PERSOALAN
1. Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak
menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud
Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan
isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan
beliau dianugerahi emas dan pengampunan.
2. Menghormati budaya dan adat kaum
lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke
Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama
Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai
Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri
makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut
mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.
3. Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun
Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain
dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh
Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya dengan
memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan
dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya
menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa
Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.
4. Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah
sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin
berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan
tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri
masuk ke dalam negeri.
5. Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk
menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya
mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.
Sebagai contoh, sewaktu Siam
menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk
turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk
menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.
6. Kesetiaan pengikut terhadap tuannya .
Sifat kesetiaan sangat penting dalam
diri seseorang untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan pada orang lain.
Contohnya, Sidi Ali Ghiatuddin dan
Sidi Samayuddin yang setia kepada tuannya iaitu Sultan Malik al-Zahir dan
Sultan Malik al-Mansur sehingga Sultan Malik al-Mansur mangkat di sebelah kubur
Sidi Samayuddin kerana terlalu menyayanginya.
7. Peperangan dan penaklukan antara dua
negeri
Peperangan yang terjadi ini
melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja
menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja
Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak (
Raja Lingga ). Kejayaan Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun
menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan
kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi
Sultan Mahmud Syah.
8. Silaturrahim antara adik – beradik
Hubungan silaturrahim merupakan
hubungan yang harus dijaga walaupun tinggal berjauhan. Dalam
salalat-al-Salatin, Paduka Tuan merupakan seorang abang yang atau saudara yang
masih menjaga hubungan sesame saudaranya. Begitu juga sikap yang ditunjukkan
oleh Tun Aria Bija al-Diraja terhadap hubungan persaudara. Tun Aria Bijaya
al-Diraja bukan sahaja mengasihi Paduka Tuan dan menyambut kedatangannya Paduka
Tuan dengan baik, tetapi juga Tun Aria Bijaya al-Diraja juga sayang dan ingat
akan adiknya adinda Sabtu. Oleh itu, Tun Aria Bijaya asyik bertanya keberadaan
dan kehadiran adindanya kepada Paduka Tuan. Jelasnya, hubungan sesama saudara
tidak akan terputus jika dijaga dengan baik.
saya sangat menyukai maklumat dan perkongsian anda
ReplyDeleteIsi ringkas dan abm bantu mudahkan kefahaman
ReplyDelete