
Sulalatus Salatin dihasilkan atau dikarang untuk kegunaan istana dan kegunaan
orang-orang bangsawan Melayu. Ia bertujuan merakamkan kebesaran, ketinggian dan
kegemilangan sesebuah Negara-kota atau kerajaan Melayu. Selain itu ia juga bertujuan
untuk menunjukkan atau memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa
Melayu itu sendiri. Lebih-lebih lagi kebesaran ini boleh dibuktikan dengan
wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu yang besar seperti kerjaan Melayu Melaka,
Acheh, Pasai, Kedah dan lain-lain.
Hikayat
Melayu berperanan sebagai teks yang menyusurgalurkan Keturunan Raja-raja Melayu
daripada keturunan Iskandar Zul-Karnain sehingga kesinambungan kepada
keturunan Siak-Pasai dan Sejarah Melayu dilihat menjadi rujukan utama kepada
Hikayat Melayu. Dalam erti kata lain, Sejarah Melayu menjadi “Cermin” kepada
Hikayat Melayu.
Siapa
Penulis Teks Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu
Sejarah Melayu ditulis
oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad. Tun Sri
Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah
pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan
Johor Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615.
Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan
Februari 1614 dan siap pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja
Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun Ganggang. Beliau juga merupakan
cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu
Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada Tun Kudu iaitu
bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam perancangan
menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga
menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai
contoh, beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23
September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
Sulalatus
Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir,
Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang
diberi nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin
menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan
Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam
Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup masyarakat
dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu,
terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua.
Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh
gagah dan sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil
daripada kisah-kisah ini.
Pengaruh
unsur yang terdapat di dalam teks Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu
Antara unsur karya agung
yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi. Dalam
Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk
memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk
menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat
mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin
turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang
panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Seterusnya
ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap
sebagai kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat
menerusi peristiwa Waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.
Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak
rakyat. Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh
derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan
negeri.
Unsur
keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja
Melayu. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak
tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat
dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang
watak walaupun kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan
Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga
bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu.
Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini kerana Sultan Mahmud apabila
dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh. Walaupun
rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan
sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.
Karya
ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya
bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan,
kebijaksaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan
gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa
dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas
daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal
karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang
diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat
itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah
Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya
menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh
Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah
Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah
Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus
Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612
ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
Karya
Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis
sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat
beliau dibantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku
Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata
bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu,
menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan
bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang
sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap
penyarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan
dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan
gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat
semula pada mukadimah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus
Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar
penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.
Syeikh
Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama
dalam penulisan karyanya iaitu Bustanatus Salatin (Taman Raja-raja) yang
ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal
di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak
perkara daripada Sejarah Melayu, Bab II fasal 12 yang berbunyi seperti berikut:
“Kata
Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang yang mengarang kitab misrat Sulalatus
Salatin, ia mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada nenek dan
datuknya, tatkala ada hijrat al Nabi SAW seribu dua puluh esa, pada bulan
Rabiul Awal pada hari ahad, a mengarang hikayat pada menyatakan segala
raja-raja kerajaan di negeri Melaka, johor, Pahang dan meyatakan bangsa dan
salasilah mereka itu daripada Sultan Iskandar Zulkarnain…”
Pendapat
itu juga disokong oleh penulis buku Sejarah Johor, Buyong Adil yang menyatakan:
“Tun
Sri Lanang selalu berguru daripada ulama terkenal di Aceh seperti Nuruddin
al-Raniri, Tun Aceh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin
al-Sumaterani. Dengan itu, Syeikh Nuruddin al-Raniri tentu amat mengenali Tun
Sri Lanang”.
Abdul
Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang
pendapat R. O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh. Beliau berasa hairan
dengan Winstedt yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan
penyusun Sulalatus Salatin sedangkan Winstedt sendiri ada menyatakan dalam
mukadimah edisinya yang berbunyi:
“… Demikian
bunyinya titah Yang Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat
pada Bendahara, peraturan segala raja-raja Melayu dengan
istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu tentunya bukan Tun Bambang….”
Beliau
juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan
rajanya , setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan Syafaat daripada Nabi
Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin atau “Pertuturan
Segala Raja-raja” berdasarkan apa yang diceritaka oleh ayahdan datuknya. Oleh
itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan berhati-hati
oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna dari aspek sasteranya.
Tengku
Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa
jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya
Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohan dalam
bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang contohya daripada
pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula menumpukan perhatian
dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di Batu Sawar
pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III dan
dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang untuk
mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut.
Pada
ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh
Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri.
Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini
dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat
antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi
penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa
Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan karya ini
seharusnya diiktiraf sebagai karya karya asal tulisan Tun Sri Lanang dan beliau
bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat Melayu diambil
sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan, sumber-sumber primer,
serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk neneknya dan daripada
pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut gaya bahasa yang
tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan beliau digelar
pengarang Sulalatus Salatin yang asli.
Manakala,
Tuhfat al Nafis juga merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan
susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji
menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan
penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja
Bugis. Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu
ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas
penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.
Di
dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan
peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih
objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau
sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan
secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang
Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui
pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.
Peranan Sejarah
Melayu dan Fungsinya
Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah yang ditulis di Melaka
dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun
1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada
tahun 1528. Teks yang ada masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai
berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip
yang ada bertarikh 1808 mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka.
Salinan Sejarah Melayu telah dibawake
Goa, Portugis juga merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang
Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Sulalatus
Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir,
Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang
diberi nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin
menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan
Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Terdapat
pelbagai peranan Sejarah Melayu dan terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
pengajaran, kepuasan estetik, sosial dan moral.
Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan
kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai
berkuasa mutlak. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh
dijadikan panduan kepada semua. Contohnya kisah Hang
tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya.
Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-kisah
ini. Kisah-kisah ini boleh menjadi pengajaran atau didikan untuk generasi yang
mendatang. Perkara baik harus diikuti manakal perkara yang tidak baik harus
dijauhi.
Terdapat juga pengaruh dari unsur
agama Hindu iaitu unsur mitos dan lagenda. Sejarah Melayu memperlihatkan gaya penulisan sastera di bahagian awal
penceritaannya dengan kemasukan unsur sastera seperti mitos dan lagenda. Unsur
seperti ini amat jelas dari awal kisah sehingga ke zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Syah. Ciri-ciri sastera seperti mitos dan lagenda bercampur gaul
dengan fakta sejarah sebenar bertujuan untuk meninggikan darjat pemerintah dan
boleh dijadikan sindiran secara simbolik mengenai perilaku pemerintah. Ia juga
bertujuan untuk mendaulatkan dan mengkritik secara halus tentang sifat raja. Bahagian
seterusnya berkisar mengenai kemasukan penjajah dan dapat dilihat bagaimana
pengarang banyak memaparkan cerita bersifat realistik atau realiti sebenar pada
zaman itu.
Selain itu, terdapat beberapa unsur
karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin antaranya ialah nilai
estetika yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya
bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama
turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan
unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa
supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan
bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak
menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Di samping itu, terdapat peranan Sejarah Melayu dari
segi moral dan sosial iaitu terdapat unsur kesejagatan dan unsur keadilan.
Unsur kesejagatan ialah tindakan-tindakan seseorang watak dianggap sebagai
kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat
menerusi peristiwa berwa'ad atau membuat perjanjian antara Demang Lebar Daun
dengan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak
iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala
rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada
keamanan seluruh rakyat dan negeri.
Manakala unsur
keadilan pula dapat dilihat menerusi
kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja Melayu. Terdapat banyak contoh
kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan kesan
sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud
yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukan
itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh
Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Bendahara Tun
Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka yang berlaku pada
zamannya menunjukkan balasan yang diterima kerana kekejaman pemerintah. Hal ini
kerana apabila Sultan Mahmud membunuh
keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak
dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan sendirinya
yang berpunca daripada sikap zalimnya sendiri.
Maklumat yang ringkas dan padat
ReplyDeleteIsi yang bermanfaat dan ilmiah
ReplyDeleteIa lengkap dan padat.. Tahniah..
ReplyDeletePinnacle Casino - Mapyro
ReplyDeleteLocated just 경상남도 출장마사지 steps from Pinnacle Casino Hotel Casino, Pinnacle is a casino and hotel located 포천 출장샵 on the Qualla Boundary 안동 출장안마 in Paradise, Nevada. It is 김제 출장마사지 owned by 거제 출장안마