PLOT
Menurut Mohd . Thani
Ahmad ( 1973:506) , plot dalam pengertian sastera dapatlah dihuraikan sebagai
rangkaian daripada satu peristiwa kepada peristiwa yang lain dalam sebuah
cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku itu pula terjadi lain dalam sebuah
cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku itu pula terjadi berdasarkan hukum
sebab akibat sehinggalah ke akhir cerita dan di tengah -tengah antara
kedua-duanya terlaksana plot.Hashim Awang (1992 : 60 ) pula menjelaskan plot
adalah susunan atau rentetan peristiwa-peristiwa dalam cerita.
Peristiwa-peristiwa itu bergerak melalui masa, iaitu bergerak dari suatu masa
yang lain dalam keadaan tersusun dan bersambung-sambung dari permulaan kepada
pertengahan , lalu bergerak kepada pengangkhiran.
Ali Ahmad (1978:28) menyatakan plot
merupakan aksi -aksi yang berkembang dan berhubungan antara satu sama lain.
Perkembangan ini dimungkinkan oleh adanya pertentangan antara satu sama lain.
Perkembangan ini dimungkinkan oleh adanya pertentangan antara satu kuasa dengan
kuasa yang lain. Dalam novel-novel yang panjang , ada beberapa peringkat
perkembangan , iaitu permulaan , aksi naik , puncak , aksi turun dan
penyelesaian.
berdasarkan beberapa
definisi yang diutarakan , plot boleh dinyatakan sebagai penceritaan peristiwa
yang menekankan sebab munasabab , iaitu tidak hanya mengemukakan apa yagng
terjadi , malah yang penting ialah mengapa hl itu terjadi.
nilai plot dalam
sesebuah cereka bergantung pada apakah plotnya cukup meyakinkan atau tidak,
atau apakah penyajiannya kelak akan membuatkan plot bertambah kabur.
PERMULAAN :
PENAKLUKAN ISKANDAR ZUL-KARNAIN
Raja Iskandar merupakan anak Raja
Darab yang berbangsa Rom. aginda berasal dari negeri Mukadunia ( mecedonia ) .
Baginda telah mula mengembara untuk melihat matahari terbit( ke Benua Timur ) .
Seterusnya baginda sampai ke negeri Hindi yang diperintah oleh Raja ida Hindi
dan menawan negeri tersebut. aja Kida Hindi yang ditawan diminta oleh Raja
Iskandar memeluk agama Islam.
Raja Kida Hindi mempunyai seorang puteri yang amat jelita bernama Puteri
Syahrul-Bariyah . oleh kerana tidak ada seorang pun yang layak menjadi suami
puteri ini , Raja Kida Hindi telah menyampaikan hajatnya untuk bermenantukan aja
iskandar . rRaja Iskandar bersetuju dan telah dinikahkan oleh Nabi Khidir.
PERKEMBANGAN : KISAH
BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG
Terdapat sebuah
negeri di tanah andalas yang bernama palembang . negeri tersebut diperintah
oleh raja demang lebar daun . di situ juga terdapat sebauah bukit yang bernama
Bukit Si Guntang . Bukit itu dihuni oleh dua orang balu yang bernama Wan Malini
dan Wan Empuk yang menanam padi huma. Pada masa yang sama ketiga-tiga orang
putera raja suran di dika telah besar. maka nenda mereka aja Aktabu'l -Ard
menceritakan asal-usul mereka dan menunaikan janji baginda kepada Raja Suran
dengan menghantar mereka ke darat. ketiga-tiga orang putera ini bernama Nila Pahlawan
, Krisyna Pandita dan Nila Utama . mereka berangkat dengan seekor lembu putih
dan terus sampai ke Bukit Guntang pada suatu malam.
Kedatangan mereka menerbitkan plebagai fenomena ajaib. Bukit itu bernyala bagaikan
matahari terbit. Pada keesokan harinya, padi di bukit itu berbuah emas ,
berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. malah tanah bukit itu sendiri menjadi
keemas-emasan. Mereka bertiga seterusnya memperkenalkan diri dan asal-usul
mereka. Mahkota dan pakaian mereka menjadi bukti warisan mereka. mereka bertiga
seterusnya dipelihara oleh Wan Empuk dan Wan Malini.
Berita kedatangan anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain ke Bukit Si Guntang
akhirnya sampai ke pengetahuan Demang Lebar Daun . Baginda seterusnya membawa
mereka ke negeri Palembang. Nila Pahlawan digelarkan Sang i erba. lembu putih
yang dinaiki putera-putera itu memuntahkan buih. daripada buih itu muncul
seorang lelaki yang dinamakan Batala. Anak cucu manusia inilah yang menjadi
pewaris pembaca ciri.
KLIMAKS : MULA
KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Terdapat dua orang
raja bersaudara di asai. raja yang tua bernama Merah Caga manakala yang muda
bernama Merah Silu. Merah Caga mendapat tahu bahawa Merah Silu makan gelang-gelang.
Ini menyebabkan Merah Caga hendak membunuh adiknya Merah Silu. Maka Merah Silu
melarikan diri ke Rimba Jurun. Pada suatu hari, ketika Merah Silu sedang
berburu, anjingnya si pasai menyalak pada seekor semut sebesar kucing. Maka
tempat itu dinamakan Semundra.
Seterusnya baginda Rasulullah SAW telah mengingatkan para sahabat baginda
bahawa pada akhir zaman akan terdapat sebuah negeri di Timur yang bernama Semundra.
baginda mengingatkan para sahabat agar pergi ke negeri berkenaan dan
menyebarkan syiar Islam di situ kerana aka lahir ramai wali di tempat itu.
sebagaimana yang dikatakan oleh baginda Rasulullah SAW , apabila terdengar nama
Semundra , sebuah kapal dengan nakhodanya, Sheikh smail telah bertolak ke timur. dalam perjalanan ke Semundara
, kapal tersebut telah singgah di Fansuri. kesemua rakyatnya memeluk agama Islam.
namun begitu apabila Sheikh Ismail turun dengan al-Quran , tiada siapa yang
membacanya. perkara yang sama jugalah berlaku di lamiri dan haru.
Akhirnya kapal tersebut sampai ke semundra . semua orang di situ memeluk
agama islam . pada malam tersebut merah silu bermimpi bertemu dengan Rasulullah
SAW . baginda telah meludahi Merah ilu . apabila bangun daripada tidur , Merah Silu
mendapati badannya berbau narawastu. dia juga telah menghafal al-Quran.
seterusnya Merah Silu dirajakan oleh Syeikh Ismail dengan gelaran Sultan
Maliku's Salleh.
baginda memperoleh dua
orang putera yang dinamakan Maliku't Tahir dan Maliku'l -Mansur. Sultan
Maliku's Salleh telah membuka negeri pasai dan merajakan anaknya Sultan
Maliku'l Tahir. sebelum mangkat , baginda telah merajakan Sultan Maliku'l -Mansur
di Semundra.
PELERAIAN :
KEBESARAN MELAKA DAN KEDATANGAN FERINGGI
Sebuah kapal Goa
telah tiba untuk berniaga di melaka . orang-orang melaka kehairanan melihat
bangsa portugis dan memanggil mereka benggali putih. kapitan kapal itu kemudian
pulang ke Goa dan memaklumkan kepada wizurai di Goa, Alfonso d'albuquerque akan
kebesaran kerajaan Melaka. seterusnya , alfonso mengarahkan gonsalo periera
menyediakan kelengkapan dan menyerang Melaka. walau bagaimanapun , pihak melaka
di bawah pimpinan Tun Hassan , temenggung dapat mematahkan serangan tersebut.
gonsalo pulang ke oa dan memaklumkan kepada bahawa selagi bBendahara Seri Maharaja
masih ada , selagi itulah Melaka tidak mungkin dikalahkan. Alfonso membuat
ketetapan akan menyerang melaka semula setelah turun dari kedudukannya sebagai
wizurai.
PENYELESAIAN/PENGAKHIRAN
: TUN SERI LANANG JADI BENDAHARA
Bendahara Paduka Raja
meninggal dunia dan digantikan oleh Tun Seri Lanang. Sementara itu, Sultan Ala
Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah telah berpindah dari Seluyudbdan membuat negeri
baru di tanah putih. namun , tanah tersebut didapati tidak sesuai dan membawa
pelbagai malapetaka . Akhirnya , baginda membuka negeri baru di hulu sungai damar
bernama Makam Tauhid. Negeri makam tauhid diserang sebanyak dua kali oleh
feringgi tetapi tidak dapat ditawan. Raja Fatimah mangkat dan disemadikan di
seluyud. selang setahun kemudian sultan ala jalla abdul jalil juga mangkat. Bendahara
hendak merajakan Raja Abdullah tetapi ditolak oleh baginda . baginda meminta
agar takhta diserahkan kepada Raja Mangsur. Raja Mangsur menaiki takhta dengan
gelaran sultan alau'd-din riayat shah . namun baginda bukanlah seorang
pemerintah yang baik. ini menyebabkan kebanyakan urusan pentadbiran
diperhatikan oleh raja abdullah sendiri. makam tauhid juga telah beberapa kali
menjadi sasaran serangan feringgi dan acheh tetapi tidak dapat dikalahkan . selepas
itu, Sultan Alau'd-din Riayat Syah telah membuka negeri baru di pasar raja.
Menarik.tahniah
ReplyDelete