Latar ialah ' seting ' atau latar belakang bagi sesebuah cereka. Secara
mudah, latar ialah di mana dan bila aksi atau kejadian itu berlaku. dalam
sesebuah cereka atau penuiisan , aksi tokoh atau watak yang menimbulkan
peristiwa itu berlaku dalam sesuatu ruang dan pada masa tertentu. latar
biasanya dapat membantu memperlihatkan suasana cerita. Selain itu , latar juga
dapat memperkuatkan jalinan cerita sehingga ia boleh menimbulkan satu
penceritaan yang lebih realistik.
1. latar masyarakat
Mana Sikana ( 1986 : 102 ) menjelaskan bahawa latar tempat ialah tempat
sesuatu kejadian aau peristiwa itu berlaku, seperti desa terpencil , sebuah
kampung yang sudah menerima kemudahan moden , bandar , pekan dan sebagainya.
Termasuk dalam golongan ini ialah gambaran tentang peristiwa -peristiwa dalam
cerita itu berlaku ( Ali Ahmad , 1989 : 36 ) .
Mengikut Shahnon Ahmad ( 1989 : 44 )
pula :
'' satu peristiwa atau sesebuah cerita perlu ada tempat di mana hal itu
terjadi. Mungkin itu merupakan sebuah negeri , sebuah kota , sebuah kampung ,
antara desa kota , sebuah kilang , sebuah rumah, sebuah pondok , sebuah kamar ,
sebuah katil , sehelai tikar , sebuah kerusi dan sebagainya . ''
Jelasnya , latar tempat ialah tempat di mana peristiwa atau sesuatu
kejadian itu berlaku.
2. latar masa
latar masa menunjukkan bila peristiwa itu berlaku. Ia merujuk kepada zaman,
era, sejarah dan musim. Secara khusus pula mungkin berlaku pada waktu pagi,
petang . malam , jam dua belas malam, subuh , tahun silam , bulan lalu , baru
seminggu , dan esok atau lusa. ( Othman Puteh , 1993 : 91 ). Begitu juga
penjelasan Shahnon Ahmad ( 1989 : 80 ) yang menghuraikan latar masa seperti
berikut :
'' masa meliputi zaman cerita itu
berlaku seperti masa lampau atau masa kini atau masa depan. Juga waktu-waktu malam
, siang , tengah hari , pagi , malam , senja dan sebagainya. Masa ini amat
penting dalam hidup kita , malah hidup ini sperti dicorakkan oleh masa. Masa
pagi , malam , senja , dan sebagainya memberi erti sesuatu dlam hidup kita. Dan
ini memberi kesan kepada novel kita.''
3. latar suasana
latar suasana ialah bagaimana watak-watak akan terbentuk dalam
keadaan-keadaan yang tertentu , misalnya suasana kota tentu berlainan sekali
dengan suasana desa ( S. Othman Kelantan , 1985 : 23 ). pemilihan latar suasana
dalam karya menimbulkan keadaan-keadaan yang tertentu ,menghidupkan keadaan
sesuatu tempat dan hubungannya dengan aksi watak sebagai gambaran realiti dalam
karya. ini penting dari aspek menentukan ketenangan , ketegangan , keruncingan
dan perlakuan atau tindakan watak dalam situasi yang tertentu.
4. latar persekitaran
Menurut Rene Welleck dan Austin Warren dalam S. Othman Kelantan (1987 : 22
) latar persekitaran ialah keadaan yang mengelilingi kehidupan watak yang
mungkin mempengaruhi cara watak itu berfikir.
5. latar pemikiran
latar ini timbnul dengan adanya pemikiran watak yang kompleks dalam sesuatu
latar yang terbatas. Latar terbatas seperti dalam sebuah kamar tidur , tetapi
wataknya memikirkan sesuatu yang serius , yang dirangkaikan dengan ingatan imbas
kembali dan imbas muka , menimbulkan rangkaian plot yang terjalin hanya kerana
pemikiran watak. Latar pemikiran dimaksudkan sebagai asas pemikiran yang
selalunya menentukan segala tindak-tanduk watak.
6. latar budaya
latar ini merujuk kepada cara hidup watak itu sendiri. Ini termasuklah
pendidikan , kepercayaan , hidup beragama , kehidupan sosil dan
masyarakat,lingkungan watak , institusi yang wujud dalam masyarakat dan cara
melaksanakannya seperti adat istiadat perkahwinan , gotong-royong dan cara bertindak
anggota masyarakat sesuai dengan watak yang ditonjolkan ( Othman Puteh , 1993 :
91 ) .
7. latar masyarakat
latar masyarakat ialah latar yang memberi gambaran tentang keadaan
masyarakat di tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku. Ini termasuklah
gambaran tentang keadaan cara hidup mereka , cara mereka berfikir , cara mereka
bermasyarakat dan sebagainya yang
memperlihatkan keseluruhan peribadi manusia-manusia di situ ( Hashim
Awang , 1984 : 23 ).
8. latar peralatan cerita dan watak
latar ini dikemukakan oleh Othman Puteh ( 1993 : 91 ) yang menurutnya
berkaitan dengan zaman atau waktu terjadi sesuatu perisitiwa dalam cerita.
Sekiranya sesebuah hasil karya itu mengisahkan zaman perang , pastilah
peralatan perang seperti senapang , meriam , kereta kebal , peluru , pakaian
tentera , markas , kawat berduri dan segala yang berkaitan dengan perang akan
dikemukakan dalam hasil karya itu.
LATAR MASA
urutan masa logik
walaupun tarikh kejadian tidak diberikan , namun rentetan peristiwa di
dalam Sulalatus Salatin menunjukkan kelogikan dari segi kala dan era
berdasarkan dokumentasi sejarah yang ada. Awalan cerita dalam Sulalatus Salatin
ialah dengan kelahiran atau pengembaraan Iskandar Zul-Karnain . Seterusnya ,
diikuti dengan zaman kelahiran anak-anak raja Suran sehinggalah kepada
pemerintahan Raja-raja Melaka . Selain itu, terdapat juga masa pemerintahan
atau penaklukan Islam. Sebagai contoh dokumentasi sejarah membuktikan bahawa
Islam telah sampai ke Nusantara pada abad ke-13. Ini dapat dibuktikan daripada
tulisan seorang pengembara bernama Marco Polo pada tahun 1292M. Menurut catatan
tersebut , semasa beliau sampai ke Sumatera , penduduknya telah memeluk agama
Islam. Perkara ini juga dapat dibuktikan daripada penemuan Batu bersurat Pagar
Ruyung di Minangkabau. Batu Bersurat yang bertarikh 1356 ini dengan jelas
menunjukkan bahawa Islam bertapak di kawasan tersebut. Perkara ini adalah
sejajar dengan catatann di dalam Sulalatus Salatin di mana Raja Pasai n, Merah
Silu memeluk Islam. Memandangkan perkara ini terjadi sebelum pembukaan Melaka ,
peristiwa tersebut kemungkinan besar terjadi pada abad ke-13 atau sebelumnya.
latar masyarakat
Masyarakat dalam Sulalatus Salatin menumpukan kepada watak-watak seperti
para pemerintah , para pembesar , wizurai Portugis dan tokoh-tokoh lagenda (
yang mempunyai kehebatan luar biasa iaitu supernatural )
latar tempat
sulalatus salatin tertumpu pada nama-nama negeri. Di antaranya termasuklah
Singapura , Majapahit , Melaka , Pasai , Acheh , Goa , Portugal dan sebagainya.
Isinya ringkas dan padat. Tahniah
ReplyDeleteIsi terbaik
ReplyDelete