Monday, 2 April 2018


PENGAJARAN
 1  Kita hendaklah bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

       2       Kita hendaklah menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

       3  Kita hendaklah sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pemimpin dengan jujur.
Contoh: Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah untuk menjaga negeri Melaka. Malah, tindakannya diketahuan oleh baginda sendiri kerana dia tidak berkawal pada malam hari dan ini menyebabkan pencuri memasuki negeri dengan senang sekali. Setelah ditegur oleh baginda , dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali sehingga masalah pencuri di Melaka selesai.

    4       Kita haruslah sentiasa bertimbang-rasa dan mengenang budi.
Contoh: Sang Aji Ningrat (menjadi Betara Maja Pahit setelah berkahwin dengan Puteri Naya Kesuma). Baginda diminta oleh si penyadap iaitu bapa angkatnya untuk menjadi Patih Aria Gajah Mada dan si penyadap berniat untuk menggantikan Patih Aria Gajah Mada yang sedia ada.. Tetapi, baginda memikirkan bahawa Patih Aria Gajah Mada yang sedia ada diperlukan walaupun dia sudah tua kerana tanpanya tidak akan menjadi segala pekerjaan baginda. Maka, si penyadap dilantik menjadi ketua kepada penghulu.

       5       Kita mestilah tidak membuat sesuatu tindakan dengan terburu-buru.
Kita janganlah melakukan hal yang terburu-buru tanpa usul periksa. Hal ini akan membuatkan kita melakukan sesuatu keputusan yang tidak tepat. Sebagai contoh,  Bendahara Seriwa Raja telah meminum racun kerana menyangkakan sultan murka kepadanya. Bendahara Seriwa Raja tidak memeriksa terlebih dahulu dan mengambil keputusan terburu-buru. Hal ini membuatkan sultan berasa sangat sedih dan kehilangan pembesar yang dikasihinya.

      6       Kita mestilah bijak menentang musuh
Kebijaksaan sangat penting untuk menewaskan ancaman musuh. Oleh itu, kita mestilah mempunyai kebijaksaan untuk menjadi seorang pemimpin dan dapat menyumbang idea untuk kesejahteraan dan keselamatan negeri. Hal ini dapat dilihat pada Tun Telanai.  Tun Telanai yang tahu bahawa dia akan kalah mendapat idea untuk mengubah tempat dengan mengatakan orang Islam tidak boleh berperang mengadap matahari mati. Maka diberi oleh Phra Cau pada tempat yang lain, menghadap ke matahari hidup. Oleh kerana kebijakan tersebut, Melaka telah menang dalam peperangan itu.

    7       Kita mestilah menghormati pemimpin.
Menghormati pemimpin bermaksud menjalankan arahannya dengan baik tanpa menolak demi kepentingan diri sendiri. Jelas menunjukkan sikap Paduka Tuan mendengar dan melaksanakan segala titah Sultan Mahmud Syah disampaikan bendahara kepadanya tanpa sebarang bantahan.




4 comments: