EPISOD 1
Cerita bermula pada
zaman Raja Iskandar Zulkarnain. Baginda telah pergi ke negeri Hindi. Nama
rajanya ialah Raja Kida Hindi. Setelah sampainya Raja Iskandar ke negeri Hindi,
mereka bertarung dan Raja Kida Hindi tewas. Raja Kida Hindi telah masuk Islam
dan anaknya iaitu puteri Syahr al-Bariyah telah dikahwinkan dengan Raja
Iskandar Zulkarnain. Setelah berkahwin, Raja Iskandar Zulkarnain telah menetap
di negeri Hindi. Tidak lama selepas itu, puteri Syahr al-Bariyah telah
hamil anak Raja Iskandar Zulkarnain sehingga membawa kepada keturunan Kudar
Syah Jahan dan Raja Suran Padsyah.
EPISOD
2
Seterusnya, kisah
bermula di Benua Keling. Nama negerinya, Naga Patam dan rajanya bernama Raja
Syulan. Segala raja-raja di negeri bawah angin berjaya ditakluki dan
dikalahkan. Raja Syulan telah sampai ke sebuah negeri Gangga Syah Nagara. Nama
rajanya ialah Raja Linggi Syah. Mereka pun lalu bertarung. Raja Linggi Syah
ingin memanah Raja Syulan tapi panahnya mengena gajah Raja Syulan. Raja Syulan
melompat dan memarang kepala Raja Linggi Syah hingga putus kepalanya dan mati.
Selepas itu, Raja Syulan telah pergi ke Langkawi dan raja di situ bernama Raja
Culin. Mereka bertarung sesama sendiri dan kedengaran bunyi gemerincing segala
senjata. Raja Culin telah membaling lembing ke arah Raja Syulan tetapi tidak
mengena. Setelah itu, Raja Syulan telah membaling lembing tepat ke dada Raja
Culin lalu mati. Raja Culin mempunyai seorang anak yang sangat cantik bernama
puteri Onang Kiu dan Raja Syulan telah berkahwin dengannya. Mereka dikurniai
seorang puteri yang cantik bernama Tuan Puteri Cendani Wasis. Tuan Puteri
Cendani Wasis telah berkahwin dengan Raja Suran Padsyah dan beranak tiga orang
anak lelaki iaitu Raja Ciran yang memerintah Cenderagiri Nagara, Raja Culan
diambil oleh neneknya dan Raja Pandaian yang memerintah Naga Patam.
EPISOD
3
Setelah Raja Syulan
mangkat, cucu baginda Raja Culan yang menggantikan pemerintahannya. Raja Culan
bercadang untuk menyerang negeri China. Raja Culan telah berjalan
sehingga ke Temasik. Perdana Menteri China telah mendapat idea untuk menipu
Raja Culan. Jarum, pohon kesmak, pohon bidara dan buah-buahan yang sudah
berbuah ditanam di atas pilu dan dipilih orang tua-tua yang tiada gigi disuruh
belayar ke Temasik. Perdana Menteri China itu ingin memperdayakan Raja Culan
tentang betapa jauhnya negeri China sehingga orang muda menjadi tua, buah yang
ditanam sudah berbuah, besi yang dibawa sudah menjadi haus. Apabila mendengar
tentang perkara itu, Raja Culan pun tidak jadi untuk menyerang negeri China.
Selepas
itu, Raja Culan ingin mengetahui tentang isi lautan. Baginda telah masuk ke
dalam sebuah peti dan sampai ke sbuah negeri bernama Dika. Maka Raja Culan
keluar dari peti itu dan melihat kaum bernama Barsam. Raja di situ bernama Raja
Aftab al-Ard. Raja tersebut mempunyai seorang puteri bernama Tuan Puteri Mathab
al- Bahri. Maka puteri itu berkahwin dengan Raja Culan. Mereka dikurniai tiga
orang putera. Raja Culan menitahkan supaya apabila puteranya sudah dewasa, mereka
harus dihantar keluar ke dunia.
Tersebutlah
sebuah negeri di tanah Andalas bernama Palembang. Nama rajanya, Demang Lebar
Daun. Suatu hari, di bukit Seguntang Mahameru tinggal dua orang perempuan yang
berhuma bernama Uwan Empuk dan Uwan Malini. Mereka berdua ternampak nyalaan
seperti api di atas bukit. Mereka telah naik ke Bukit Seguntang itu dan melihat
padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatang tembaga suasa. Uwan Empuk dan
Uwan Malini melihat tiga pemuda di atas gajah putih dan mereka menyatakan mereka
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Uwan Empuk dan Uwan Malini akhirnya menjadi
kaya sebab mendapat anak raja itu. Demang Lebar Daun mendapat tahu tentang
berita tersebut dan membawa mereka ke negerinya. Anak Raja yang
paling tuadirajakan di Minangkabau di atas kerajaan Sang Seperba. Yang kedua
dirajakan di Tanjung Pura di atas kerajaan Sang Maniaka. Yang bongsu tinggal di
Palembang di atas kerajaan Sang Uratama.
Terdapat
seekor lembu putih yang memuntahkan buih dan keluar seorang manusia bernama Bat
dan digelar Seri Teri Buana. Ketika itu, sesiapa yang berkahwin dengan Seri
Teri Buana akan terkena penyakit kedal. Demang Lebar Daun mempunyai seorang
puteri bernama Tuan Puteri Uwan Sundari. Seri Teri Buana ingin berkahwin dengan
puteri DemanG Lebar Daun tetapi harus berwa'ad terlebih dahulu. Maka sembah
Demang Lebar Daun, “Hendaklah perbaiki anak cucu tuan hamba dan jika ia berdosa
besar, jangan dinista dengan kata-kata jahat, jikalau besar dosanya, bunuhlah
itu pun jika patut pada hukum syar'i.” Seri Teri Buana pula menyatakan
“Hendaklah pada akhir zaman nanti, anak cucu bapa jangan derhaka, dan anak cucu
hamba, jikalau ia zalim dan jahat mana sekalipun.” Maka Seri Teri Buana pun
berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun itu. Setelah berkahwin, puteri Uwan
Sundari tidak terkena penyakit kedal.
Seri
Teri Buana pun pergi belayar dan hal ini diketahui oleh raja perempuan di
Bentan bernama Uwan Seri Beni. Seri Teri Buana telah diambil sebagai anak
angkat oleh Uwan Seri Beni dan dinobatkan sebagai raja di Bentan. Seri Teri
Buana telah bermain ke padang di kualaTemasik. Maka dilihat seekor binatang
yang tangkas lakunya. Setelah dilihat banyak orang, maka ia lenyap. Seri Teri
Buana ingin berbuat negeri dan dinamakan Singa Pura. Setelah beberapa lamanya,
Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun mangkat. Anakandanya yang menggantikannya
di atas kerajaan iaitu Paduka Seri Pikrama Wira. Hatta, Paduka Seri
Pikrama Wira pun mempunyai seorang anak bernama Raja Muda dan Singa Pura
menjadi negeri yang besar.
EPISOD
4
Tersebutlah kisah
Betara Majapahit yang mendengar Singa Pura sebuah negeri yang besar. Maka
baginda menyuruh utusan menghantar sekeping tatal, tujuh depa panjangnya,
ditarah tiada putus, nipis seperti kertas dan digulung seperti subang. Setelah
sampai ke Paduka Seri Pikrama Wira, baginda memanggil seorang karangan bernama
Sang Bentan dan disuruh menarah kepala kanak-kanak. Paduka Seri Pikrama Wira
berbuat seperti itu untuk membuktikan bahawa orang Singa Pura pandai menarah
tatal. Lalu Singa Pura dan Jawa bertarung dan akhirnya Singa Pura menang.
EPISOD
5
Seterusnya, tersebutlah
kisah anak Raja Culan iaitu Adiraja Rama Mendeliar. Maka Paduka Seri Pikrama
Wira ingin mengahwinkan anaknya Raja Muda dengan Tuan Puteri Talla Puncadi
iaitu anak Raja Benua Keling itu. Setelah itu, maka Paduka Seri
Pikrama Wira pun mangkat. Raja Muda beranak dengan Tuan Puteri Talla
Puncadi dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
Baginda
Seri Rana Wikrama ada seorang hulubalang bernama Badang. Badang sentiasa
kehilangan ikan di dalam lukahnya. Suatu hari, Badang telah mengintai pencuri
ikannya. Dia terkejut apabila melihat hantu bermata merah yang selalu mencuri
ikannya. Badang memegang janggut hantu tersebut dan ingin membunuhnya. Hantu
itu menawarkan permintaan kepada Badang. Badang meminta untuk menjadi kuat.
Badang harus makan muntah hantu tersebut untuk menjadi kuat. Setelah menjadi
kuat, Badang telah dimerdekakan oleh tuannya. Badang telah menjadi hulubalang
raja. Setelah kedengaran ke Benua Keling tentang kekuatan Badang, seorang
pahlawan terlalu gagah ingin berlawan dengan Badang. Mereka berlawan mengangkat
batu dan akhirnya pahlawan Benua Keling itu kalah dan Badang dapat ketujuh buah
kapal dan segala isinya. Raja Perlak telah mengutus Benderang untuk berlawan
dengan Badang. Benderang telah duduk di sebelah Badang dan meletakkan pahanya
di atas paha Badang. Kemudian Badang pula telah menindih paha Benderang tiada
terangkat olehnya. Tidak lama kemudian, Benderang pun kembali ke Perlak kerana
tahu dia tidak mampu berlawan dengan Badang. Seberapa lamanya akhirnya, Badang
mati.
EPISOD
6
Tersebutlah kisah
tentang Raja Pasyai. Terdapat dua orang pemuda bernama Marah Jaga dan Marah
Silu. Marah Silu merebus gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi
perak. Apabila didengar oleh Marah Jaga, ingin dibunuhnya. Marah Silu pun lari
ke rimba Jeran. Suatu hari, Marah Silu melihat seekor semut sebesar kucing.
Maka dinamai tempat itu Sanudera. Rasulullah SAW bersabda untuk mengislamkan
negeri Samudera. Maka setelah sampai ke Samudera, Marah Silu telah diislamkan
maka ia bermimpi berpandangan dengan Rasulullah SAW. Setelah siang hari, Marah
Silu tahu membaca Al-Quran. Marah Silu telah dirajakan dan dinamakan Sultan
Malik al-Saleh. Adapun orang yang besar-besar dua orang dinamai Sidi Ali
Ghiatuddin dan Sidi Samayuddin.
Sultan
Malik al-Saleh telah meminang anak Raja Perlak iaitu Puteri Genggang. Mereka
dikurniai dua orang putera dan penjaga mereka bernama Sultan Malik al-Zahir
(Sidi Ali Ghiatuddin) dan Sultan Malik al-Mansur (Sidi Samayuddin). Suatu hari,
Sultan Malik al-Saleh telah menemui tempat untuk berbuat negeri dinamakan
Pasai. Maka anakandanya Sultan Malik al-Zahir dirajakan di Pasai. Setelah
berapa lamanya Sultan Malik al-Saleh pun mangkat dan anakandanya, Sultan Malik
al-Mansur yang menggantikannya. Sidi Ali Ghiatuddin dan Sidi
Samayuddin berjanji untuk sentiasa setia kepada raja mereka. Maka diceritakan
tentang Raja Syahr Nuwi yang memerintahkan Awi Dicu menangkap Raja Samudera.
Setelah berjaya menangkap Raja Samudera, baginda dijadikan pengembala ayam.
Sidi Ali Ghiatuddin muafakat di negeri Pasai dan belayar ke negeri Syahr Nuwi.
Sidi Ali Ghiatuddin telah memberikan banyak harta untuk mendapatkan semula Raja
Samudera dan akhirnya dia berjaya.
Suatu
hari, Sultan Malik al-Mansur ingin berjumpa dengan abangnya. Baginda pun jatuh
cinta dengan gundik abangnya. Hal ini membuatkan abangnya murka dan menangkap
Sultan Malik al-Mansur dan dibawa ke Manjung. Sidi Samayuddin telah dibunuh dan
kepalanya di gantung di hadapan kapal. Seberapa selepas itu, Sultan Malik al-
Zahir menyesal dengan perbuatannya terhadap adiknya hanya kerana seorang
perempuan.Sultan Malik al-Zahir ingin meminta maaf kepada adiknya tetapi Sultan
Malik al-Mansur telah mangkat di sisi kubur Sidi Samayuddin. Tidak alama
selepas itu, Sultan Malik al-Zahir pun mangkat dan baginda digantikan oleh
anakandanya Sultan Ahmad.
Kisah
bermula dengan seorang hamba Allah bernama Tun Jana Khatib di Pasai. Dia telah
pergi ke Singa Pura.Tun Jana Khatib telah menilik sebatang pinang di istana
menjadi dua batang dan hal ini telah dilihat oleh puteri. Perkara ini
membuatkan Paduka Seri Maharaja murka dan membunuh Tun Jana Khatib. Setelah
berapa lama, todak telah menyerang Singa Pura. Ramai orang yang mati kerana
raja menitahkan rakyat berkotakan betis. Tidak lama kemudian, datang idea
daripada seorang budak untuk berkotakan batang pisang dan todak tidak menyerang
lagi. Budak yang memberikan idea itu dibunuh kerana takut akan merebut kuasa
raja apabila dewasa kelak. Selepas Paduka Seri Maharaja mangkat,
anakandanya Seri Sultan Iskandar Syah di atas kerajaan.
Sultan
Iskandar Syah murka pada seorang gundik iaitu anak kepada bendahara iaitu Sang
Rajuna Tapa. Anak Sang Rajuna Tapa dimalukan dan telah berkirim surat ke Jawa
untuk membantu menyerang Singa Pura. Setelah Singa Pura kalah dengan Jawa,
Sultan Iskandar pun pergi ke Muar dan akhinya tiba di Bertam. Baginda melihat
peristiwa seekor pelanduk menendang anjing buruannya. Baginda ingin berbiat
negeri di situ dan menamakan negeri itu Melaka. Setelah Sultan Iskandar Syah mangkat,
anakandanya Raja Kecil Besar dijadikan raja digelar Sultan Mahkota. Sultan
Mahkota telah berkahwin dengan anak bendahara dan mendapat tiga orang anak
bernama Raden Bagus, Raja Tengah dan Raden Anum. Raja Tengah telah menggantikan
tempat ayahandanya. Suatu malam, baginda bermimpi berpandangan elok dengan
Rasulullah SAW dan pada siangnya kalamnya sudah khatan. Seorang makhdum bernama
Sidi Abdul Aziz telah mengislamkan baginda dan bergelar Sultan Muhammad Syah.
Baginda sangat adil dalam memelihara rakyatnya.
EPISOD
7
Seterusnya kisah di
Benua Keling dan nama rajanya Nizam al-Muluk Akbar Syah. Baginda mempunyai dua
orang anak bernama Mani Purindan dan Raja Akbar Muluk Padsyah. Oleh kerana Mani
Purindan merasakan tiada orang yang mendengarkan cakapnya, maka dia tidak layak
menjadi raja. Lalu dia pun bercadang untuk pergi ke Melaka. Sewaktu belayar
kapalnya tenggelam dan diselamatkan oleh ikan aluh-aluh dan pohon gandasuli.
Mani Purindan telah berkahwin dengan Tun Ratna Sundari. Sultan Muhammad Syah
telah berkahwin dengan Raja Rokan dan mendapat putera bernama Raja Ibrahim.
Maka dengan anak bendahara mendapat seorang anak bernama Raja Kasim. Raja
Ibrahim lebih disayangi oleh baginda kerana pengaruh Raja Rokan. Selepas
mangkatnya Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menggantikan ayahandanya dengan
gelaran Sultan Abu Syahid.
Raja
Rokan bertindak seperti pemerintah kerana anaknya masih lagi kecil dan hal ini
membuatkan ramai yang tidak suka. Raja Kasim disuruhnya mengail ikan. Suatu
hari, seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin menyuruh Raja Kasim untuk
pulang ke darat sebagai balasan, maulana tersebut inginkan Raja Rokan. Raja
Kasim mendapat bantuan dari Seri Nara al-Diraja. Berlaku pergelutan semasa Raja
Kasim ingin menikam Raja Rokan kerana dia tidak mahu melepaskan anakandanya
Raja Ibrahim. Raja Kasim menikam Raja Rokan dan Raja Rokan menikam Raja Ibrahim
yang pada waktu itu berumur 1 tahun 5 bulan. Raja Kasim telah menggantikan
adiknya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Seorang gundik telah diberikan
kepada Maulana Jalaludin sebagai pengganti Raja Rokan. Tersebut kisah Bendahara
Seriwa Raja yang sangat dikasihi sultan menyangka bahawa Sultan murka akan
dirinya lalu dia makan racun. Bendahara mempunyai tiga orang anak Tun Kudu yang
dikahwini Sultan Muzaffar Syah, Tun Perak yang menjadi penghulu di Kelang dan
Tun Perpatih Putih.
EPISOD
8
Tersebutlah kisah Raja
Siam iaitu Syahr Nuwi yang ingin menyerang Melaka. Tun Perak telah memberikan
idea untuk membawa anak isteri turut berperang menyerang Siam supaya
pahlawan-pahlawan bersungguh-sungguh semasa berperang. Maka, Siam pun kalah.
Tun Perak telah menjadi Paduka Raja kerana kebijakan yang dimilikinya.
Seterusnya kisah telah perselisihan faham antara Paduka Raja dan Seri Nara
al-Diraja. Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu dan dia telah
dikahwinkan dengan Seri Nara al-Diraja supaya perselisihan dua pembesar
tersebut dapat dihapuskan.
Paduka
Raja telah menjadi Bendahara Paduka Raja. Suatu hari, Melaka diserang lagi oleh
Siam diketuai oleh Awi Dicu. Bendahara Paduka Raja mengarahkan semua pohon
bakau, nyirih, tumu dan api-api ditambati dengan puntung api. Hal ini untuk
memperdaya orang Siam bahawa Melaka mempunyai ramai tentera. Maka, Awi Dicu pun
tidak jadi menyerang Melaka. Selepas itu, ada seorang Siam yang bernama Cau
Pandan ingin menyerang Melaka. Terdapat seorang Sidi yang pandai memanah. Lalu
dipanahnya dengan mengatakan “ Sudah Mati Cau Pandan”. Cau Pandan yang pada
ketika itu berada di Siam muntahkan darah lalu mati. Oleh sebab itu, Siam tidak
jadi menyerang Melaka.
Untuk
memperbaiki hubungan dengan Siam, Sultan mengarahkan Tun Telanai ke Benua Siam.
Raja Siam menanyakan kepada Tun Telanai mengapa Melaka tidak pernah kalah
kepada Siam. Tun Telanai mengatakan orang Melaka semuanya kebal. Paduka
Bubunnya pergi menyerang negeri hampir dengan negeri Siam. Tun Telanai yang
tahu bahawa dia akan kalah mendapat idea untuk mengubah tempat dengan
mengatakan orang Islam tidak boleh berperang mengadap matahari mati. Maka
diberi oleh Phra Cau pada tempat yang lain, menghadap ke matahari hidup. Oleh
kerana kebijakan tersebut, Melaka telah menang dalam peperangan itu. Setelah 40
tahun, Sultan Muzaffar Syah pun mangkat diganti oleh anakandanya, Sultan Mansur
Syah. Sultan Mansur Syah sangat adil dan baik paras rupanya.
EPISOD
9
Menceritakan tentang
kehilangan anak Raja Tanjung Pura yang dihanyutkan ke dalam air akibat dilanda ombak
besar. Raden Perlangu namanya. Akibat dari peristiwa itu dia
dijumpai oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Jadi mereka
mengambil Raden Perlangu sebagai anak angkat mereka dengan memberi nama Ki Mas
Jiwa. Disebabkan bapa angkat keppada Ki Mas Jiwa ini adalah penyadap kampung
jadi dia berkeinginan untuk menjadi Patih Aria Gajah Mada apabila Ki Mas Jiwa
diangkat menjadi Betara Maja Pahit.
Manakala,
anak Betara Maja Pahit iaitu Puteri Naya Kesuma telah memegang tampuk
pemerintahan. Patih Gajah Mada mencadangkan kepada Puteri Naya Kesuma untuk
berkahwin. Puteri Naya Kesuma bersetuju dengan cadangan itu tetapi dengan
bersyarat lelaki diseluruh kampung dibawa kepadanya supaya dia boleh memilih
mengikut citarasanya sendiri. Setelah dikumpulkan, Puteri Naya Kesuma berkenan
dengan Ki Mas Jiwa dan mereka pun berkahwin, dan melahirkan anak bernama Raden
Galuh Cendera Kirana. Kecantikan rupa parasnya mashyur sehingga ke Melaka
sehingga Sultan Masur Syah terpikat dan menyuruh Tun Bijaya Sura menjadi ketua
kepada rombongannya ke Majapahit untuk meminangkan Puteri Galuh Cendera Kirana
buatnya.
Setelah
datang rombongan dari Melaka, gempar kawasan istana apabila orang Jawa ditikam
oleh Hang Kasturi dan Hang Jebat. Mereka ditikam kerana Hang Kasturi dan Hang
Jebat naik ke atas balai. Setelah diketahui oleh Betara Maja Pahit, baginda
membiarkan mereka duduk di atas balai larangan. Di dalam episod ini turut
diceritakan tentang kegagahan Laksamana Hang Tuah, kerana ke mana sahaja dia
pergi akan menarik perhatian orang. Sehinggalah ada isteri yang sanggup
meninggalkan suami dan rumah semata-mata untuk melihat Hang Tuah. Terdapat juga
kisah Hang Tuah yang dipasung oleh bendahara Seri Nara al-Diraja oleh bendahara
dibawah arahan Sultan Mansur Syah. Tetapi, bendahara tidak memasungkan Hang
Tuah tetapi dia menyembunyikan Hang Tuah di satu dusun. Akibat perbuatan jahat
dari Hang Kasturi dia dibunuh oleh Hang Tuah demi menyelamatkan negeri Melaka.
Sultan
Mansur Syah mengutuskan bendaharanya Tun Perpatih Putih ke Benua China.
Suratnya dihantarkan ke perdana menteri China, Li Po. Setelah diberitahu kepada
Raja China, semua orang tunduk dan tidak berani menghadap ke muka Raja China
yang sedang kelihatan duduk di dalam mungkur kaca dalam mulut naga. maka,
ditanya oleh Raja China kepada bendahara apa kegemaran orang Melaka, dijawab
oleh Tun Perpatih Putih bahawa kegemaran orang Melaka adalah kangkung yang
dimakan panjang-panjang tanpa dipotong. Akibatnya, mereka dapat melihat Raja
China di dalam mungkur kaca. Akhir, Sultan Mansur Syah berkahwin dengan anak
Raja China bernama, Puteri Hang Lui setelah masuk islam.
EPISOD
10
Maka disebutlah
perkataan Raja Benua China. Setelah utusan mengantarkan puteri anak Raja China
dengan Tun Perpatih (Putih) itu kembali maka surat Raja Melaka pun diaraknya.
Dibaca dan diketahuinya maka raja pun terlalu sukacita mendengar Raja Melaka
berkirim sembah padanya. Raja China pun sakit, lalu kedal semuanya tubuh
baginda. Maka Raja China pun menyuruh memanggil tabib meminta ubat. Maka
diubati oleh tabib itu, tiada juga sembuh. Maka beberapa ratus tabib disuruh
Raja China mengubat diri baginda, tiada juga sembuh. Maka kata seorang tabib,
“Ya tuhanku, adapun penyakit kenohong ini tiada akan terubat oleh patik
sekalian kerana penyakit ini bersebab”. Ditanya Raja China, “apa sebabnya?”.
Sembah tabib “ Tuanku, oleh-oleh Raja Melaka berkirim sembah-itulah tuanku,
jikalau tiada air basuh kaki Raja Melaka tuanku santap (minum) dan tuan permandi
tiada akan sembuh penyakit tuanku ini.” Maka baginda menitahkan utusan ke
Melaka minta air basuh kaki Raja Melaka. Akhir, air basuh kaki Sultan Mansur
Syah itu pun diarak oranglah, dibawa oranglah masuk kepada Raja China. Lantas
air basuhan kaki itupun disantap dan dibuat mandi.
EPISOD
11
Episod ini mengisahkan
tentang peperangan menentang Siak yang disuruh oleh Sultan Mansur Syah, kerana
dahulunya Siak ini sebuah negeri besar, rajanya daripaa anak cucu Raja Pagar
Ruyung, asalnya dari Sang Seperba, yang turun daripada Bukit Seguntang
Mahameru. Jadi Seri Awadana dititahkan untuk mengetuai peperangan ini
bersama-samanya turut terdapat enam puluh hulubalang beserta Sang Jaya Pikrama
dan Sang Surana. Bermula Maharaja Peri Sura berdiri di kepala kota mengerahkan
segala rakyat berperang. Setelah dilihat oleh Khoja Baba maka segera
dipanahnya, kena dada Maharaja Peri Sura, terus. Maka Maharaja Peri Sura pun
matilah. Setelah rakyat Siak melihat rajanya sudah mati maka segala rakyat Siak
pun pecahlah, lalu lari cerai. Maka kota pun dibelah oleh orang Melaka,
dimasukinya sekali. Maka orang Melaka pun merampaslah barang-barang di dalam
negeri itu.
Raja Muhammad
dan Raja Ahmad adalah anak Sultan Mansur Syah, kasadnya diberikan kepada Raja
Muhammad untuk menggantikan tempatnya kerana baginda amat mengasihi Raja
Muhammad. Lalu Raja Ahmad dan Raja Muhammad pergilah bermain kuda, ketika itu
Tun Besar sedang bermain sepak raga, kena destar Raja Muhammad, jatuh.
Disebabkan destarnya jatuh orang menikam Tun Besar. Maka gemparlah orang di
dalam negeri akan hal itu. Maka bendahara pun keluar bertanya apa sebabnya maka
orang gempar itu. Disahut orang “anakanda sudah mati dibunuh oleh Raja
Muhammad”. Kerana peristiwa itu Sultan Mansur Syah terlalu murka dan baginda
menyuruh memanggil Raja Muhammad. Setelah Raja Muhammad datang maka Sultan
Mansur Syah pun terlalu muka akan Raja Muhammad, terlalu sangat tiada dapat
dikatakan.
EPISOD
12
Maka titah Sultan
Mansur Syah, “ kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang
Setialah kita titahkan.” Akan titah puteri, “ Jikalau Raja Melaka hendak akan
daku buatkanlah aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang
ke Gunung Ledang. Akan peminangannya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh
dulang, air pinang muda setempayan air mata setempayan, darah raja semangkuk
dan darah anak raja semangkuk. Jika demikian maka kabullah pada hamba akan
kehendak Raja Melaka itu.”
Maka
titah Raja Melaka, “ semuanya dapat kita adakan, tetapi akan mengeluarkan darah
anak kita itulah yang tiada dapat kita adakan, kerana tidak sampai hati”.
EPISOD
13
Sultan Pasai, Sultan
Zainal Abidin nama rajanya adapun akan Raja Pasai itu dua bersaudara, yang muda
hendak merebut kerajaan abangnya. Maka segala orang Pasai pun sertalah derhaka
hendak membunuh rajanya. Maka Sultan Pasaipun larilah berperahu kecil, lalu ia
ke Melaka meminta perlindungan daripada Sultan Mansur Syah. Namun, Sultan
Zainal Abidin dihantar semula ke Pasai oleh Sultan Mansur Syah. Berperanglah
antara orang Melaka dan rakyat Pasai. Akhirnya, Sultan Zainal Abidin ditabalkan
diam di Pasai.
EPISOD
14
Bab ini menceritakan
tentang politik dan pentadbiran kerajaan Champa. Dimana tampok pemerintahannya
bertukar-tukar mengikut generasi, bermula dengan Raja Champa sehinggalah ke
zaman diambilalih oleh Sultan Mansor Syah apabila rajanya mangkat diganti oleh
Sultan Alaudin Ri’ayat Syah. Malah, turut diceritakan tentang kepimpinan Sultan
Alaudin Riayat Syah akan masalah negerinya apabila sering dimasuk pencuri. Baginda
sendiri yang menangkap 5 orang pencuri itu, dibantu oleh Seri Maharaja, Hang
Isak dan Hang Siak.
EPISOD
15
Bab ini masih
mengisahkan berkisar tampok pemerintahan raja-raja Melaka. Maharaja al-Diraja
mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat yang diutus oleh Maharaja al-Diraja disampaikan
oleh orang dengan tafsiran yang salah. Malah, menambah kemarahan kepada Raja
Pahlawan sehingga dia mengamuk, banyak yang mati. Setelah itu, Maharaja
al-Diraja menitahkan hulubalang Pasai, Seri Indera untuk merosakkan segala
jajahan Melaka. Maka berperanglah antara Haru dan Melaka di sempadan laut
Tanjung Tuan, dikepalai oleh Seri Nara al-Diraja. Tetapi berjaya dikalahkan
oleh orang Melaka. Berita ini menyebabkan Maharaja al-Diraja marah. Manakala,
berita perkhabaran tentang kemenangan Melaka menyebabkan Sultan Alauddin
bersukacita. Malah, baginda mengutuskan Seri Nara al-Diraja bersama-sama dengan
Sang Setia, Sang Naya, dan Sang Guna menyerang Kampar. Dan sekali lagi baginda
sukacita apabila mereka berjaya kalahkan Kampar. Akhirnya Sultan Alauddin
mangkat dan yang menggantikan tempat baginda ialah Sultan Mahmud Syah, terlalu
baik sikapnya. Malah, terdapat banyak kisah berkisarkan pentadbiran baginda
memimpin kerajaan Melaka.
EPISOD
16
Episod ini mengisahkan
tentang bendahara dimana Sultan Mahmud Syah memilih orang untuk dijadikan
sebagai bendahara Melaka. Antaranya, Tun Zainal Abidin, Tun Telanai, Paduka
Tuan, Seri Nara al-Diraja, Seriwa Raja, Seri Maharaja, Abu Sa’id, dan Tun
‘Abdul, Tun Bijaya Maha Menteri. Maka, baginda mempersetujui percalonan oleh
bonda baginda bahawa Tun Mutahir atau Seri Maharaja menjadi bendahara Melaka.
Penjawatan bendahara sungguh tepat kerana negeri Melaka kian makmur kerana Seri
Maharaja terlalu adil dan senang. malah, rakyat Melaka sangat kasih akan
bendahara Tun Mutahir. Turut diceritakan tentang perjanjian yang dianggap janji
oleh Patih Adam dan Seri Nara al-diraja ketika Patih Adam masih kecil. Katanya,
apabila Patih Adam besar dia mahu kahwinkan anaknya Tun Minda dengan Patih
Adam. Tetapi, apabila Patih Adam sudah besar dan datang kepadanya untuk
menuntut apa yang telah diperkatakan dikatakan oleh Seri Nara al-Diraja bahawa
itu hanya gurauan. Oleh itu,Patih Adam terlalu marah dan berniat untuk merogol
Tun Minda, sehingga orang datang mahu membunuh dan menangkap Patih Adam, dia
bertindak untuk turut membunuh Tun Minda jika dia dibunuh. Akhirnya, Seri Nara
al-diraja membuat keputusan untuk mengahwinkan anaknya dengan Patih Adam.
Tun
Mutahir – kepimpinan yang adil, bijak dalam kepimpinan dengan menjaga segala
dagang, terlalu baik kepada semua orang, disayangi oleh rakyat.
EPISOD
17
Sultan Mahmud memberi
banyak anugerah kepada Raja Kedah. Bendahara Seri Maharaja pun makanlah seorang
diri. Ianya adalah kerana “adat Bendahara Melaka tidak makan bersama – sama
dengan orang lain. Setelah sudah Bendahara makan, barulah orang lain boleh makan”.
Sesudah Bendahara Seri Maharaja selesai memakan sirih itu , sisa – sisa sirih
itu dihabiskan oleh Tun Hasan Temenggung dan Raja Kedah. Raja Kedah memohon
untuk pulang setelah lama baginda di Melaka maka Sultan Mahmud pun
menganugerahkan nobat dan persalinan diraja. Tun Perpatih Hitam mempunyai
seorang anak yang bernama Tun Husin terlalu baik sikapnya. Tun Husin akan
mengamuk apabila bapanya diganggu atau dikacau orang. Tun Perpatih Hitam telah
berlaku biadap di hadapan Bendahara. Di Melaka, apabila ada orang yang biadap
dengan Bendahara akan dibunuh oleh Laksamana. Manakala, Temenggunglah yang akan
menangkap dan dipasung orang itu. Itulah budaya dan adat Melaka zaman Melaka.
Apabila Tun Perpatih Hitam ditangkap oleh orang – orang Bendahara maka Tun Husin
pun datang mendapatkan ayahnya itu. Maka Tun Perpatih Hitam pun dibunuh oleh
Laksamana dengan menggunakan keris. Apabila Tun Husin melihat bapanya mati itu,
dia pun segera menghunus kerisnya hendak melawan. Segala perkara yang berlaku
itu telah dipersembahkan ke bawah duli Sultan Mahmud Syah. Laksamana
dianugerahi persalin oleh Sultan Mahmud Syah.
EPISOD
18
Maharaja Merlung, Raja
Inderagiri telah dikhabarkan hilang di Melaka. Setelah Raja Nara Singa pulang
ke Inderagiri, baginda mendapati Maharaja Tuban, adik Maharaja Merlung itu
sudah mati. Maharaja Isak ke Lingga bernikah dengan anak Raja Lingga. Apabila
Raja Lingga mati, maka Maharaja Isak pun naik raja di Lingga. Baginda mendapat
ramai orang anak. Maka Raja Nara Singa pun naik takhta sebagai raja di Inderagiri.
Sultan Mahmud Syah menyuruh Hang Nadim ke Benua Keling untuk membeli empat
puluh kain. Segala permintaan Sultan Mahmud Syah kepada Raja Keling. Raja
Keling menghimpunkan 500 orang pelukis. Hang Nadim pulang dengan membawa segala
kainnya menaiki kapal Hang Isak. Di tengah lautan, tiba – tiba kapal Hang Isak
tenggelam. Hang Nadim terselamat. Raja Selan menyuruh hang Nadim membuat
tanglung telur dan telah dipersembahkan kepada Raja Selan. Hang Nadim sampai di
Melaka tanpa membawa kain – kain. Sultan Mahmud sangat murka dan Hang Nadim
dijatuhkan hukuman bunuh. Laksamana Hang Tuah
sudahpun mati. Menantunya Khoja Husin dijadikan sebagai Laksamana Melaka yang
baru.
EPISOD
19
Sultan Mahmud Syah,
Raja Pahang telah mangkat. Sultan Abdul Jamal telah menggantikan ayahanda
baginda. Bendahara Pahang, Seri Amar Wangsa al – Diraja mempunyai seorang anak
perempuan yang baik rupa parasnya bernama Tun Teja Ratna Menggala. Sultan Abdul
Jamal hendakkan Tun Teja untuk dijadikan sebagai isteri. Sultan Abdul Jamal
ditabalkan menjadi raja Pahang. Semua bomoh tidak dapat menjirat gajah – gajah
kerana adanya Seriwa Raja. Sultan Abdul Jamal membawa naik Tun Umar ke atas
gajah. Sultan Mahmud inginkan Tun Teja. Hang Nadim pergi ke Pahang untuk
mendapatkan Tun Teja kerana inginkan pengampunan daripada Sultan Mahmud. Hang
Nadim membawa pergi Tun Teja ke Melaka dengan menaiki kapal Nakhoda Sidi Ahmad.
Sultan Pahang sangat murka apabila mendapat berita akan kehilangan Tun Teja.
Sultan Mahmud Syah mengahwini Tun Teja. Sultan Abdul Jamal, raja Pahang sangat
murka dan hendak menyerang Melaka. Sultan Abdul Jamal turun dari kerajaannya
dan membawa diri ke Lubuk Peletang. Tempat baginda digantikan oleh anakanda
baginda iaitu Sultan Mansur Syah.
EPISOD
20
Kota Maligai mempunyai
seorang raja yang bernama Raja Sulaiman Syah. Anak Raja Siam, Cau Seri Bangsa
menyerang dan telah berjaya menawan Kota Maligai. Cau Seri Bangsa telah masuk
Islam. Baginda membina kerajaan di tempat yang bernama Pa’Tani. Cau Seri Bangsa
pergi mengadap Sultan Mahmud untuk memohon nobat. Cau Seri Bangsa diberi
gelaran oleh Sultan Mahmud Syah sebagai Sultan Ahmad Syah. Turun sebuah kapal
dari atas angin ke Melaka. Sultan Mahmud Syah dan anakandanya Raja Ahmad
mempergurukan Maulana Sadar Jahan dalam mengaji. Maulana Sadar Jahan digelar
orang makhdum. Dalam keadaan mabuk, Seri Rama turut ingin mengaji. Makhdum
Sadar Jahan pulang ke rumahnya apabila mendengar kata – kata dari Seri Rama.
Tun Mai Ulat Bulu susah untuk menyebut perkataan bahasa Arab. Orang Kaya Tun
Muhammad diutuskan menghantar surat ke Pasai. Raja Pasai membalas surat Raja
Melaka.
EPISOD
21
Raja Ligor, Maharaja
Dewa Sura hendak menyerang Pahang. Sultan Munawar Syah, Raja, Pahang menyuruh
membaiki kota, memanggil semua rakyat memasuki kota dan membaiki senjata.
Bendahara dan Laksamana pun pergilah ke Pahang untuk membantu negeri Pahang.
Mengambil masa selama tiga hari untuk siap kota itu. Raja Ligor datang
menyerang Pahang dengan segala rakyatnya dan dengan takdir Allah SWT, Pahang
menang dalam peperangan itu.
Ada
sebuah kapal Feringgi dari Goah yang datang berniaga di Melaka. Pedagang itu
melihat betapa makmurnya dan majunya negeri Melaka. Kapitan kapal itu pun
pulanglah ke Goah dan memberitahu berita tersebut kepada ketua pemerintahnya
iaitu Alfonso d’Albuquerque. Alfonso menyerang Melaka dengan menggunakan
meriam. Maka Tun Hasan Temenggung, seorang panglima telah berlawan dengan
tentera Feringgi itu dan beliau telah menyebabkan tentera Feringgi berundur ke
Goah.
EPISOD
22
Anak Bendahara Seri
Maharaja yang bernama Tun Fatimah didudukkan dan dikahwinkan dengan Tun Ali,
anak Seri Nara al – Diraja. Sultan Mahmud Syah berdendam dengan Bendahara Seri
Maharaja kerana tidak menunjukkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Raja
Mendeliar dan Nina Suara Dewana mengadap Bendahara Seri Maharaja. Si Kitul
melihat Nina Suara keluar daripada rumah Bendahara Seri Maharaja dan
memberitahu Raja Mendeliar akan perkara ini. Raja Mendeliar membawa emas
sebahara dan pakaian yang cantik – cantik ke rumah Laksamana. Sultan Mahmud
menitahkan supaya Bendahara Seri Maharaja dibunuh. Bendahara Seri Maharaja dan
Seri Nara al – Diraja dibunuh. Sultan Mahmud turun daripada kerajaannya dan
digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Ahmad.
EPISOD
23
Alfonso d’Albuquerque
mengadap Raja Portugal dan diperintahkan untuk mengetuai rombongan menyerang
Melaka. Alfonso d’Albuquerque dari Goah bersiap sedia hendak menyerang Melaka.
Maka berperanglah Melaka dengan Feringgi. Sultan Ahmad berundur ke hulu Muar
lalu ke Pagoh. Sultan Mahmud berundur ke Batu Hampar. Tun Ali Hati mati dibunuh
oleh Sultan Mahmud Syah kerana beliau yang diminta dibunuh. Hang Nadim dilantik
sebagai Laksamana kerana keberanian dan kegagahan beliau.
EPISOD
24
Sultan Abdullah, Raja
Kampar menderhaka tidak mahu menyembah ke Bentan. Sultan Mahmud Syah menitahkan
empat orang menteri iaitu Seri Amar Bangsa, Seri Utama, Seri Petam, Seri Nata
dan Tun Biajit ke Inderagiri. Rombongan dari Melaka itu mengadap Sultan Nara
Singa sesudah sampai di Inderagiri. Tun Biajit menyabung ayamnya dengan seekor
ayam Raja Nara Singa dan Tun Biajit telah memenangi pertandingan itu. Feringgi
telah menculik Sultan Abdullah lalu dibawanya ke Goah. Bendahara Kampar, Paduka
Tuan ditukarkan gelarannya kepada baginda Seri Amar al – Diraja.
EPISOD
25
Di Lingga Maharaja Isak
menjadi pemimpin. Baginda bersiap sedia menghadap ke Bentan untuk menghadap
Sultan Mahmud. Setelah sampai di Bentan , Sultan Mahmud menyambut
kedatangannya. Raja Nara Singa ( Sultan ‘Abdul Jalil ) , Raja
Inderagiri menyerang Lingga dan menawan keluarga Maharaja Isak. Maka, menghadap
ke Bentan untuk dinobatkan oleh Sultan Mahmud Syah sehingga baginda terlalu
kasih akannya dikahwinkan sehingga mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama
Raja Ahmad ( bongsu) dan Raja Muhammad ( Raja Pang ) . Setelah diketahui akan
Maharaja Isak, maka baginda berhasrat untuk menyerang Inderagiri dan menawan
anak isteri Sultan ‘ Abdul Jalil.
Maka
berlengkaplah Sang Setia untuk menyerang Lingga pula sehingga bertemu dengan
Feringgi. Maka, setelah Lingga tiada alah, menghadap ke Sultan Mahmud lah
segala perkhabaran sehingga baginda murka.
Laksama
dan Sang Naya pun berdayunglah sehingga bertemu dengan fusta Feringgi itu lalu
berperanglah. Setelah itu, Laksamana dan Sang Naya pun kembalilah ke
Bentan dan mengadap Sultan Mahmud Syah. Baginda murka kerana Laksamana tidak
mahu pergi ke Lingga , tetapi Sang Naya dianugerahkan persalin dan gundik
baginda yang bernama Tun Sadah itu, maka diperisterikannya oleh Sang Naya,
beranak dua orang,seorang laki-laki bernama Tun Dolah,seorang perempuan bernama
Tun ‘Abdul itu,anak Laksamana tuha Hang Tuah,beranakkan Tun Merak.
Sultan
Mahmud berlengkap menyerang Melaka. Paduka Tuan dititahkan akan panglimanya.
Tun Nara Wangsa , Tun Pikrama , Laksamana , Sang Setia dan segala hulubalang
pun pergi berperang. Setelah datang ke laut sawang maka bertemu dengan sebuah
jong Berunai yang hendak ke Melaka lalu dipanggil oleh Paduka Tuan. Sang Setia
juga merampas jong dengan segala kelengkapan. Setelah itu , Paduka Tuan pun
pergi dari sawang sehingga sampai ke Melaka. Paduka Tuan berhenti di Pulau
Sabat. Orang Inderagiri pun membawa gendang hendak menobat sehingga dimalukan.
Pada malam Jumaat segala cuaca ribut dan hujan lebat, Paduka Tuan pun
berlengkaplah hendak menyerang tetapi ditundanya ke malam Sabtu. Gajah Sultan
Mahmud Syah bernama Bidam Setia tinggal di Muar dinaiki oleh Paduka Tuan.
Feringgi pun membedil sehingga banyak yang mati. Bidam Setia juga
telah patah gading. Sultan ‘ Abdul Jalil pun bersembahkan surat ke Bentan yang
segala isi suratnya tentang peperangan. Setelah surat tersebut sampai ke
Bentan,Sultan Mahmud berasa amat murka lalu menitahkan Tun Bijaya mengembalikan
Paduka Tuan. Malahan , dihantar dua keeping surat kepada Sang Setia.
Tun Bijaya Sura pun pergilah ke Melaka lalu memberikan surat tersebut kepada
Paduka Tuan,lalu segala hulubalang dan Bidam Setia kembali Ke Bentan.
Sesampainya
di Bentan , Paduka Tuan dan Sultan ‘Abdul Jalil menghadap Sultan Mahmud Syah
lantas memberi segala kandungan peperangan. Sultan ‘Abdul Jalil menyalahkan
Paduka Tuan kerana tidak menyerang pada malam jumaat, lalu Paduka Tuan
memberikan alasan keadaan ribut malam itu terlalu teruk maka terpaksalah
berperang pada malam Sabtu.Setelah mendengar alasan daripada Paduka Tuan,
segeralah orang yang datang kembali ke rumah masing-masing.
EPISOD
26
Kemangkatan Sultan
Ibrahim telah diambil alih oleh anakanda yang bernama Raja Abdul. Raja Abdul
telah menaiki takhta ayahnya iaitu memimpin kerajaan Siak . Setelah menaiki
takhta, Raja ‘Abdul bersiap sedia menghadap sultan Mahmud Syah di Bentan dengan
segala kelengkapan. Sesampainya di Bentan , Sultan Mahmud Syah amat gembira
dengan kehadiran Raja Abdul , lalu Sultan Mahmud Syah , diberi gelaran dengan
nama Sultan Khoja Ahmad dan baginda menjadikannya sebagai menantu.
Setelah
beberapa lamanya, Sultan Khoja Ahmad dikurniakan dengan dua orang putera
bernama Jamla dan Biajit. Sultan Khoja Ahmad juga mempunyai saudara lelaki (
abang) iaitu Raja Sami’un yang berkahwin dengan anak Raja Muara Kinta lalu
dikurniakan tiga orang perempuan dan dua orang lelaki bernama Raja Isak dan
Raja Kudrat.
Pada
suatu malam, Sultan Mahmud Syah terkenang akan negeri takluknya yang tiada
khabar iaitu Beruas dan Manjong dan Tun Aria Bija Di- raja yang tidak pernah
mengadap baginda. Maka, pada malam itu juga, baginda memanggil bendahara untuk
meluahkan isi hatinya. Bendahara pun memberi pendapat untuk memanggil Tun Aria
Di-Raja kerana paduka I tuan Ipar kepadanya. Sultan Mahmud syah bersetuju
dengan pendapat bendahara,lalu, baginda menitahkan untuk memanggil Paduka Tuan.
Paduka
Tuan mengadap Baginda setelah mendapat tahu hasrat Sultan Mahmud Syah. Dengan
sukacitanya, Paduka Tuan pergilah ke barat dengan tiga puluh kelengkapan
bersama-sama anak lelaki ( Tun Mahmud Syah ) serta Tun Sabtu adik kepada Tun
Aria Bija al Di -raja. Sesampainya di barat,disambutlah ketibaan mereka dengan
penuh meriah oleh Tun Aria BIja al Di- Raja. Setelah bermesra-mesraan, Paduka
Tun menyatakan hasrat Sultan Mahmud Syah bertemu dengannya Tun Aria Bija al
Di-Raja.
Setelah
datang hari baik , Tun Mahmud dikahwinkan dengan Tun Mah. Kerajaan Selangor pun
diberikan Paduka Tuan kepada anaknya. Setibanya di Bentan, Paduka Tuan
menghadap Sultan Mahmud Syah. Tuan Aria Bija al Di-Raja pun berangkat ke Bentan
setelah lengkap segala persiapan. Setelah sampai di Bentan, baginda menghadap
Sultan dan bergembiralah kedua-duanya. Tun Aria Bija al Di-Raja pun dianugerahi
nobat dan akan menyerang Melaka dengan pengikutnya daripada Melaka.
Maka,
Sultan Mahmud Syah memberikan cincin kepada Tun Aria Bija al Di-Raja ,
sesampainya di barat, segala hulubalang menghadap nobat dan menyembah Tun Aria
Bija al Di-Raja. Tun Aria BIja menyembah mengadap ke Bentan ,sambil berkata ‘’
daulat Sultan Mahmud Syah’’. Tun Aria BIja al-Di Raja dikurniakan tiga orang
anak lelaki iaitu Raja Lela , Tun Rana dan Tun Sayid. Sultan Abdul Jalil
berangkat ke Inderagiri.
EPISOD
27
Raja Harun ( Sultan
Husin ) terlalu baik rupa dan sikapnya. Baginda berkenan dengan Raja Putih (
anak Sultan Mahmud Syah ) maka berniat untuk pergi ke Bentan berjumpa
dengannya. Namun, niatnya dihalang oleh bondanya kerana Raja putih itu merupakan
musuh mereka. Sultan Husin tetap bertegas akan pergi ke Hujung Tanah meski
dibunuh sekalipun. Maka, Sultan Husin pun berangkat ke Bentan dengan dua buah
Jong ,satu kenaikan ,sebuah pebujangan. Setelah berapa hari , sampailah ke
Layam. Sultan Husin pun bertemu di Tekulai dengan Sultan Muda. Maka, Sultan
Husin pun naik ke perahu bendahara untuk ke Sakai.
Setelah
sampai ke Jambu Air , Sultan Mahmud Syah mendapatkan gajah dan Sultan Husin
lalu dipeluk , dicium dan dibawa naik ke atas gajah. Kemudian , mereka memasuki
balairung dan menjamu hidangan. Sultan Husin bersama dengan Seri Indera ,
seorang abintara sedang mendengar orang di balai bersorak kerana menyambung.
Hulubalang
Sultan Husin benama Din dipuji oleh Sultan Husin ketika baginda sedang mabuk.
Sultan Mahmud pun mengahwinkan Sultan Husin dengan Raja Putih tetapi tidak
disukai oleh Raja Putih sehingga Raja Putih melarikan diri ke rumah
ayahandanya. Lalu, Sulan Husin pun memujuk Raja Putih sehingga wujudnya rasa
kasih sayang antara mereka.
Sultan
Husin pun memohon untuk kembali ke Haru . Baginda berlengkap dan berangkat
dengan Raja Putih sehingga diberi segala pakaian , alat kerajaan dan emas juga
sebahara. Sesampainya di Haru , Sultan Husin menghadap bondanya dan
menceritakan tentang pelbagai makanan yang dihidangkan oleh raja dan pinggan
mangkuk yang diperbuat oleh emas, perak dan tembaga suasa.
EPISOD
28
Sultan Pahang dijadikan
menantu oleh Sultan Mahmud Syah . Maka , angkatan dari Goah telah
hadir di Melaka dengan tiga puluh kapal ,empat buah ghalias , lima buah ghali
Panjang , lapan fusta , dua banting yang menyerang. Sultan Mahmud menitahkan
segala rakyat untuk berkumpul , lalu surat daripada Seri Udana I
telah mendatangkan murka Sultan. Seri Nara al Di-Raja datang ke perahu Paduka
Tuan untuk bermusyawarah tetapi telah dikepung oleh Feringgi. Semasa
peperangan , kalahlah Sang Setia sehingga ramaiyang mati dan luka, Sang Setia
pun meminta bantuan daripada . Sultan Mahmud menghantar Tun Nara Wangsa untuk
membantu. Perang terus berlaku sehingga Sang Setia mati.
Seri
Nara al di-Raja pun memberi pandangannya kepada Sultan Mahmud untuk berundur
kerana negeri Bentan telah kalah. Sultan Mahmud pun berasa berat hati untuk
meninggalkan harta dan emas yang banyak di negerinya. Lalu , segala harta dan
emas diberi kepada bendahara sehingga Feringgi datang merampas semua harta .
Sultan
Mahmud pun masuk ke dalam hutan dengan ditemani oleh banyak dayang-dayang
perempuan dan Seri Nara al di -Raja sehingga tiada makan. Maka tun Nara Wangsa
pun mencari nasi untuk diberi makan kepada sultan . Tun Nara Wangsa terjumpa
dengan seorang perempuan membawa nasi dalam bakul. Tun Nara Wangsa pun
mengambil daun balik adap lalu memberikan nasi kepada Sultan Mahmud.
Sultan
Mahmud menyuarakan tentang ketiadaan emas walaupun sekupang.
Maka, Tun Nara Wangsa pun mencarilah sehingga melihat seorang mmbawa
karas lalu Tun Nara Wangsa merampasnya dan memberikan kepada Sultan
Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah pun berangkat ke Bentan lalu ke Sayung. Tun
Pikrama dan Tun Mahmud pun menjemput Yang Dipertuan. Feringgi pun
berundur selama lima belas hari.
Sultan
Mahmud pun bertanya kepada bendahara akan destinasi seterusnya untuk berkelana.
Bendahara memberikan cadangan berkelana ke Kampar . Baginda juga memberi empat
pilihan untuk diberikan Bendahara sebagai gelaran sama
ada Tun Telani atau Tun Bijaya Maha Menteri atau Tun Aria Bija al – Diraja atau
Seiri Nara al -Diraja. Maka, baginda menggelarkan Tun Mahmud sebagai Seri Akar
Raja. Kedengaranlah kerajaan Haru bahawa Bentan sudah kalah lalu Sultan Husin
pun mendapatkan Sultan Mahmud Syah.Anak Sultan Mahmud Syah pun dikahwinkan
dengan anak raja Pahang. Tidak lama kemudian, Sultan Mahmud jatuh sakit (
gering ) lalu baginda memanggil Bendahara Paduka Tuan dan Seri Nara al-Diraja
serta orang-orang besar. Setelah Sultan Mahmud mendengar segala luahan para pembesarnya,
Sultan Mahmud pun mangkat ( meninggal ) . Raja Muda perempuan diincitkan oleh
bendahara dan segala orang kaya-kaya.
Sultan
Kedah beranak seorang perempuan, Raja Siti Namanya. Seri Akar Raja pun pergi ke
Kedah beristerikan anak Raja Kedah yang bernama Raja Siti lalu dibawa ke
Selangor . Seri Akar Raja pula dijadikan bendahara di Selangor. Sultan Muzaffar
pula mempunyai anak bernama Raj Dewi , Raja Ahmads pula mempunyai anak bernama
Raja ‘Abdul Jalil , Raja Fatimah , Raja Hatijah , Raja Tengah dan semuanya
seramai enam belas orang bersama -sama dengan isteri baginda Tun Terang yang
beranak dengan seorang gundik bernama Raja Muhammad.
EPISOD
29
Sultan ‘Alauddin
Ri’ayat Shah menitahkan Bendahara Paduka Tuan bersiap kerana baginda ingin
berangkat ke Pahang untuk mencari isteri. Kedatangan baginda disambut dengan
mulia oleh Sultan Mahmud Syah, maka baginda ( Sultan ‘Alauddin Ri’yat Shah)
dikahwinkan dengan saudara Sultan Mahmud.
Setelah
itu, Raja Pahang menghantar bunga emas dan bunga perak ke Siam. Sultan Mahmud
suruh berlengkap dan menyuruh mengarang surat pada Raja Siam dan Berakelang.
Sultan Mahmud memberitahu bahawa baginda akan memberi kiriman ke Berakelang .
Maka, utusan pun ke Siam. Berakelang pun mendapat utusan daripada Raja Pahang
dan Bendahara Hujung Tanah yang berisi tentang kasih. Berakelang pun hanya
menerima surat daripada Hujung Tanah tetapi menolak surat daripada Raja Pahang
dengan alasan ketinggian martabat. Selepas itu, segala kata yang diperkatakan
oleh Berakelang disampaikan kepada Sultan Mahmud. Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah
di Pahang kembali ke Pahang. Baginda mendengar Seri Akar Raja menjadi bendahara
di Perak sehingga mencetuskan kemarahan sultan. Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah
pun menitahkan Tun Nara Wangsa untuk memanggil Seri Akar Raja di Perak.
Tun
Pikrama pun berlengkap dan menuju ke Perak. Sesampainya di Perak , Seri Akar
Raja berasa marah dengan kelakukan Tun Pikrama , lalu Tun Pikrama berpatah
balik ke Hujung Tanah. Segala kejadian diceritakan kepada Sultan ‘Alauddin
Ri’ayat Syah. Baginda Sultan pun menitahkan bendahara ke Perak.
Bendahara
Paduka Tuan pun mengalukan kedatangan Sultan Muzaffar Syah ke dalam
istana sehingga bersantap bersama-sama. Setelah bersantap , Bendahara Paduka
Tuan pun berangkat rumah Seri Akar Raja dan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat terlalu
sukacita kerana bendahara berjaya membawa Seri Akar Raja.
Adipati
Kampar pun datang membawa ufti pada Seri Nara al-Diraja yang sedang sakit.
Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah pun menyuruh Tun Pikrama menyerang Merbedang
sehingga kalah dan akhirnya diberikan anugerah oleh Sultan ‘Alauddin Ri’ayat
Shah.
EPISOD
30
Sang Naya bersiap sedia
ke Melaka untuk menyerang Feringgi. Datang seorang Feringgi minta sirih pada
Sang Naya.Apabila makan sirih maka diangkat sendal karas itu, dilihatnya keris
terlalu banyak dalam karas itu Setelah Sang Naya diberitahu kapitan akan
mengatup karas, maka Sang Naya pun dipanggil oleh Feringgi dan disuruh
mengambil keris di pinggang Sang Naya untuk membunuh semuanya.Sang Naya pun
ditolak keluar ke atas Kota Tinggi sehingga mati.
Feringgi
mengutuskan ke Pekan Tuha memberitahu Sang Naya sudah mati. Maka , Sultan
A’lauddin Ri’ayat Shah itu menyuruh menangkap Feringgi dan bersiap menyerang
Hujung Tanah dengan segala kelengkapan. Maka, Tun Nara Wangsa dan Tun
Pikrama pun membaiki kota kara sehingga tibalah Feringgi membedilnya. Hang
‘Alamat pun menjadi pengantara untuk melihat peperangan yang terjadi antara
keduanya dan menyampaikan berita bahawa Sultan A’lauddin Ri’ayat Shah memanggil
mereka berdua. Segala senjata pun dicampakkan ke dasar laut. Lalu, mereka
berangkat menghadap sultan. Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah pun menyuruh memberi
surat kepada Kapitan Mor Feringgi itu. Tun ‘Ali ,anak laksamana disuruh membawa
surat sehingga apabila kelihatan ghalias Feringgi dibedil mereka seperti hujan.
Setelah sampai ke Pekan Tuha,Kapitan Mor Tun Amat ‘Ali diberi
persalinan dan menyampaikan surat perdamaian untuk berdamai dengan Feringgi.
Berapa lama kemudian, Seri Nara al- Diraja pun kembali ke rahmatullah dan
dikuburkan di Sayung.
EPISOD
31
Batin Singapura ( Patih
Ludang ) berdendam pada Sang Setia lalu hendak membununhnya. Maka,
Patih Ludang bergerak ke Pahang pada ketika itu Raja Jainad telah memimpin
kerajaan. Maka sesampinya, Raja Jainad di Hujung Tanah, diberi nama Raja Jainad
Sultan Muzaffar Syah. Setelah Patih Ladang pada Sang Setia,dibunuhnya. Setelah
Sultan Muzaffar Syah mendengar Patih I Ludang sudah dibunuh sang
Setia maka marahlah baginda. Maka, baginda mahu berangkat ke Pahang untuk
menangkap Sang Setia. Segala laksamana pun bersiap sedia menangkap dan mengikat
Sang Setia. Setibanya di rumah Sang Setia, segala pintu pagar ditutupnya. Maka,
setelah Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah mengetahui , Sang Setia mahu diikat
dengan destarsahaja, segala laksamana mendapatkannya untuk dibawa kepada
Sultan. Sang Setia pun dibawalah menghadap Sultan Muzaffar Syah dengan diiringi
oleh segala hulubalang. Setelah menghadap Sultan , Sang Setia disuruh
melepaskan ikatannya. Setelah itu, Sultan Muzaffar Syah pun berangkat pulang ke
Pahang.