Tuesday, 29 May 2018


UNSUR – UNSUR TERTENTU

UNSUR HUMOR
Dalam konteks karya sastera, humor dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya. Unsur ini timbul akibat dari tindak – tanduk seseorang baik dari segi perlakuan mahupun dari sikap dan tutur katanya….. adakalanya perlakuan atau tutur kata yang diucapkan oleh seseorang itu bukan sahaja dapat menimbulkan kegelian di hati, bahkan dapat pula digunakan sebagai bahan yang sebenarnya terimplisit unsur sindiran yang cukup tajam.”
          
  (Yusof Iskandar & Abd. Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Kritis dari Pelbagai Bidang, H.E.B, K.L, 1978, hlm.119)
            Hashim Awang pula dalam bukunya “Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987, halaman 34 memberi pengertian humor itu sebagai:
            “Kelucuan atau kejenakaan yang boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan”.
          
Selain itu, humor juga membawa pengertian “kecekapan dalam mengamati, memahami atau menyatakan sesuatu yang menyenangkan yang lantas menghasilkan pula ketawa.” Humor terlaksana hasil daripada pengenalan atau penyataan keanehan atau kemustahilan yang timbul dalam suatu suasana atau perlakuan tertentu. Dari itu humor bukanlah selamanya berupa sesuatu yang ringan dan menggelikan hati kerana ia juga mampu memancarkan fikiran dan kiasan di sebalik nada kelucuan itu.
            Selain daripada pengertian di atas, Syed Zulfilda dalam tulisannya, “Wit humor dalam Sejarah Melayu”, Zaharah Ibrahim, Sastera Sejarah, Interprestasi dan penilaian, D.B.P, 1986, hlm.76 memberi pengertian bahawa yang dimaksudkan dengan humor itu ialah:
            Suatu keupayaan mengenal, menilai atau menyatakan kelucuan, kejenakaan, kebodohan, ketidakseimbangan perangai atau sesuatu kejadian, watak, kata – kata yang menimbulkan gelak ketawa, senyum, senda gurau dan menggelikan. Wit juga ialah humor tetapi lebih tajam, lebih bersifat intelektual. Jikalau humor itu dalam, bersifat simpati dan membawa kita berfikir seterusnya tetapi sebaliknya wit adalah tajam, pantas, ringkas dan kadangkala “pedih”.
            Beliau juga telah menjelaskan dengan mendalam dalam tulisannya bagaimana unsur – unsur humor boleh wujud dalam satu – satu peristiwa. Huraian telah diringkaskan.

Humor Timbul:
     1. Dari rasa puas kerana melihat atau mendengar sesuatu yang berlaku akibat 
         perbuatan:
          a)  yang luar biasa
          b)  yang dianggap merendahkan martabat seseorang.     
       2.  Seseorang yang menjadi mangsa kepada:
            a) suatu rencana yang terlebih dahulu dirancangkan.
            b) menjadi mangsa akibat kebodohannya semata – mata.
        3. Dari watak, perangai atau kelakuan seseorang itu yang tidak menurut
             norma - norma adat resam atau kebudayaan biasa.
        4. Dari suatu peristiwa yang menghairankan, ganjil dan pelik.
        5. Akibat ejekan yang dibuat terhadap bangsa, adat resam dan bahasa orang
            lain.

Berdasarkan beberapa pengertian yang dibincangkan di atas, pengertian humor dapat dirumuskan meliputi perkara – perkara berikut:
         1.   Kelucuan yang membawa kepada ketawa, geli hati, keseronokan dan
                kegembiraan.
          2.   Kelucuan yang timbul daripada:
                 a)   Perlakuan
                 b)   Sikap
                 c)   Tutur kata
          3.  Kecekapan dalam mengamati, memahami dan meyakinkan tentang
               sesuatu yang menyenangkan yang membawa kepada ketawa dan geli hati.
          4.  Terhasil daripada pengenalan atau penyataan keanehan sama ada    
               keanehan mengenai suasana atau perlakuan.
          5.  Terkandung unsur – unsur fikiran disebaliknya, juga unsur kiasan dan
               sindiran tajam yang disampaikan melalui nada lucu.

Dengan lain perkataan, pengertian humor dalam konteks penghasilan Sulalatus Salatin sebagai sebuah bahan sastera sejarah bukan sahaja meliputi sesuatu yang ringan dan semata – mata bertujuan untuk lelucon, ketawa gembira sahaja tetapi di sebalik unsur lucu itu terselit buah fikiran, kiasan dan sindiran yang amat tajam serta amat berkesan.

Peristiwa – Peristiwa Humor dalam Sulalatus Salatin

PERTAMA :
Unsur humor yang timbul daripada perlakuan, sikap dan tutur kata yang biasa (ringan) dan membawa kesan lelucon dan geli hati.

     1       Kisah Mia Ruzul dengan Kambing Randuk
Kisah ini terdapat dalam episode peperangan Melaka dengan Haru dalam Cetera VII (Sulalatus Salatin, hlm.178-179). Ketika berada di Pengkalan Dungun, orang – orang Melaka naik ke darat. Seorang Keling bernama Mia Ruzul hendak membuang air. Ia bertemu dengan seekor kambing randuk. Pada pandangannya kambing itu seperti orang tua. Oleh kerana ketakutan, Mia Ruzul lari tunggang – langgang, ternganga – nganga mengusir orang banyak dan keadaan menjadi gempar. Apabila ditanya, Mia Ruzul memberitahu:

“Kita tumu Haru tua, kita hudap ia zughu, kita zughul ia hudap”. (Sulalatus Salatin, hlm.178)

Angkatan Melaka yang terdiri daripada hulubalang Melayu naik ke darat dengan senjata. Mereka tidak bertemu dengan Haru Tua yang dikatakan oleh Mia Ruzul itu sebaliknya yang ada ialah kambing randuk. Mereka semua ketawa kerana telah dipersendakan oleh Keling tersebut. Dari peristiwa itu kata – kata yang disebut oleh Mia Ruzul seperti di atas dipantun orang dan menjadi nyanyian sebagai bahan hiburan yang menggelikan hati.

      Unsur humor yang jelas daripada peristiwa di atas ialah:
            a) Sifat penakut Mia Ruzul. Di kalangan hulubalang dan panglima
                angkatan perang Melaka hanya Mia Ruzul seorang sahaja yang bukan
                Melayu.
            b) Kata – kata lucu yang disebut oleh Mia Ruzul kemudiannya menjadi
                nyanyian  atau dipantunkan orang sebagai bahan berhibur.

     2. Orang – orang Melaka Hairan Melihat Kelakuan Orang
         Bersembahyang Tunggang – tonggak. 
      Kisah ini jelas dalam episode Melaka menerima Islam atau Raja Kecil Besar
      memeluk Islam (Sulalatus Salatin, hlm.73)
 Dalam episod pengIslaman Raja Kecil Besar, sewaktu bermimpi baginda diberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan berlabuh sebuah kapal dari Jeddah dan orang – orang dari kapal itu akan turun bersembahyang di pantai Melaka.
Pada waktu Asar, memang benar datang sebuah kapal dari Jeddah. Makhdum dari kapal itu Syed Abdul Aziz turun bersembahyang di pantai Melaka. Cara dan perlakuan sembahyang itu menyebabkan orang – orang Melaka hairan sebab sebelum ini mereka belum pernah melihat kelakuan sedekimian. Orang – orang Melaka berebut – rebut datang melihat hingga penuh sesak di pantai Melaka hingga keadaan menjadi haru – biru.
Sulalatus Salatin mencatatkan:
Maka kata segala orang Melaka, “Mengapa orang itu tunggang tunggik?.” (Sulalatus Salatin, hlm. 73)
Dari peristiwa di atas unsur humor jelas daripada:
a)  Gerak – geri dan telatah orang sembahyang kerana perlakuan   
     sedekimian belum pernah dilihatnya sehinggakan perlakuan itu
     menjadi suatu keanehan.
                b) Sifat dan kelakuan orang – orang Melaka yang datang berpusu, penuh
                     sesak di pantai Melaka hanya ingin melihat “Kelakuan aneh” yang
                     belum pernah dilihatnya sebelum ini.

     3. Sifat dan Watak Tun Mai Ulat Bulu yang Melucukan
     Kisah melucukan mengenai Tun Mayu’-d Din dalam episod kebakaran   
     yang  berlaku di istana Raja Melaka (Sulalatus Salatin, hlm.145-147). Ketika
     istana Mahligai terbakar, ramai pembesar berusaha masuk ke dalam istana
     untuk  menyelamatkan harta raja. Tun Mai Ulat Bulu adalah gelaran yang
     diberikan kerana badannya dipenuhi dengan bulu roma. Beliau tidak berani
     masuk ke dalam istana yang sedang terbakar kerana takut bulu romanya
     terbakar hangus. Sebab itulah diberi nama atau gelaran Tun Mai Ulat Bulu.
Dalam satu peristiwa lain, Tun Mai Ulat Bulu belajar agama pada Makhdum Sadar  Jahan (Sulalatus Salatin, hlm.246). Makhdum itu telah menegur ucapan atau sebutan Tun Mai yang begitu tepat menyebut beberapa perkataan Arab.  Makhdum  Sadar Jahan menyatakan lidah Tun Mai keras, lain yang disuruh,  lain pula yang disebutnya. Tun Mai ingin mempertahankan dirinya dengan memberi alasan bahawa dia tidak boleh menyebut kata – kata Arab dengan betul sebab bukan  bahasanya sendiri.
Jika Makhdum menyebut bahasa Melayu, tentu sebutannya tidak betul sebab bukannya bahasa percakapan ibunda. Makhdum menyatakan bahawa bahasa Melayu memang senang disebut, katanya:

Maka kata Tun Mai Ulat Bulu, “sebutlah oleh tuan, kucing.”
Maka disebut oleh tuan itu, “kusyin.”
Maka kata Tun Mai Ulat Bulu, “salah itu, tuan; sebutlah, kunyit.”
Maka disebut oleh Makhdum, “Kuzit.”
“Dan sebutlah oleh tuan, Nyiru.”
Maka kata Makhdum, “Niru.”
Maka kata Tun Mai Ulat Bulu, “Manatah tuan dapat menyebut bahasa
Melayu? Demikian lagi kami mengikut bahasa tuan.”
Maka Makhdum Sadar Jahan terlalu marah, katanya. “Tobatlah aku
mengajar Tun Mai Ulat Bulu lagi.” (Sulalatus Salatin, hlm.247)

Dari episod di atas, jelas unsur lucu timbul daripada sifat dan kelakuan watak:
           a) Badannya yang dipenuhi bulu hingga menyebabkan diberi gelaran ulat
               bulu. Nama atau gelaran itu sudah melucukan dan menimbulkan rasa geli
               hati.
           b) Sifat penakut hanya kerana takutkan bulu romanya terbakar.
           c) Sifat degil dan enggan menerima hakikat kelemahan diri sendiri,
               sebaliknya cuba mencari kelemahan orang lain agar kelemahan sendiri  
               tidak menjadi begitu ketara.
  
        KEDUA:
         Unsur humor yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan kelebihan
         sesuatu golongan mengatasi golongan yang lain.
         Unsur humor yang bertujuan seperti di atas, lebih banyak menggunakan
         akal fikiran dan muslihat bagi tujuan mengatasi golongan yang lain.
         Beberapa peristiwa dari Sulalatus Salatin yang mengandungi unsur –
         unsur ini. Antaranya:

     
 1.  Helah Pembesar China Bagi Mengelakkan Serangan Raja
      Suran
        Peristiwa ini diceritakan dalam episod Raja Suran merancang menyerang
        negeri China. (Sulalatus Salatin, hlm.10). Angkatan perang yang diketuai
        oleh Raja Suran sampai ke Temasik. Berita bahawa Raja Suran akan  
        menyerang negeri China sampai ke pengetahuan Maharaja China. Untuk
        mengelakkan daripada diserang maka pembesar China menggunakan
        kebijaksanaan akal dan fikiran, membuat muslihat bagi menyakinkan
        bahawa negeri China itu terlalu amat jauh. Pelayaran ke negeri China
        memakan masa yang amat lama. Muslihat China ialah:                    
       
 Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang  terbesar, diisi dengan jarum yang seni, lagi yang berkarat, maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah – buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu dan dipilihnya orang yang tua – tua sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.” (Sulalatus Salatin, hlm.13)
Apabila rombongan daripada China sampai ke Temasik, orang – orang Raja Suran datang bertanyakan mengenai jarak negeri China. Anak – anak kapal itu memberitahu orang – orang Raja Suran bahawa:
“Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian kami – kami ini sedang muda – muda belaka, baharu dua belas tahun umur kami dan segala buah – buahan ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah – buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari.” (Sulalatus Salatin, hlm.13)
     
Dari peristiwa di atas, maka jelaslah bahawa terselit unsur humor di sebalik kebijaksanaan akal fikiran pembesar China memperdayakan Raja Suran. Dengan ini juga menunjukkan kelebihan dan kecerdikan orang – orang China mengatasi orang – orang Raja Suran sehingga apabila mendengar keterangan daripada orang – orang China serta melihat keadaan barang – barang di atas kapal itu mereka terus mempercayai bahawa jarak negeri China dengan Temasik adalah amat jauh. Dengan itu mereka membatalkan rancangan menyerang negeri China.

       2Utusan Melaka di China: Makan Kangkung Tidak Dikerat
           Untuk Melihat Wajah Maharaja China.
       Peristiwa ini terdapat episod hubungan Melaka – China. (Sulalatus
       Salatin, hlm.133). Dua orang utusan Melaka dihantar ke negeri China iaitu
       Tun Telanai dan Tun Perpatih Putih. Sewaktu menghadap Raja China,
       rakyat tidak boleh melihat wajah Raja China kerana mengikut adat China
        sewaktu menghadap tidak boleh mendongakkan muka ke atas. Raja China
        duduk dalam mungkur itu pula berada dalam mulut naga. Sebagai satu helah apabila ditanya mengenai makanan kegemaran orang – orang Melaka, Tun Perpatih Putih memberitahu,
“Sayur kangkung tuanku, jangan dikerat – kerat, belah panjang – panjang, itulah kegemaran kami semua orang Melaka makan, tuanku.” (Sulalatus Salatin, hlm.133)

Setelah orang – orang China menghidangkan masakan kangkung seperti yang diberitahu, maka ketika makan:
“…..membibit hujung sayur kangkung itu, serta menengadah, mengangakan mulutnya. Maka kelihatanlah raja China duduk di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Maka barulah dapat dipandang dengan nyata oleh orang Melaka raja China itu. Setelah sekalian China melihat orang Melaka makan sayur kangkung itu maka diturutnya. Sebab itulah orang China tahu makan sayur kangkung datang sekarang.” (Sulalatus Salatin, hlm.133)
Helah dan muslihat Tun Perpatih Putih melucukan kerana sebenarnya orang – orang Melaka tidak memiliki kegemaran makan kangkung seperti yang dipersembahkan pada Raja China itu tetapi kerana pintar dan akal yang bijak hendak menatap wajah Raja China, maka muslihat itu kemudian menjadi kenyataan. Orang – orang  Melaka akhirnya dapat menatap wajah Raja China dan makanan kangkung yang dimasak tanpa dikerat – kerat itu pula menjadi kegemaran orang – orang China.

     3. Bendahara Paduka Raja Menambat Puntung Api.
Cerita ini di dalam episod serangan Siam ke atas Melaka. (Sulalatus Salatin, hlm.94). Bendahara Paduka Raja mengetuai angkatan Melaka menentang kemaraan angkatan Siam yang berkampung di Batu Pahat. Angkatan Siam memang termasyhur sebagai sebuah angkatan perang yang besar dan kuat. Untuk mengatasi serangan Siam, Bendahara Paduka Raja telah menambat punting api pada sekalian pokok – pokok yang berada di sepanjang sungai. Apabila melihat punting api yang begitu banyak, pada sangkaan Siam bahawa angkatan Melaka tersangat ramai dan besar. Siam tidak jadi menyerang angkatan Melaka dan berundur.
Biasanya punting api akan dipegang oleh setiap panglima. Jadi, apabila melihat punting api begitu banyak, sangkaan Siam bilangan panglima Melaka tersangat ramai. Mereka membatalkan menyerang angkatan Melaka kerana bimbang beroleh kekalahan yang teruk. Dengan kebijaksanaan dan kepintaran Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Melaka berjaya diselamatkan dari menghadapi bencana kemusnahan akibat peperangan. Semua ini hanya melalui muslihat yang mana di sebaliknya terselit unsur humor melibatkan kepintaran orang Melaka mengatasi orang – orang Siam.

KETIGA:
Unsur humor yang timbul daripada ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.

     1. Orang Kaya Tun Muhammad Utusan Ke Pasai Tidak
         Membawa Surat Sebaliknya Menghafal Isi Kandungan Surat.
      Episod hubungan Melaka – Pasai dalam menyelesaikan masalah berkaitan
      dengan soal – soal keagamaan. (Sulalatus Salatin, hlm.247-248)
 Sultan Mahmud menghantar utusan ke Pasai untuk masalah perkataan
      antara. Ulama Mawara’l Hartar dengan Ulama Khurasan dan Ulama Benua
Irak. Utusan yang dihantar ke Pasai tidak boleh membawa surat kerana pada
kebiasaannya apabila disebut “salam”, akan dibaca sebagai “sembah”. Untuk
mengatasi masalah ini, Bendahara Seri Maharaja mencadangkan agar utusan
ke Pasai tidak membawa surat sebaliknya isi kandungan sudah dihafal
terlebih dahulu oleh utusan. Dengan itu dapatlah di atasi masalah “jika
salam pun dibacanya sembah.” (Sulalatus  Salatin, hlm.248)

               Orang Kaya Tun Muhammad ditugaskan sebagai utusan ke Pasai.
     Apabila sampai ke Pasai, orang yang datang menjemput bertanyakan surat
     untuk diarak ke istana Pasai. Oleh kerana isi surat telah dihafal oleh Tun
     Muhammad, maka kata Tun Muhammad;
“Hambalah surat, araklah hamba.” (Sulalatus Salatin, hlm.248)
Jadi Tun Muhammad lah yang diarak di atas gajah hingga ke balairung.

Apabila sampai ke balairung, Tun Muhammad membacakan isi kandungan surat yang telah dihafalnya. Dari kisah ini amat jelas kebijaksanaan orang – orang Melaka mengatasi ujian yang dibuat oleh orang Pasai. Dengan ini Melaka dapat mempertahankan kedudukan dan martabat tingginya mengatasi Pasai kerana orang – orang Pasai tidak dapat mengubah kata – kata salam menjadi salam (kata – kata salam membawa interprestasi bahawa antara Melaka dan Pasai saling bersaudara dan mempunyai kedudukan yang sama taraf. Sedangkan sembah bermaksud mengaku taat atau sebagai negeri di bawah naungan. Kedudukannya lebih rendah.


UNSUR METOS
Metos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa – peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa. Metos juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang diterima bulat – bulat tanpa bukti seperti mitos yang terdapat dalam setengah – setengah agama. (Hashim Awang, Glosari Mini Kesusasteraan, 1987, hlm. 61).
            Hooykaas pula berpendapat, metos dalam konteks penulisan Sastera Melayu lama bercorak sejarah sebagai “cerita dewa – dewa. Cerita seperti ini lazimnya didorong oleh unsur – unsur keagamaan dan unsur ini ada kaitan dengan unsur yang sangat ajaib”. (Hooykaas, Penyedar Sastera, London Oxford Uni. Press, 1965, hlm 143).
            Metos mengikut pengertian yang dibuat dalam buku Zaliha dan Jamilah, DBP, 1993, hlm. 106 ialah : “Cerita – cerita yang dianggap benar – benar pernah terjadi dan bersifat suci. Tokoh atau watak yang terlibat dalam metos adalah orang – orang halus, para dewa atau separuh dewa. Peristiwa yang diceritakan pula terjadi pada masa lampau dan bukan di dunia yang kita kenali kini. Metos mengisahkan bagaimana terjadinya dunia, manusia, maut, bentuk khas binatang, bentuk topografi, gejala alam, tumbuhan serta tanaman dan sebagainya”.
Kesimpulannya, sesebuah cerita itu dapat digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri – ciri berikut:
      
      1. Cerita tentang asal – usul kejadian :
          ü  Asal usul kejadian makhluk
          ü  Asal usul kejadian manusia
          ü  Asal usul kejadian tempat
          ü  Asal usul kejadian alam
     
       2. Cerita berkait dengan gejala asal – usul yang dapat memberi jawapan
           terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku atau terjadi demikian.

       3. Cerita – cerita metos menjadi kepercayaan di kalangan rakyat atau sesuatu
           bangsa yang tertentu. Masyarakat atau bangsa yang mendukung cerita
           tersebut amat menghormatinya dan diingati dari satu generasi ke satu
          generasi yang lain.
     
      4. Berkaitan dengan kepercayaan, maka masyarakat pendukungnya benar –
          benar yakin bahawa peristiwa – peristiwa atau kejadian itu benar – benar
          berlaku seperti mana yang dikisahkan.

  5. Cerita – cerita ini terus hidup dan dihormati oleh generasi pendukungnya.
      Sebab itulah amat sukar dikikis daripada jiwa, pemikiran dan kepercayaan
      sesuatu kelompok.


Jenis – Jenis Metos dalam Sulalatus Salatin
     1. Metos Asal – usul Keturunan Raja – Raja.
Dalam bahagian awal teks Sulalatus Salatin diceritakan bahawa keturunan raja – raja Melayu adalah daripada salasilah keturunan Iskandar Zul – Karnain berasal daripada negeri Makaduniah. Baginda telah menakluki negeri Kida Hindi, mengislamkan rajanya dan berkahwin dengan putera Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul – Bariyah. Daripada keturunan inilah membawa kepada beberapa keturunan hinggalah sampai kepada Raja Suran.
Kemudian dikaitkan pula keturunan Raja Suran dengan Puteri Mahtabu’l Bahri dari negeri bawah laut (negeri Dika). Ketiga – tiga orang putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama kemudian turun di Bukit Guntang. Nila Utama atau gelarannya Seri Teri Buana berkahwin dengan puteri Raja Palembang (Demang Lebar Daun) yang bernama Raden Ratna Cendera Puri. Dari sinilah berakarnya keturunan raja – raja Melayu hingga membawa kepada keturunan raja – raja Palembang, raja Singapura, Samundra – Pasai dan akhirnya membawa kepada keturunan raja – raja Melayu Melaka.
Dalam menceritakan asal – usul keturunan raja – raja ini, beberapa kejadian aneh melibatkan golongan raja telah berlaku, antaranya:
    
     Ø  Raja Suran turun ke negeri bawah laut atau boleh hidup di dunia bawah
          laut. Bertemu dengan Raja Jin untuk mendapatkan mahkota.
     Ø  Ketiga – tiga putera Raja Suran menaiki lembu putih dari negeri bawah laut  
          ke Bukit Si Guntang.
     Ø  Tanda kebesaran ketiga – tiga putera Raja Suran apabila mereka sampai ke
          Bukit Si Guntang, kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini
          bertukar menjadi warna keemasan, padi menjadi emas, daun menjadi perak
          dan batang padi menjadi tembaga suasa.
     Ø  Seri Teri Buana dapat menawarkan air masin.
     Ø  Upacara nobat dilakukan oleh Betala, budak yang lahir daripada muntah        
          lembu. Betala juga membaca ciri.

     2. Metos Asal – usul Nama Tempat atau Negeri.
     Bagaimana sesebuah tempat atau negeri  mendapat nama juga dikaitkan  
     dengan cerita – cerita metos. Dalam teks Sulalatus Salatin biasanya
     pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang – binatang yang tertentu,
     biasanya binatang yang aneh atau luar biasa. Nama – nama tempat juga      
     dikaitkan dengan benda – benda atau kejadian.

          a) Asal – usul Padang Gelang – gelang  
         Nama ini dikaitkan dengan Cacing Gelang – gelang. Peristiwa berkait
         dengan Merah Silu menahan lukah tetapi setiap kali lukahnya diangkat
         tiada ikan kecuali dipenuhi dengan cacing gelang – gelang. Cacing itu
         direbus dan dimakannya. Dari situlah kekal nama tempat itu sebagai
         Padang Gelang – gelang.

          b) Asal – usul Samundra
         Asal nama dari seekor semut besar, sebesar kucing, peristiwa berkait  
          dengan Merah Silu yang berburu. Ketika berburu anjingnya si Pasai  
           menyalak pada suatu tanah tinggi. Di atas tanah itu terdapat seekor semut
           sebesar kucing. Semut itu diambil dan dimakan oleh Merah Silu. Tempat
           terjumpanya semut, dibuka sebagai negeri dengan dinamai Samundra. 

            c) Asal – usul Singapura
           Asal nama binatang yang dipercayai “Singa”, Seri Teri Buana sewaktu
           sampai ke Temasek telah terpandang seekor binatang maha pantas
           lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya dan putih dadanya.
          Sikapnya yang terlalu pantas serta perkasa dan besarnya lebih sedikit
          daripada kambing randuk (Sulalatus Salatin, hlm. 40).

          d) Asal – usul Melaka
         Nama Melaka sempena dari nama sebatang pokok yang bernama Melaka.
         Pemberian nama tempat yang dibuka untuk dijadikan negeri itu berkait
         dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar melihat seekor pelanduk putih yang
         sangat gagah dan berani telah menendang seekor anjing perburuan hingga  
         jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk putih, Raja
         Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka.
                   Lain – lain nama tempat dan negeri yang berkaitan dengan cerita
         metos ialah Tanjung Batu, Padang Maya, Sungai Bersisik, Kota Buruk dan
         Biawak Busuk.

      3. Metos Asal – usul Kemasukan Islam
      Dalam teks Sulalatus Salatin, asal – usul kemasukan Islam ke Melaka
      hampir sama seperti kisah yang diceritakan mengenai kemasukan Islam ke
      Pasai. Walaupun terdapat sedikit sebanyak perbezaan, namun yang jelas
      kemasukan Islam di kedua – dua buah negeri itu adalah melalui raja yang
      bermimpi bertemu dengan  Nabi Muhammad S.A.W.
Kemasukan Islam ke Melaka diceritakan bahawa pada suatu malam Raja Iskandar bermimpi berpandangan dengan keelokan Rasulullah. Baginda mengajar mengucap dua kalimah syahadat dan menyuruh menukarkan nama kepada Sultan Muhammad serta memberitahu bahawa pada waktu asar akan datang sebuah kapal dari Jeddah. Orang – orang dari kapal itu akan turun bersembahyang di pantai Melaka dan Rasulullah meminta Raja Iskandar menurut segala kata – kata orang dari kapal itu. Keesokan harinya apabila baginda bangkit dari tidur, baginda mendapati badannya berbau narawastu dan kalamnya pun sudah dikhatankan.
Semua perkara yang dinyatakan dalam mimpi itu menjadi kenyataan kerana pada keesokan harinya selepas waktu asar, berlabuh sebuah kapal dan orang – orang dari kapal itu telah turun bersembahyang di pantai Melaka. Makhdum Syed Aziz telah mengislamkan pembesar Melaka diikuti oleh segala rakyat sekalian.

     4. Metos Berhubung dengan Sesuatu Peristiwa Aneh
          a) Waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana
         Demang Lebar Daun adalah raja yang memerintah negeri Palembang.
         Apabila Seri Teri Buana ingin mengahwini puterinya Raden Ratna
         Cendera Puri Demang Lebar Daun terlebih dahulu meminta diikat suatu
         perjanjian (waadat). Permintaan ini dibuat kerana Seri Teri Buana telah
         berkahwin 39 kali dan setiap kali perempuan yang dikahwininya akan
         mendapat penyakit kedal (gatal – gatal). Sebab itulah sebelum
         mengahwini puterinya, Demang Lebar Daun meminta Seri Teri Buana
         mengikat perjanjian.

Demang Lebar Daun meminta:
               ü  Anak cucunya sedia jadi hamba kepada Duli Yang Dipertuan.
               ü  Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu Seri Teri Buana.
               ü  Jika berdosa sebesar – besar dosanya pun jangan difadhihatkan, dinista
                    dengan kata - kata yang kesat.
Seri Teri Buana bersetuju dengan permintaan di atas dan meminta anak cucu Demang Lebar Daun agar:
“Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikberatkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga”. (Sulalatus Salatin, hlm.25)

Demang Lebar Daun bersetuju dengan permintaan Seri Teri Buana dan mengikat ikrar bahawa:
“…jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan anak cucu patik pun berubahlah tuanku.” (Sulalatus Salatin, hlm.26)
Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana pun bersumpah – sumpahan. Titah baginda.
Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”
            Maka sembah Demang Lebar Daun;
“Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.” (Sulalatus Salatin, hlm.26)

     b) Kisah Singapura Dilanggar Todak
Kisah ini adalah suatu yang bersifat simbolik iaitu bertujuan mengkritik kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja. Peristiwa kezaliman Raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja yang telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu. Tuan Jana Khatib telah menunjukkan kebolehannya menilik pohon pinang gading yang terletak di hadapan istana. Ketika itu Raja Perempuan Singapura berada di pintu peranginan raja. Peristiwa itu dilihat oleh Raja Singapura dan menyebabkan baginda murka lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tuan Jana Khatib.
Selang beberapa lama kemudian, todak telah menyerang Singapura. Serangan todak telah menimbulkan keadaan huru – hara di Singapura. Ramai rakyat mati terkorban ditikam oleh jongor todak. Singapura berkotakan betis untuk menahan serangan todak. Seorang budak telah memberi cadangan agar berkubukan batang pisang bagi menahan todak yang ganas dan berbahaya itu. Cadangan itu berhasil kerana jongor todak akan melekat pada batang pisang. Singapura selamat daripada bahaya tetapi kerana sifat hasad dengki pembesar Singapura, mereka tidak senang hati dengan kebijaksanaan budak yang telah berjaya menyelamatkan Singapura itu, akhirnya kerana fitnah budak cerdik itupun dibunuh.
Dari sini amatlah jelas kezaliman yang dilakukan oleh pihak raja. Hukuman bunuh yang dijatuhkan adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan apatah lagi yang disebut sebagai kesalahan itu adalah fitnah semata – mata.

     c) Peminangan Puteri Gunung Ledang
Peristiwa ini juga merupakan suatu metos yang bertujuan mengkritik kezaliman raja dan sifat buruk yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Syah. Baginda seorang raja yang zalim, kuat nafsu dan sanggup melakukan kekejaman dan pembunuhan demi untuk memuaskan nafsu seksnya terhadap perempuan tidak kira sama ada anak isteri orang, tunangan orang atau lebih – lebih lagi anak – anak gadis. Dalam teks Sulalatus Salatin diceritakan bagaimana Sultan Mahmud ingin kepada seseorang perempuan yang cantik melebihi kecantikan yang dimiliki oleh seorang perempuan daripada manusia biasa. Sebab itulah Sultan Mahmud terlalu ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang yang termasyhur kecantikannya.
      Kritikan kepada Sultan Mahmud jelas dapat dilihat daripada barang – barang hantaran yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangannya diterima. Hantaran tersebut ialah :
      Sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak merentangi daripada Gunung Ledang hingga ke istana Melaka.
      Hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan.
      Darah sultan dan anakanda Sultan Mahmud yang bernama Raja Ahmad semangkuk.
Semua permintaan Puteri Gunung Ledang itu sanggup disediakan oleh Sultan Mahmud Syah kecuali darah Raja Ahmad walaupun jumlah yang dikehendaki hanyalah semangkuk sahaja.
Dengan meneliti secara halus permintaan Puteri Gunung Ledang itu serta kesanggupan Sultan Mahmud menyediakan barang – barang yang tidak masuk akal pada kita jelas menunjukkan kritikan halus terhadap sikap Sultan Mahmud itu membeban dan menyeksa rakyat jelata kerana golongan inilah yang akan ditindas, dipaksa untuk menyediakan keperluan itu. Sedangkan apabila kepentingan diri dan keluarga baginda terlibat, baginda tidak sanggup menyediakan.


FUNGSI MITOS DAN LAGENDA

Definisi Mitos

Kamus Dewan mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau dipercayai, misalnya cerita asal usul, cerita kewujudan sesuatu bangsa, kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan seseorang tokoh. Hashim Awang pula menyatakan bahawa mitos adalah jenis cerita rakyat yang mengisahkan mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar biasa yang di luar logik fikiran manusia. Beliau menambah bahawa mitos terbahagi kepada dua jenis, iaitu mitos pembukaan sesuatu tempat dan asal usul, misalnya pembukaan negeri Melaka dan mitos ketokohan seseorang, misalnya Raja Iskandar Zulkarnain.

          Cerita-cerita mitos biasanya tidak dapat dikesan pengarangnya, dan ia diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya. Mitos biasanya digunakan dalam bidang antropologi, kesusasteraan, dan semiotik. Dalam antropologi, cerita mitos berkaitan dengan budaya manusia atau masyarakat yang menciptanya. Mitos dalam kesusasteraan dilihat sebagai cerita atau imej manusia yang kekal, dan biasanya mempunyai hubungan dengan moral atau estetik. Manakala dalam semiotik pula, mitos dilihat sebagai rantaian yang tidak bersambungan dalam budaya manusia. Fungsi mitos dalam konteks semiotik adalah untuk menaturalkan budaya.

1. Digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja

Disamping itu, mitos juga digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja. Penggunaan mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan atau langsung kepada raja, boleh menyebabkan seseorang itu dilabel sebagai menderhaka dan boleh ditimpa daulat raja. Jadi, kritikan ini hanya dapat disampaikan dalam bentuk penulisan. Dalam Sejarah Melayu, kritikan ini disampaikan dalam bentuk mitos yang pelbagai. Contoh mitos yang berfungsi sebagai kritikan ini dapat dilihat dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah.i   Puteri Gunung Ledang telah meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya. Kesemua syarat-syarat tersebut sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat. Namun, apabila tiba kepada syarat yang melibatkan nyawa anakanda baginda, baginda tidak sanggup untuk melakukannya.


Definisi Lagenda

Lagenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Lagenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Lagenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Lagenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan.

1. Memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu amat sinonim dengan konsep ‘tulah raja’. Barangsiapa yang menderhaka kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah raja. Sehubungan dengan itu, antara fungsi lagenda menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163) adalah untuk memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu. Sesuai dengan hal ini, Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah telah diangkat menjadi model atau simbol kepada ketiga-tiga konsep tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila ia sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat yang pada pandangannya telah menderhaka kepada Sultan mereka, iaitu Sultan Mansur Syah.

2. Memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.

Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu. Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya. Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga. Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.

3. Menonjolkan tokoh-tokoh lagenda

Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh lagenda. Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana.

4. Menceritakan salasilah raja-raja

Lagenda juga berfungsi menceritakan salasilah raja-raja. Hal ini dapat dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai, iaitu mengenai salasilah Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh, iaitu nama baginda selepas memeluk Islam. Pada awal hikayat ini ada disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang kanak-kanak (Puteri Betung) daripada buluh betung dan seorang lagi dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah Gajah). Setelah kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah Hasum.


UNSUR AGAMA (ARAB)

Mengkaji unsur – unsur agama (Arab) dalam Sulalatus Salatin boleh dilihat dari aspek – aspek berikut;

1. Kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka – Dimetoskan.
    Pasai
    Ø  Merah Silu (Sulalatus Salatin,hlm.55) diIslamkan oleh Fakir Muhammad.
          Ajar dua kalimah syahadat dan malamnya bermimpi berpandangan dengan
          Rasulullah S.A.W. Minta ngangakan mulut. Diludahi. Keesokan hari
          badannya berbau narawastu.
     Ø  Dapat membaca Al – Quran tanpa diajar.
     Ø  Tukar nama kepada Sultan Maliku’s Salleh.

Melaka
     Ø  Raja Kecil Besar (Sulalatus Salatin, hlm.72)
     Ø  Bermimpi berpandangan keelokan Rasulullah.  
     Ø  Minta ucap kalimah syahadat. Dituruti. 
     Ø  Titah menukar nama kepada Sultan Muhammad. 
     Ø  Beritahu keesokan hari pada waktu Asar akan datang sebuah kapal dari
           Jeddah turun sembahyang di pantai Melaka. Titah ikut segala kata – kata.
     Ø  Keesokan hari didapati badan berbau narawastu dan kalam sudah
          dikhatankan.
     Ø  Dapat baca ayat Al – Quran. Mimpi jadi kenyataan. Waktu Asar kapal Syed
          Abdul Aziz turun ke pantai Melaka. Mereka bersembahyang.
    “Maka kaya segala orang Melaka, “Mengapa ia ini tunggang – tunggik?”
     (Sulalatus Salatin, hlm.73)

Unsur Sejarah
     Ø  Kedatangan Islam merupakan peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar –
          benar terjadi. Cara kemasukan Islam atau cara raja memeluk Islam telah
          dimetoskan.

      2. Perkembangan agama di Melaka - Belajar Agama / Tasawuf:
     Sultan Mansur Syah
            Ø  Maulana Abu Bakar membawa kitab Daru’l – Mazlum ke Melaka (kitab
                ditulis dalam tiga bahasa)
            Ø  Sultan memberi sambutan / memuliakan. kitab diarak ke balairung.
            Ø  Sultan berguru pada Maulana Abu Bakar. Terang hati. Dapat banyak
                 ilmu.

Sultan Mahmud Syah
          Ø  Mengkaji maklumat pada Maulana Yusuf.
          Ø  Ketika Sultan datang dengan bergajah dan berpengiring, Maulana
               tidak benarkan masuk. Pintu ditutup.  
          Ø  Sultan datang waktu malam. Bawa kitab sendiri, bersama dua budak.
               Sebut nama sebagai Fakir Mahmud, barulah dibenarkan masuk.
        
         Raja Ahmad
          Ø  Berguru pada Makhdum Sadar Jahan. Belajar mengaji dan berlagu.
               Belajar tasawuf dan ilmu tauhid.
          Ø  Sangat dimuliakan oleh istana. Jemput ke istana.
          Ø  Memiliki dan mengetahui karya kesusasteraan Islam iaitu Hikayat
               Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.
          Ø  Ketika mengetuai angkatan Melaka menentang Peringgi, turut
               membawa Makhdum bertimbal rongka. Ketika Sultan Ahmad Syah
               berdiri atas gajah dengan penuh berani dan bersemangat, Makhdum
               menarik tangan Sultan  Ahmad supaya berundur:
         “Hei Sultan, di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali.” (Sulalatus
          Salatin, hlm.268)"

Pembesar – pembesar Melaka
              Ø  Bendahara Seri Maharaja, Tun Mai Ulat Bulu turut mengaji maklumat
                     pada Makhdum Sadar Jahan.
                        Ø  Guru – guru agama datang ke rumah Bendahara berkata – kata
                    (berceramah) mengenai agama.
                        Ø  Menasihati berbuat kebaikan. Meninggalkan minum arak. Makhdum
                    Sadar Jahan nasihatkan Seri Rama:
              “…arak itu ibu segala najis.” (Sulalatus Salatin, hlm.246)

     3. Hubungan Melaka – Pasai
Melaka menghantar utusan bagi menyelesaikan beberapa masalah agama di Pasai. Ini disebabkan Pasai mempunyai ramai alim ulama dan merupakan negeri tertua di rantau alam Melayu menerima Islam.
     
Ø Semasa Pemerintahan Sultan Mansur Syah. (Sulalatus Salatin Bab V,
    hlm.96).
          a) Hantar kitab Daru’l – Mazlum ke Pasai supaya diertikan oleh Makhdum
                Mua. Kitab yang telah  diertikan dipersetujui oleh Maulana Abu Bakar.
           Pembesar Melaka berguru pada Maulana Abu Bakar kecuali Kadi Yusof
           (anak cucu Makhdum yang pertama Islamkan Melaka).
          b) Tun Bija Wangsa – bertanya masalah:
        “Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga dan segala isi neraka
          itu kekalkah ia di dalam neraka?” (Sulalatus Salatin, hlm.159) 
          Masalah dijawab oleh Makhdum Mua.
          Jawapan diperkenan. Beri anugerah cenderamata:

Kimka kuning berbunga, sepucuk; kimka ungu berbunga, sepucuk; nuri merah seekor, kakaktua ungu seekor, emas urai tujuh tahil, dua orang perempuan iaitu Dang Bibah dan Dang Bunga.
     Ø  Semasa Pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
         a) Hantar utusan bertanya masalah perkataan antara Ulama Mawara’l Hartar
             dengan Ulama Khurasan dan Ulama Benua Irak.
         b) Utusan – Orang Kaya Tun Muhammad. Hafal isi surat bagi mengelakkan
              orang - orang Pasai menyebut / membaca surat, perkataan “salam” disebut
              “sembah”.
         c) Beri hadiah
             Bingkisan sekin jenawi bertumit bertatah sebilah.
              Panah dua rahin dengan anaknya dua terkas.

      4Karya – karya Kesusasteraan Islam di Melaka.
           Ø  Istana Melaka menyimpan Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat
                Amir Hamzah. Sultan Melaka dan pembesar – pembesar serta
                hulubalang mengetahui kisah yang terkandung dalam karya pahlawan
                Islam itu. Ini jelas ketika mereka berkumpul di balairung ketika
                berbincang menghadapi serangan musuh / Peringgi.
           Ø  Memiliki dan mengetahui karya kesusasteraan Islam
                iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan  Hikayat Amir Hamzah.
           Ø  Tun Muhammad Unta minta Hikayat Muhammad Hanafiah tetapi
                Sultan Ahmad serahkan Hikayat Amir Hamzah dengan alasan:
          “…..hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut
            tiada akan ada berani segala tuan – tuan itu seperti Muhammad
           Hanafiah; hanya jikalau seperti Amir Hamzah adalah gerangan
           beraninya, sebab itulah maka kita beri Hikayat Amir
          Hamzah  (Sulalatus Salatin, hlm.268)
       Ø  Hulubalang Melaka tetap meminta Hikayat Muhammad Hanafiah: 
            “….. salah titah baginda itu. Hendaknya Yang Dipertuan seperti
            Muhammad Hanafiah, patik – patik itu adalah seperti hulubalang
            Baniar.” (Sulalatus Salatin, hlm.269)

       5. Wasiat

       Wasiat Sultan Alau’d – Din Riayat Syah kepada Sultan
       Mahmud (Raja Mamad)
Maka Sultan Alau’d – Din pun terlalu sukacita mendengar sembah segala mereka itu. Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda, “Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak – banyak sabar dan ampunmu akan segala hamba sahayamu dan baik – baik memelihara akan dia; kerana firman Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia. “Hendaklah engkau sangat – sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala yang akan memelihara akan kamu kerana wa man yatawakkal’ala’Allah. Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab, Al – ‘abdi tinu’l – maulana, yang hamba itu, tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini dan engkau kerjakan supaya berkat diberi Allah subha na wa taala.” (Sulalatus Salatin, hlm.186-187)

Wasiat Bendahara Paduka Raja (Tun Perak)
Hatta, berapa lamanya, maka Bendahara Paduka Raja pun sakit. Maka Bendahara menyuruh memanggil segala anak cucunya, yang sehari dua hari perjalanan. Setelah berkampung semuanya, maka Bendahara Paduka Raja pun berwasiatlah pada segala anak cucunya itu, katanya, “Hei segala anak cucuku, jangan kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini; yang hidup itu sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan kepada hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah Taala dan Rasul Allah salla’llahu’alaihi wa salam, umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah dalam dunia kerana ia zillu ‘llah fil’alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, terasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: ati’ul laha wa’ati’ur Rasula wa ulil amri minhum yakni berbuat kebaktianlah kamu akan Allah dan akan rasul – Nya dan akan raja, inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai, supaya kebesaran dunia akhirat kamu semua peroleh.” (Sulalatus Salatin, hlm.190)

              6. Penggunaan Ayat – ayat Al – Quran, Hadis dan Puisi
                  Arab.               
             Petikan: Bidalan / Syair Arab
Maka Tun Teja pun redalah mendengar kata perempuan tua pelulut itu. Sebab itulah maka tiada diberinya oleh segala orang tua – tua anak buahnya berlutut pada si pelulut, adalah seperti kata syair: La ta’mananna’ajuzatan takhalu bal ta’ mananna asadan  ma’a l-ghanama; yakni jangan kamu percaya akan perempuan tua masuk ke rumah kamu; adakah harimau dipercayai serta kawan kambing?
            Maka kata Tun Teja, “Kalau hamba tiada dipersembahkannya pada  
           raja Melaka, takut Hang Nadim mengambil hamba akan isteri.”

            Telah dilihat oleh si pelulut itu, bahawa Tun Teja telah redalah rupanya,
            maka si pelulut itupun pergilah memberitahu Hang Nadim. Maka segala
            kata Tun Teja itu semuanya dikatakannya kepada Hang Nadim. Maka
            kata Hang Nadim. (Sulalatus Salatin, hlm.226 - 227)
            Setelah Sultan Mahmud melihat rupa Tun Fatimah, maka baginda pun
            hairan. Maka inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah seperti syair,
  Ma yarji’u al – tarfu’ainnahu’inda ru’yatihi,
  Hatta yu’ ada i-laiya al – tarfa musytaqu,

Yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia hingga
berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga,
adanya. (Sulalatus Salatin, hlm.251)
                             Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah Laksamana itu,
           kabullah pada hatinya, seperti orang mengantuk disorong bantal, kerana
           baginda sedia berdendam akan Bendahara Seri Maharaja, sebab anaknya
Tun Fatimah itu, seperti kata bidal Arab:
            “Al mahabbat bain niyat, Wal’asyiq fikr niyat.”
Ertinya: “Yang kasih itu antara tiada dan berahi itu bicara tiada.”
(Sulalatus Salatin, hlm.257)

        7. Unsur Pengaruh Arab dalam Teknik Penulisan Sulalatus
            Salatin
         
Terpengaruh dengan struktur penulisan Arab – Parsi iaitu jelas dari segi
          adanya;
            a) Mukadimah: Dimulai dengan:
           Bismillahir-rahmanir-rahim
           ALHAMDU lilahi Rabbil alamin allazi la illa huwa wa kana fil awwali
           wala syaiaa ma’ahu. Segala puji – pujian bagi Allah, yang tiada Tuhan
           hanya Ia dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu juapun serta-Nya…
           (Sulalatus Salatin,  hlm.226-227)
                     Dalam mukadimah disertakan ayat – ayat Al – Quran dan diikuti
           pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti
           ini adalah teknik yang biasa dalam karya – karya Arab – Parsi.
             
             b) Pada tiap – tiap akhir cetera, pengarang akhiri dengan
            Ayat: “wa’liahu a’lamu bi’s-sawab, wa illaihi ‘l-marji’u wa’l-ma’ab.”
            Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja di akhiri dengan ayat:
           “Wa ‘llahu a’lam.”


UNSUR SEJARAH
Pendapat Liaw Yock Fang, Sejarah Melayu,”…….memang boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan kerana teks tersebut merupakan sumber sejarah penting terutama untuk penyusunan itu. Dan Sejarah Melayu sememangnya memberikan satu gambaran yang jelas tentang kehidupan di Melaka pada abad ke-15.” (Liaw Yock Fang, 1982, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapura, Pustaka Nasional, hal.214-215)

MITOS DAN LAGENDA :
          Dalam bahagian awal teks Sulalatus Salatin diceritakan bahawa keturunan raja-raja Melayu adalah daripada salasilah keturunan Iskandar Zul-Karnain berasal daripada negeri Makaduniah. Baginda telah menakluki negeri Kida Hindi, mengislamkan rajanya dan berkahwin dengan puteri Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul Bariyah.

        1.    Mitos asal-usul tempat dan negeri
           Bagaimana sesebuah tempat mendapat nama juga dikaitkan dengan cerita-cerita mitos. Dalam teks Sulalatus Salatin biasanya pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh atau luar biasa.
        
        a.   Asal-usul Singapura
                Asal nama binatang yang dipercayai “singa”. Seri Teri Buana sewaktu
                sampai ke Temasik telah terpandang seekor binatang yang maha pantas
                lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya dan putih dadanya.
                Sikapnya yang terlalu pantas serta perkasa dan besarnya lebih sedikit
                daripada kambing randuk. (Sulalatus Salatin, hlm 40)

        b.   Asal-usul Melaka
             Nama Melaka semperna dari nama sebatang pokok yang bernama
             Melaka. Pemberian nama tempat yang dibuka untuk dijadikan negeri itu
             berkait dengan keadaan ganjil. Misalnya, Raja Iskandar melihat seekor
              pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor anjing
              perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk
              putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka.

Tokoh lagenda dalam Sulalatus Salatin
              Mengikut Yusoff Iskandar pula, sesebuah cerita atau tokoh yang dianggap    
               lagenda ialah;
                                                                                                 i.Kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang berkemungkinan besar pernah hidup dalam sejarah.

         Raja Suran
        Raja Suran juga adalah seorang raja yang perkasa, juga merupakan ketua angkatan perang yang gagah berani. Apabila Raja Suran mengetahui bahawa negeri China tidak mahu tunduk di bawah kekuasaan negeri Amdan Negara, amak raja Suran tidak gentar  dan tidak teragak-agak untuk menyerang negeri China.

                                                                                                  ii.            Tokoh itu pula baisanya ada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungan dengan kekuatan politik dan agama. misalnya,

         Iskandar Zul-Karnain
        Tokoh ini merupakan seorang tokoh pahlawan Islam juga seorang raja yang agung dan terkenal di seluruh dunia sebagai seorang yang gagah perkasa dan berjaya menakluki banyak negeri hingga sampai ke Benua Keling. Dalam Sulalatus Salatin tokoh ini dikaitkan dengan keturunan dan salasilah raja-raja Melayu.

                                                                                                   iii.            Keunggulan tokoh sering dihubungkan dengan watak-watak istimewa dan bersifat “supernatural”, gagah, berani, kuat, pintar dan bijak. misalnya

         Hang Tuah
         Memiliki kekuatan yang melebihi kebolehan manusia biasa. Sifat-sifat  “supernatural” yang menjadikan seorang pahlawan yang terbilang. Keperwiraan Hang Tuah terserlah sejak Hang Tuah masih kecil. Sifat-sifat kepahlawanan Hang Tuah jelas dari tilikn bapa Hang Tuah apabila melihat bulan turun dari langit, cahayanya memenuhi kepala Hang Tuah.  Ramalan gurunya Aria Putera waktu Hang Tuah bertapa. Hang Tuah dan sahabat akan jadi pegawai besar di Tanah Melayu. Keperwiraan dan kegagahan Hang Tuah jelas daripada kejayaan Hang Tuah bersama sahabat-sahabatnya telah mengalahkan lanun di Pulau Besar ketika Hang Tuah baru berumur 10 tahun.




UNSUR KEAGAMAAN
Kepercayaan dan Agama
    Kepercayaan kepada anamisma: Masyarakat Melayu percaya kepada animisma iaitu menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib, Mereka percaya bahawa jembalang yang keras menguasai sesuatu tempat mengakibatkan penduduk mendapat sakti dan mati. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan bagaimana Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ria’yat Syah di Johor terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya dari Tanah Putih ke Hulu Sungai Damar, Batu Sawar. Sulalatus Salatin mencatatkan; “……….sekira-kira dua tahun baginda di Tanah Putih, maka terlalulah banyak orang sakti dan mati, kerana Tanah Putih itu sangat keras jembalangnya..” (Sulalatus Salatin, hal. 309-310).
Di dalam teks Sulalatus Salatin mempunyai kepercayaan lain antaranya kepercayaan kepada kuasa ghaib termasuk jin dan peri. Ini jelas dalam episode yang berlaku di Bukit Si Guntang iaitu ketika ketiga-tiga putera raja Suran menjelaskan kepada Wan Empuk dan Wan Malini bahawa mereka bukanlah jin atau peri. Sulalatus Salatin; “.......Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, “Siapa tuan hamba ketiga ini? anak raja mana tuan hamba? anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah?” (Sulalatus Salatin, hal.21).
Percaya kepada bomoh dan pawang: Bomoh dan pawang berperanan dalam upacara yang melibatkan kuasa ghaib terutama hantu. Sulalatus Salatin menceritakan bahawa Raja Pahang memiliki ramai pawang gajah yang berperanan dalam usaha menangkap gajah liar dan menjaga gajah. Di Melaka, orang yang arif tentang gajah bergelar Penghulu Gajah ialah Seri Wak Raja.
Percaya kepada nujum: Nujum berperanan membuat ramalan. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Sultan Maliku’s Salleh menggunakan nujum untuk memilih seorang daripada puteri raja Perlak untuk dijadikan isterinya. Begitu juga dalam usaha menangkap Maharaja Dewa Sura, Seri Bija Diraja membuat ramalam; “Maka kata Seri Bija Diraja, “Di mana kamu semua orang muda-muda tahu, kerana Maharaja Sura itu kukirakan namanya di bawah namaku, harinya di bawah hariku, ketikanya di dawah ketikaku, di mana ia aku akan lepas daripada tanganku?” (Sulalatus Salatin, hal.97)

Percaya pada ramalan: berdasarkan petunjuk daripada tanda-tanda yang luar biasa atau mimpi. Sulalatus Salatin menceritakan Bendahara Paduka Raja meramalkan Tun Mutakhir akan menjadi seorang pembesar setelah ia melihat cahaya dari langit memancar betul-betul di kepala Tun Mutahir dan cahaya itu hilang dengan cepatnya. Mengikut ramalan Bendahara bahawa: “budak ini kelak menjadi Orang Besar. Daripada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal.” (Sulalatus Salatin, hal.146)
Percaya pada keramat: Orang-orang Melaka menganggap tokoh-tokoh agama mempunyai keistimewaan yang tertentu atau dianggap sebagai keramat. Ini jelas pada Tuan Jana Khatib yang dibunuh oleh Raja Singapura. sewaktu dibunuh, hanya darahnya sahaja yang titik sedangkan badannya terhantar di Langkawi. Darah Tuan Jana Khatib ditutup dengan tutup bikang lalu menjadi batu dan dipercayai batu itu masih ada hingga kini. Kejadian ini tersebar luas dan menjadi bualan dan nyanyian orang sebagaimana berikut;
Teluk itik dari Singgora,
    Pandan tersandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
    Badan terhantar di Lengkawi.
                                (Sulalatus Salatin, hal.68)
Kepercayaan berunsurkan Hindu-Buddha: lembu putih kenaikan tiga-tiga putera Raja Suran di Bukit Si Guntang. Tempat perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini bertukar warna menjadi keemasan. Lembu putih dan warna keemasan adalah simbol Hindu. Terdapat perkaitan yang erat dengan dewa-dewa iaitu unsur penjelmaan dan kesaktian yang dikaitkan  dengan Mahamiru. Sulalatus Salatin mencatatkan bahawa ketiga-tiga putera raja Suran turut di Bukit Si Guntang di Palembang.
Manakala yang terakhir semestinya yang tetap teguh kepercayaan kepada Agama Islam. misalnya, unsur Islam dapat dilihat dari awal cerita lagi iaitu kisah Iskandar Zul-Karnain seorang yang beragama Islam dan berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariah. Perkahwinan diwalikan oleh Nabi Kidir. Raja Suran yang turun ke negeri bawah laut iaitu di negeri Dika mendapati bahawa Kaum Barsam adalah beragama Islam. Juga diceritakan mahkota yang diambil dari raja Jin dari perbendaharaan Raja Sulaiman a.s
    Mereka menerima Islam melalui Raja Kecil Besar. Kisah Raja Melaka memeluk Islam dalam Sulalatus Salatin diceritakan dengan mengaitkan keada unsur-unsur mitos. Raja Kecil Besar bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Sulalatus Salatin mencatatkan; “…..setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi Mustaffa Rasulullah S.A.W.” Maka sabda Rasulullah pada raja Kecil Besar, “Ucap olehmu: Asyhadu alla illaha I’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.”
Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.


UNSUR KEMANUSIAAN
Kemanusiaan bermaksud, perihal manusia, sifat-sifat manusia. (Kamus Dewan, Edisi Ketiga , K.L 1994, hlm 859)
    Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat-sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerahi akal dan budi disamping nafsu. Sifat-sifat manusia itu dilihat jugga dari sifat-sifat yang berlawanan atau sesuatu sifat yang berdasarkan hawa nafsu semata-mata.
    Perikemanusiaan pula bermaksud, “sifat-sifat yang wajar bagi manusia (seperti bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihi dan sebagainya). Berperikemanusiaan bermakna, “mempunyai perikemanusiaan (seperti perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihi dan sebagainya. Ketidakperikemanusiaan pula bermaksud, perihal yang tidak baik.

Kemanusiaan yang positif
    
     1.    Adil dan Bijaksana
Sulalatus Salatin menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai. Antara contoh Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i.                        Sultan Mansur Syah. Misalnya,
                                                                                      
         “….terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam ala mini tiada sepertinya pada zaman itu.”

                                                           ii.            Sultan Alau’d-Din Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.

2.                Berbudi Bahasa
Sifat dan kelakuan berbudi Bahasa juga merupakan satu sifat yang amat mulia. Bendahara Paduka Raja terkenal sebagai seorang yang berbudi Bahasa tinggi. Walaupun ia mengetahui Laksamana  memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong Sultan Zainal Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim ‘sembah’ pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja tetap memuji-muji kebakan peribadi laksamana sewaktu berada di Pasai.
         
         Maka Laksamanapun datang lalu menirap, menyembah kaki Bendahara Paduka Raja. Maka sembah Laksamana “Sesungguhlah tuanku sedia asal Orang Besar-besar, penghulu pada sahaya semua. (Sulalatus Salatin, hlm 125)

3.                Berjasa dan Berbakti
Dalam konteks pemerintahan feudal raja memiliki kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa yang dicurahkan, sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran tertentu. Contohnya;

i.                        Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat berjasa. sebagai contoh

         “Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah… telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar “Laksamana” itu, dan diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Bija Diraja”. (Sulalatus Salatin, hlm 142)

                                                     ii.            Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putera serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dengan Siam mendapat penghargaan Sultan:

           “  Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi anugerahi persalin Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dan segala utusan Siam itu”.
 (Sulalatus Salatin, hlm 111)

4.                 Sifat Bertimbang rasa atau Diplomasi
Sifat ini juga sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari. misalnya; Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbang rasa Sultan yang sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja­an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa­duka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.


Kemanusiaan yang negatif
     
     1.    Kekejaman dan Keganasan
Sidi Asma Yaumi’d-Din dijatuhkan hukuman dipenggal kepala kerana keengganannya berpisah dengan Sultan Maliku’l- Mansur. Hukuman kejam ini diceritakan dalam Sulalatus Salatin;
          “Maka oleh Sultan Maliku’t-Tahir disuruhnya kerat kepala Sidi Asma Yaumi’d-Din , kepalanya dibuang ke laut, dan badannya disulakan di kapal Pasai”. (Sulalatus Salatin, hlm 64)

2.                Sifat Cemburu
Perasaan cemburu merupakan suatu sifat yang akan membawa kepada tindakan di luar batas-bata kemanusiaan. misalnya;
Perasaan cemburu gundik-gundik Raja Iskandar zaman kerajaan Singapura terhadap gundik kesayangan raja iaitu kepada Sang Rajuna Tapa. Perasaan cemburu yang meluap-luap akhirnya membawa kepda usaha memusnahkannya.
        “Jika sungguh sekalipun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah ia, engapakah diberi malu demikian?” (Sulalatus Salatin, hlm 69)

3.                 Menyebarkan Fitnah
Fitnah yang dibawa oleh Raja Mendaliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan yang terlibat menyampaikan berita Kelada Sultan Mahmud bahawa Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir hendak menderhaka. Laksamana Khoja Hassan turut terlibat apabila ia disogokkan dengan harta emas yang banyak. Kitul menyampaikan berita kepada Raja Mendaliar dan mendapat habuan yang lumayan. hutangnya dilangsaikan.


22 comments:

  1. Salam, terima kasih di atas perkongsian ilmu yang menarik dan berguna sebagai rujukan. Semoga sentiasa maju jaya.

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga ianya dapat menjadi rujukan buat para pelajar.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk para pelajar

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bermanfaat.tahniah

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang sangat berguna 👍🏻 terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. Dengan adanya contoh dan peristiwa ringkas sebegini akan memudahkan pelajar.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Sangat3 membantu pelajar dengan lebih terperinci. Semoga ilmu & manfaat ini digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. terima kasih utk perkongsian ilmu ini. sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  9. Blog yg cantik dan berguna utk sy menyiapkan tugasan

    ReplyDelete
  10. Cantik dan banyk memberikan maklumat yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  11. terima kasih ! sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog yang sangat cantik!

    ReplyDelete
  12. Maklumat yang sangat jelas dan menarik untuk di baca.. Love it

    ReplyDelete
  13. informasi yang berguna sebagai rujukan untuk tugasan kami

    ReplyDelete
  14. Ilmu yang ringkas dan padat

    ReplyDelete
  15. perkongsian isi yang cukup jelas dan menarik, good job!

    ReplyDelete
  16. bahan rujukan yang sangat informatif. terbaik!

    ReplyDelete
  17. Pengisian yg berilmu 😄 kipidap geng..

    ReplyDelete
  18. Perkongsian yg menarik..

    ReplyDelete
  19. sangat sesuai dijadikan sebagai rujukan tentang sejarah melayu.

    ReplyDelete
  20. Satu perkongsian yang baik dan berguna, diharapkan dapat menjadi rujukan kepada para guru mahupun pelajar.

    ReplyDelete