Monday, 2 April 2018

SAJAK


SAJAK 

https://keindahansastera.blogspot.com/
Pertarungan 
Mata bertentang mata
langkah dibuka
tari pencak mencari lawannya.

Maaf
bukan ini yang aku pinta
buatmu saudara
seperti adik beradik berhujah kata
tika tergigit lidah sama sakitnya
dicubit peha kiri peha kanan kan terasa.

Langkah itu berhati - hati
keris juga seperti terluka
tidak mahu mengena seolah - olah terasa
bagai ada yang tidak kena
antara dua bersaudara.

Langkah terakhir Jebat pun rebah
ditikam Hang Tuah sekali sudah 
walau Hang Jebat berkali mengacah
ingatkan saudara berpaling tadah
tersalah sangka Jebat derhaka
berpaling Tuah dari mukanya.





Tiga Wanita di Daerah Sepi
Mengapa kau berduka Tun Kudu
bukankah kau setia menurut
kemahuan sultan.

Mengapa pula kau Tun Teja
bukankah kau juga menurut
kehendak sultan.

Mengapa juga kau berduka Tun Fatimah
bukankah kau juga berkorban.

Tun Kudu, Tun Fatimah dan Tun Teja
tiga wanita di daerah sepi
hati melayang walau jasad dimiliki
korban kasih tinggal untuk dikenangi
walau air mata darah kau tak mampu
membuat keputusan sendiri
kerana kau wanita tabah sanggup kau menghadapi
onak dan ranjau yang penuh berduri.

7 comments: