UNSUR – UNSUR TERTENTU
UNSUR HUMOR
Dalam konteks karya
sastera, humor dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat
menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya. Unsur ini
timbul akibat dari tindak – tanduk seseorang baik dari segi perlakuan mahupun
dari sikap dan tutur katanya….. adakalanya perlakuan atau tutur kata yang
diucapkan oleh seseorang itu bukan sahaja dapat menimbulkan kegelian di hati,
bahkan dapat pula digunakan sebagai bahan yang sebenarnya terimplisit unsur
sindiran yang cukup tajam.”
(Yusof
Iskandar & Abd. Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Kritis
dari Pelbagai Bidang, H.E.B, K.L, 1978, hlm.119)
Hashim
Awang pula dalam bukunya “Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987,
halaman 34 memberi pengertian humor itu sebagai:
“Kelucuan
atau kejenakaan yang boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan”.
Selain itu, humor juga
membawa pengertian “kecekapan dalam mengamati, memahami atau menyatakan sesuatu
yang menyenangkan yang lantas menghasilkan pula ketawa.” Humor terlaksana hasil
daripada pengenalan atau penyataan keanehan atau kemustahilan yang timbul dalam
suatu suasana atau perlakuan tertentu. Dari itu humor bukanlah selamanya berupa
sesuatu yang ringan dan menggelikan hati kerana ia juga mampu memancarkan
fikiran dan kiasan di sebalik nada kelucuan itu.
Selain
daripada pengertian di atas, Syed Zulfilda dalam tulisannya, “Wit humor dalam
Sejarah Melayu”, Zaharah Ibrahim, Sastera Sejarah, Interprestasi dan penilaian,
D.B.P, 1986, hlm.76 memberi pengertian bahawa yang dimaksudkan dengan humor itu
ialah:
Suatu
keupayaan mengenal, menilai atau menyatakan kelucuan, kejenakaan, kebodohan,
ketidakseimbangan perangai atau sesuatu kejadian, watak, kata – kata yang
menimbulkan gelak ketawa, senyum, senda gurau dan menggelikan. Wit juga ialah
humor tetapi lebih tajam, lebih bersifat intelektual. Jikalau humor itu dalam,
bersifat simpati dan membawa kita berfikir seterusnya tetapi sebaliknya wit
adalah tajam, pantas, ringkas dan kadangkala “pedih”.
Beliau
juga telah menjelaskan dengan mendalam dalam tulisannya bagaimana unsur – unsur
humor boleh wujud dalam satu – satu peristiwa. Huraian telah diringkaskan.
Humor Timbul:
1. Dari rasa puas kerana melihat atau
mendengar sesuatu yang berlaku akibat
perbuatan:
a) yang luar biasa
b) yang dianggap
merendahkan martabat seseorang.
2. Seseorang yang menjadi mangsa kepada:
a) suatu rencana yang terlebih dahulu
dirancangkan.
b) menjadi mangsa akibat kebodohannya semata –
mata.
3. Dari watak, perangai atau kelakuan
seseorang itu yang tidak menurut
norma - norma adat resam atau
kebudayaan biasa.
4. Dari suatu peristiwa
yang menghairankan, ganjil dan pelik.
5. Akibat ejekan yang
dibuat terhadap bangsa, adat resam dan bahasa orang
lain.
Berdasarkan beberapa
pengertian yang dibincangkan di atas, pengertian humor dapat dirumuskan
meliputi perkara – perkara berikut:
1. Kelucuan yang
membawa kepada ketawa, geli hati, keseronokan dan
kegembiraan.
2. Kelucuan yang
timbul daripada:
a) Perlakuan
b) Sikap
c) Tutur kata
3. Kecekapan dalam
mengamati, memahami dan meyakinkan tentang
sesuatu yang menyenangkan
yang membawa kepada ketawa dan geli hati.
4. Terhasil daripada
pengenalan atau penyataan keanehan sama ada
keanehan mengenai suasana
atau perlakuan.
5. Terkandung unsur –
unsur fikiran disebaliknya, juga unsur kiasan dan
sindiran tajam yang
disampaikan melalui nada lucu.
Dengan lain perkataan,
pengertian humor dalam konteks penghasilan Sulalatus Salatin sebagai sebuah
bahan sastera sejarah bukan sahaja meliputi sesuatu yang ringan dan semata –
mata bertujuan untuk lelucon, ketawa gembira sahaja tetapi di sebalik unsur
lucu itu terselit buah fikiran, kiasan dan sindiran yang amat tajam serta amat
berkesan.
Peristiwa – Peristiwa
Humor dalam Sulalatus Salatin
PERTAMA :
Unsur humor yang timbul
daripada perlakuan, sikap dan tutur kata yang biasa (ringan) dan membawa kesan
lelucon dan geli hati.
1 Kisah Mia Ruzul
dengan Kambing Randuk
Kisah ini terdapat dalam
episode peperangan Melaka dengan Haru dalam Cetera VII (Sulalatus Salatin,
hlm.178-179). Ketika berada di Pengkalan Dungun, orang – orang Melaka naik ke
darat. Seorang Keling bernama Mia Ruzul hendak membuang air. Ia bertemu dengan
seekor kambing randuk. Pada pandangannya kambing itu seperti orang tua. Oleh
kerana ketakutan, Mia Ruzul lari tunggang – langgang, ternganga – nganga
mengusir orang banyak dan keadaan menjadi gempar. Apabila ditanya, Mia Ruzul
memberitahu:
“Kita tumu Haru tua, kita
hudap ia zughu, kita zughul ia hudap”. (Sulalatus Salatin, hlm.178)
Angkatan Melaka yang
terdiri daripada hulubalang Melayu naik ke darat dengan senjata. Mereka tidak
bertemu dengan Haru Tua yang dikatakan oleh Mia Ruzul itu sebaliknya yang ada
ialah kambing randuk. Mereka semua ketawa kerana telah dipersendakan oleh
Keling tersebut. Dari peristiwa itu kata – kata yang disebut oleh Mia Ruzul
seperti di atas dipantun orang dan menjadi nyanyian sebagai bahan hiburan yang
menggelikan hati.
Unsur
humor yang jelas daripada peristiwa di atas ialah:
a) Sifat penakut Mia Ruzul. Di kalangan hulubalang
dan panglima
angkatan perang Melaka
hanya Mia Ruzul seorang sahaja yang bukan
Melayu.
b) Kata – kata lucu yang disebut oleh Mia Ruzul
kemudiannya menjadi
nyanyian atau dipantunkan orang sebagai bahan
berhibur.
2. Orang – orang Melaka Hairan Melihat Kelakuan Orang
Bersembahyang Tunggang – tonggak.
Kisah ini jelas dalam episode Melaka
menerima Islam atau Raja Kecil Besar
memeluk Islam (Sulalatus Salatin, hlm.73)
Dalam episod pengIslaman Raja Kecil Besar,
sewaktu bermimpi baginda diberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan
berlabuh sebuah kapal dari Jeddah dan orang – orang dari kapal itu akan turun
bersembahyang di pantai Melaka.
Pada waktu Asar, memang
benar datang sebuah kapal dari Jeddah. Makhdum dari kapal itu Syed Abdul Aziz
turun bersembahyang di pantai Melaka. Cara dan perlakuan sembahyang itu
menyebabkan orang – orang Melaka hairan sebab sebelum ini mereka belum pernah
melihat kelakuan sedekimian. Orang – orang Melaka berebut – rebut datang
melihat hingga penuh sesak di pantai Melaka hingga keadaan menjadi haru – biru.
Sulalatus Salatin mencatatkan:
Maka kata segala orang
Melaka, “Mengapa orang itu tunggang tunggik?.” (Sulalatus Salatin, hlm.
73)
Dari peristiwa di atas
unsur humor jelas daripada:
a) Gerak – geri dan telatah orang sembahyang
kerana perlakuan
sedekimian
belum pernah dilihatnya sehinggakan perlakuan itu
menjadi
suatu keanehan.
b) Sifat dan
kelakuan orang – orang Melaka yang datang berpusu, penuh
sesak di pantai Melaka hanya ingin
melihat “Kelakuan aneh” yang
belum pernah dilihatnya sebelum ini.
3. Sifat dan Watak
Tun Mai Ulat Bulu yang Melucukan
Kisah
melucukan mengenai Tun Mayu’-d Din dalam episod kebakaran
yang berlaku di istana Raja Melaka
(Sulalatus Salatin, hlm.145-147). Ketika
istana Mahligai terbakar, ramai pembesar berusaha masuk ke dalam
istana
untuk menyelamatkan harta raja. Tun
Mai Ulat Bulu adalah gelaran yang
diberikan kerana badannya dipenuhi
dengan bulu roma. Beliau tidak berani
masuk ke dalam istana yang sedang
terbakar kerana takut bulu romanya
terbakar hangus. Sebab itulah diberi
nama atau gelaran Tun Mai Ulat Bulu.
Dalam satu peristiwa
lain, Tun Mai Ulat Bulu belajar agama pada Makhdum Sadar Jahan (Sulalatus
Salatin, hlm.246). Makhdum itu telah menegur ucapan atau sebutan Tun Mai
yang begitu tepat menyebut beberapa perkataan Arab. Makhdum Sadar Jahan menyatakan lidah Tun
Mai keras, lain yang disuruh, lain pula
yang disebutnya. Tun Mai ingin mempertahankan dirinya dengan memberi
alasan bahawa dia tidak boleh menyebut kata – kata Arab dengan betul sebab
bukan bahasanya sendiri.
Jika Makhdum menyebut bahasa
Melayu, tentu sebutannya tidak betul sebab bukannya bahasa percakapan ibunda. Makhdum
menyatakan bahawa bahasa Melayu memang senang disebut, katanya:
Maka kata Tun Mai Ulat
Bulu, “sebutlah oleh tuan, kucing.”
Maka disebut oleh tuan
itu, “kusyin.”
Maka kata Tun Mai Ulat
Bulu, “salah itu, tuan; sebutlah, kunyit.”
Maka disebut oleh
Makhdum, “Kuzit.”
“Dan sebutlah oleh tuan,
Nyiru.”
Maka kata Makhdum, “Niru.”
Maka kata Tun Mai Ulat
Bulu, “Manatah tuan dapat menyebut bahasa
Melayu? Demikian
lagi kami mengikut bahasa tuan.”
Maka Makhdum Sadar Jahan
terlalu marah, katanya. “Tobatlah aku
mengajar Tun Mai
Ulat Bulu lagi.” (Sulalatus Salatin, hlm.247)
Dari episod di atas,
jelas unsur lucu timbul daripada sifat dan kelakuan watak:
a) Badannya yang dipenuhi bulu hingga menyebabkan
diberi gelaran ulat
bulu. Nama atau gelaran itu
sudah melucukan dan menimbulkan rasa geli
hati.
b) Sifat penakut hanya kerana takutkan bulu romanya
terbakar.
c) Sifat degil dan enggan menerima hakikat kelemahan
diri sendiri,
sebaliknya cuba mencari
kelemahan orang lain agar kelemahan sendiri
tidak menjadi begitu ketara.
KEDUA:
Unsur humor yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan kelebihan
sesuatu golongan mengatasi golongan yang
lain.
Unsur humor yang bertujuan seperti di atas, lebih banyak
menggunakan
akal fikiran dan muslihat bagi
tujuan mengatasi golongan yang lain.
Beberapa peristiwa dari Sulalatus
Salatin yang mengandungi unsur –
unsur ini. Antaranya:
1. Helah
Pembesar China Bagi Mengelakkan Serangan Raja
Suran
Peristiwa ini diceritakan dalam episod Raja Suran merancang menyerang
negeri China. (Sulalatus Salatin,
hlm.10). Angkatan perang yang diketuai
oleh Raja Suran sampai ke Temasik.
Berita bahawa Raja Suran akan
menyerang negeri China sampai ke
pengetahuan Maharaja China. Untuk
mengelakkan daripada diserang maka
pembesar China menggunakan
kebijaksanaan akal dan fikiran, membuat
muslihat bagi menyakinkan
bahawa negeri China itu terlalu amat
jauh. Pelayaran ke negeri China
memakan masa yang amat lama. Muslihat China
ialah:
Maka Perdana Menteri pun
menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum
yang seni, lagi yang berkarat, maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon
segala buah – buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu dan
dipilihnya orang yang tua – tua sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau
itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.”
(Sulalatus Salatin, hlm.13)
Apabila rombongan
daripada China sampai ke Temasik, orang – orang Raja Suran datang bertanyakan
mengenai jarak negeri China. Anak – anak kapal itu memberitahu orang – orang
Raja Suran bahawa:
“Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian
kami – kami ini sedang muda – muda belaka, baharu dua belas tahun umur kami dan
segala buah – buahan ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua
pun habis tanggal; segala buah – buahan yang kami tanam itu berbuahlah,
baharulah kami sampai ke mari.” (Sulalatus Salatin, hlm.13)
Dari peristiwa di atas,
maka jelaslah bahawa terselit unsur humor di sebalik kebijaksanaan akal fikiran
pembesar China memperdayakan Raja Suran. Dengan ini juga menunjukkan kelebihan
dan kecerdikan orang – orang China mengatasi orang – orang Raja Suran sehingga
apabila mendengar keterangan daripada orang – orang China serta melihat keadaan
barang – barang di atas kapal itu mereka terus mempercayai bahawa jarak negeri
China dengan Temasik adalah amat jauh. Dengan itu mereka membatalkan rancangan
menyerang negeri China.
2. Utusan Melaka di China: Makan Kangkung
Tidak Dikerat
Untuk Melihat Wajah Maharaja China.
Peristiwa ini terdapat episod hubungan Melaka – China. (Sulalatus
Salatin, hlm.133). Dua orang utusan
Melaka dihantar ke negeri China iaitu
Tun Telanai dan Tun Perpatih Putih.
Sewaktu menghadap Raja China,
rakyat tidak boleh melihat wajah Raja
China kerana mengikut adat China
sewaktu menghadap tidak boleh
mendongakkan muka ke atas. Raja China
duduk dalam mungkur itu pula berada
dalam mulut naga. Sebagai
satu helah apabila ditanya mengenai makanan kegemaran orang – orang Melaka, Tun
Perpatih Putih memberitahu,
“Sayur kangkung tuanku,
jangan dikerat – kerat, belah panjang – panjang, itulah kegemaran kami semua
orang Melaka makan, tuanku.” (Sulalatus Salatin, hlm.133)
Setelah orang – orang
China menghidangkan masakan kangkung seperti yang diberitahu, maka ketika
makan:
“…..membibit hujung sayur
kangkung itu, serta menengadah, mengangakan mulutnya. Maka kelihatanlah raja
China duduk di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Maka barulah
dapat dipandang dengan nyata oleh orang Melaka raja China itu. Setelah sekalian
China melihat orang Melaka makan sayur kangkung itu maka diturutnya. Sebab
itulah orang China tahu makan sayur kangkung datang sekarang.” (Sulalatus
Salatin, hlm.133)
Helah dan muslihat Tun
Perpatih Putih melucukan kerana sebenarnya orang – orang Melaka tidak memiliki
kegemaran makan kangkung seperti yang dipersembahkan pada Raja China itu tetapi
kerana pintar dan akal yang bijak hendak menatap wajah Raja China, maka
muslihat itu kemudian menjadi kenyataan. Orang – orang Melaka
akhirnya dapat menatap wajah Raja China dan makanan kangkung yang dimasak tanpa
dikerat – kerat itu pula menjadi kegemaran orang – orang China.
3. Bendahara Paduka Raja Menambat Puntung Api.
Cerita ini di dalam
episod serangan Siam ke atas Melaka. (Sulalatus Salatin, hlm.94). Bendahara
Paduka Raja mengetuai angkatan Melaka menentang kemaraan angkatan Siam yang berkampung
di Batu Pahat. Angkatan Siam memang termasyhur sebagai sebuah angkatan perang
yang besar dan kuat. Untuk mengatasi serangan Siam, Bendahara Paduka Raja telah
menambat punting api pada sekalian pokok – pokok yang berada di sepanjang
sungai. Apabila melihat punting api yang begitu banyak, pada sangkaan Siam
bahawa angkatan Melaka tersangat ramai dan besar. Siam tidak jadi menyerang
angkatan Melaka dan berundur.
Biasanya punting api akan
dipegang oleh setiap panglima. Jadi, apabila melihat punting api begitu banyak,
sangkaan Siam bilangan panglima Melaka tersangat ramai. Mereka membatalkan
menyerang angkatan Melaka kerana bimbang beroleh kekalahan yang teruk. Dengan
kebijaksanaan dan kepintaran Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Melaka berjaya
diselamatkan dari menghadapi bencana kemusnahan akibat peperangan. Semua ini
hanya melalui muslihat yang mana di sebaliknya terselit unsur humor melibatkan
kepintaran orang Melaka mengatasi orang – orang Siam.
KETIGA:
Unsur humor yang timbul
daripada ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.
1. Orang Kaya Tun Muhammad Utusan Ke Pasai Tidak
Membawa Surat Sebaliknya Menghafal Isi
Kandungan Surat.
Episod hubungan Melaka – Pasai dalam menyelesaikan masalah berkaitan
dengan soal – soal keagamaan. (Sulalatus
Salatin, hlm.247-248)
Sultan Mahmud
menghantar utusan ke Pasai untuk masalah perkataan
antara.
Ulama Mawara’l Hartar dengan Ulama Khurasan dan Ulama Benua
Irak. Utusan yang
dihantar ke Pasai tidak boleh membawa surat kerana pada
kebiasaannya apabila
disebut “salam”, akan dibaca sebagai “sembah”. Untuk
mengatasi masalah ini,
Bendahara Seri Maharaja mencadangkan agar utusan
ke Pasai tidak membawa
surat sebaliknya isi kandungan sudah dihafal
terlebih dahulu oleh
utusan. Dengan itu dapatlah di atasi masalah “jika
salam pun dibacanya sembah.”
(Sulalatus Salatin, hlm.248)
Orang
Kaya Tun Muhammad ditugaskan sebagai utusan ke Pasai.
Apabila sampai ke Pasai, orang yang datang
menjemput bertanyakan surat
untuk diarak ke istana Pasai. Oleh kerana
isi surat telah dihafal oleh Tun
Muhammad, maka kata Tun Muhammad;
“Hambalah surat, araklah
hamba.” (Sulalatus Salatin, hlm.248)
Jadi Tun Muhammad lah
yang diarak di atas gajah hingga ke balairung.
Apabila sampai ke
balairung, Tun Muhammad membacakan isi kandungan surat yang telah dihafalnya.
Dari kisah ini amat jelas kebijaksanaan orang – orang Melaka mengatasi ujian
yang dibuat oleh orang Pasai. Dengan ini Melaka dapat mempertahankan kedudukan
dan martabat tingginya mengatasi Pasai kerana orang – orang Pasai tidak dapat
mengubah kata – kata salam menjadi salam (kata – kata salam membawa
interprestasi bahawa antara Melaka dan Pasai saling bersaudara dan mempunyai
kedudukan yang sama taraf. Sedangkan sembah bermaksud mengaku taat atau sebagai
negeri di bawah naungan. Kedudukannya lebih rendah.
UNSUR METOS
Metos ialah sejenis
cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa –
peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh
akal biasa. Metos juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang diterima bulat
– bulat tanpa bukti seperti mitos yang terdapat dalam setengah – setengah
agama. (Hashim Awang, Glosari Mini Kesusasteraan, 1987, hlm. 61).
Hooykaas
pula berpendapat, metos dalam konteks penulisan Sastera Melayu lama bercorak
sejarah sebagai “cerita dewa – dewa. Cerita seperti ini lazimnya didorong oleh
unsur – unsur keagamaan dan unsur ini ada kaitan dengan unsur yang sangat
ajaib”. (Hooykaas, Penyedar Sastera, London Oxford Uni. Press, 1965, hlm 143).
Metos
mengikut pengertian yang dibuat dalam buku Zaliha dan Jamilah, DBP, 1993, hlm.
106 ialah : “Cerita – cerita yang dianggap benar – benar pernah terjadi dan
bersifat suci. Tokoh atau watak yang terlibat dalam metos adalah orang – orang
halus, para dewa atau separuh dewa. Peristiwa yang diceritakan pula terjadi
pada masa lampau dan bukan di dunia yang kita kenali kini. Metos mengisahkan
bagaimana terjadinya dunia, manusia, maut, bentuk khas binatang, bentuk
topografi, gejala alam, tumbuhan serta tanaman dan sebagainya”.
Kesimpulannya, sesebuah
cerita itu dapat digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri – ciri
berikut:
1. Cerita tentang asal – usul kejadian :
ü Asal usul kejadian makhluk
ü Asal usul kejadian manusia
ü Asal usul kejadian tempat
ü Asal usul kejadian alam
2. Cerita berkait dengan gejala asal – usul yang dapat memberi
jawapan
terhadap mengapa sesuatu hal itu
berlaku atau terjadi demikian.
3. Cerita – cerita metos menjadi kepercayaan di kalangan rakyat
atau sesuatu
bangsa yang tertentu. Masyarakat atau bangsa
yang mendukung cerita
tersebut amat menghormatinya
dan diingati dari satu generasi ke satu
generasi yang lain.
4. Berkaitan dengan kepercayaan, maka masyarakat pendukungnya benar –
benar yakin bahawa peristiwa –
peristiwa atau kejadian itu benar – benar
berlaku seperti mana yang
dikisahkan.
5. Cerita – cerita
ini terus hidup dan dihormati oleh generasi pendukungnya.
Sebab itulah amat sukar dikikis
daripada jiwa, pemikiran dan kepercayaan
sesuatu kelompok.
Jenis – Jenis Metos dalam
Sulalatus Salatin
1. Metos Asal – usul Keturunan Raja – Raja.
Dalam bahagian awal teks
Sulalatus Salatin diceritakan bahawa keturunan raja – raja Melayu adalah
daripada salasilah keturunan Iskandar Zul – Karnain berasal daripada negeri
Makaduniah. Baginda telah menakluki negeri Kida Hindi, mengislamkan rajanya dan
berkahwin dengan putera Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul – Bariyah.
Daripada keturunan inilah membawa kepada beberapa keturunan hinggalah sampai
kepada Raja Suran.
Kemudian dikaitkan pula
keturunan Raja Suran dengan Puteri Mahtabu’l Bahri dari negeri bawah laut
(negeri Dika). Ketiga – tiga orang putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan,
Krisyna Pandita dan Nila Utama kemudian turun di Bukit Guntang. Nila Utama atau
gelarannya Seri Teri Buana berkahwin dengan puteri Raja Palembang (Demang Lebar
Daun) yang bernama Raden Ratna Cendera Puri. Dari sinilah berakarnya keturunan
raja – raja Melayu hingga membawa kepada keturunan raja – raja Palembang, raja
Singapura, Samundra – Pasai dan akhirnya membawa kepada keturunan raja – raja
Melayu Melaka.
Dalam menceritakan asal –
usul keturunan raja – raja ini, beberapa kejadian aneh melibatkan golongan raja
telah berlaku, antaranya:
Ø Raja Suran turun ke negeri bawah laut atau boleh hidup di
dunia bawah
laut. Bertemu dengan Raja Jin
untuk mendapatkan mahkota.
Ø Ketiga – tiga putera Raja Suran menaiki lembu putih dari
negeri bawah laut
ke Bukit Si Guntang.
Ø Tanda kebesaran ketiga – tiga putera Raja Suran apabila
mereka sampai ke
Bukit Si Guntang, kawasan perhumaan
Wan Empuk dan Wan Malini
bertukar menjadi warna keemasan,
padi menjadi emas, daun menjadi perak
dan batang padi menjadi tembaga
suasa.
Ø Seri Teri Buana dapat menawarkan air masin.
Ø Upacara nobat dilakukan oleh Betala, budak yang lahir
daripada muntah
lembu. Betala juga membaca ciri.
2. Metos Asal – usul Nama Tempat atau Negeri.
Bagaimana sesebuah tempat atau negeri mendapat nama juga
dikaitkan
dengan cerita – cerita metos. Dalam
teks Sulalatus Salatin biasanya
pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang – binatang yang tertentu,
biasanya binatang yang aneh atau luar
biasa. Nama – nama tempat juga
dikaitkan dengan benda – benda atau
kejadian.
a) Asal – usul Padang Gelang – gelang
Nama ini dikaitkan dengan Cacing Gelang – gelang. Peristiwa
berkait
dengan Merah Silu menahan lukah tetapi
setiap kali lukahnya diangkat
tiada ikan kecuali dipenuhi
dengan cacing gelang – gelang. Cacing itu
direbus dan dimakannya. Dari
situlah kekal nama tempat itu sebagai
Padang Gelang – gelang.
b) Asal – usul Samundra
Asal nama dari seekor semut besar, sebesar kucing, peristiwa
berkait
dengan Merah Silu yang berburu. Ketika
berburu anjingnya si Pasai
menyalak pada suatu tanah tinggi. Di atas
tanah itu terdapat seekor semut
sebesar kucing. Semut itu
diambil dan dimakan oleh Merah Silu. Tempat
terjumpanya semut, dibuka sebagai
negeri dengan dinamai Samundra.
c) Asal – usul Singapura
Asal nama binatang yang dipercayai
“Singa”, Seri Teri Buana sewaktu
sampai ke Temasek telah terpandang
seekor binatang maha pantas
lakunya, merah warna tubuhnya, hitam
kepalanya dan putih dadanya.
Sikapnya yang terlalu pantas serta
perkasa dan besarnya lebih sedikit
daripada kambing randuk (Sulalatus
Salatin, hlm. 40).
d) Asal – usul Melaka
Nama Melaka sempena dari nama sebatang
pokok yang bernama Melaka.
Pemberian nama tempat yang dibuka
untuk dijadikan negeri itu berkait
dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar
melihat seekor pelanduk putih yang
sangat gagah dan berani telah
menendang seekor anjing perburuan hingga
jatuh
ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk putih, Raja
Iskandar membuka tempat di situ dengan
diberi nama Melaka.
Lain
– lain nama tempat dan negeri yang berkaitan dengan cerita
metos ialah Tanjung Batu, Padang Maya,
Sungai Bersisik, Kota Buruk dan
Biawak Busuk.
3. Metos Asal – usul Kemasukan Islam
Dalam teks Sulalatus Salatin, asal – usul
kemasukan Islam ke Melaka
hampir sama seperti kisah yang diceritakan
mengenai kemasukan Islam ke
Pasai. Walaupun terdapat sedikit sebanyak
perbezaan, namun yang jelas
kemasukan Islam di kedua – dua buah
negeri itu adalah melalui raja yang
bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad S.A.W.
Kemasukan Islam ke Melaka
diceritakan bahawa pada suatu malam Raja Iskandar bermimpi berpandangan dengan
keelokan Rasulullah. Baginda mengajar mengucap dua kalimah syahadat dan
menyuruh menukarkan nama kepada Sultan Muhammad serta memberitahu bahawa pada
waktu asar akan datang sebuah kapal dari Jeddah. Orang – orang dari kapal itu
akan turun bersembahyang di pantai Melaka dan Rasulullah meminta Raja Iskandar
menurut segala kata – kata orang dari kapal itu. Keesokan harinya apabila
baginda bangkit dari tidur, baginda mendapati badannya berbau narawastu dan
kalamnya pun sudah dikhatankan.
Semua perkara yang
dinyatakan dalam mimpi itu menjadi kenyataan kerana pada keesokan harinya
selepas waktu asar, berlabuh sebuah kapal dan orang – orang dari kapal itu
telah turun bersembahyang di pantai Melaka. Makhdum Syed Aziz telah
mengislamkan pembesar Melaka diikuti oleh segala rakyat sekalian.
4. Metos Berhubung dengan Sesuatu Peristiwa Aneh
a) Waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana
Demang Lebar Daun adalah raja yang memerintah negeri Palembang.
Apabila Seri Teri Buana ingin
mengahwini puterinya Raden Ratna
Cendera Puri Demang Lebar Daun
terlebih dahulu meminta diikat suatu
perjanjian (waadat). Permintaan ini
dibuat kerana Seri Teri Buana telah
berkahwin 39 kali dan setiap kali
perempuan yang dikahwininya akan
mendapat penyakit kedal (gatal – gatal).
Sebab itulah sebelum
mengahwini puterinya, Demang Lebar Daun meminta
Seri Teri Buana
mengikat perjanjian.
Demang Lebar Daun
meminta:
ü Anak cucunya
sedia jadi hamba kepada Duli Yang Dipertuan.
ü Hendaklah ia
diperbaiki oleh anak cucu Seri Teri Buana.
ü Jika berdosa sebesar
– besar dosanya pun jangan difadhihatkan, dinista
dengan kata - kata yang kesat.
Seri Teri Buana bersetuju
dengan permintaan di atas dan meminta anak cucu Demang Lebar Daun agar:
“Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau
ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu
itu derhaka dan menitikberatkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan
cedera, berundur hingga takluk negerinya juga”. (Sulalatus Salatin, hlm.25)
Demang Lebar Daun
bersetuju dengan permintaan Seri Teri Buana dan mengikat ikrar bahawa:
“…jikalau anak buah
Tuanku dahulu mengubahkan anak cucu patik pun berubahlah tuanku.” (Sulalatus
Salatin, hlm.26)
Demang Lebar Daun dan
Seri Teri Buana pun bersumpah – sumpahan. Titah baginda.
“Barang siapa hamba
Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya
ke bawah kaki ke atas.”
Maka
sembah Demang Lebar Daun;
“Jikalau raja Melayu itu
mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu dibinasakan Allah negerinya dan
takhta kerajaannya.” (Sulalatus Salatin, hlm.26)
b) Kisah Singapura Dilanggar Todak
Kisah ini adalah suatu
yang bersifat simbolik iaitu bertujuan mengkritik kezaliman pihak pemerintah
atau golongan raja. Peristiwa kezaliman Raja Singapura iaitu Paduka Seri
Maharaja yang telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana
cemburu. Tuan Jana Khatib telah menunjukkan kebolehannya menilik pohon pinang
gading yang terletak di hadapan istana. Ketika itu Raja Perempuan Singapura
berada di pintu peranginan raja. Peristiwa itu dilihat oleh Raja Singapura dan
menyebabkan baginda murka lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tuan Jana
Khatib.
Selang beberapa lama
kemudian, todak telah menyerang Singapura. Serangan todak telah menimbulkan
keadaan huru – hara di Singapura. Ramai rakyat mati terkorban ditikam oleh
jongor todak. Singapura berkotakan betis untuk menahan serangan todak. Seorang
budak telah memberi cadangan agar berkubukan batang pisang bagi menahan todak
yang ganas dan berbahaya itu. Cadangan itu berhasil kerana jongor todak akan
melekat pada batang pisang. Singapura selamat daripada bahaya tetapi kerana
sifat hasad dengki pembesar Singapura, mereka tidak senang hati dengan
kebijaksanaan budak yang telah berjaya menyelamatkan Singapura itu, akhirnya
kerana fitnah budak cerdik itupun dibunuh.
Dari sini amatlah jelas
kezaliman yang dilakukan oleh pihak raja. Hukuman bunuh yang dijatuhkan adalah
tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan apatah lagi yang disebut sebagai
kesalahan itu adalah fitnah semata – mata.
c) Peminangan Puteri Gunung Ledang
Peristiwa ini juga
merupakan suatu metos yang bertujuan mengkritik kezaliman raja dan sifat buruk
yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Syah. Baginda seorang raja yang zalim, kuat
nafsu dan sanggup melakukan kekejaman dan pembunuhan demi untuk memuaskan nafsu
seksnya terhadap perempuan tidak kira sama ada anak isteri orang, tunangan
orang atau lebih – lebih lagi anak – anak gadis. Dalam teks Sulalatus Salatin
diceritakan bagaimana Sultan Mahmud ingin kepada seseorang perempuan yang
cantik melebihi kecantikan yang dimiliki oleh seorang perempuan daripada
manusia biasa. Sebab itulah Sultan Mahmud terlalu ingin memperisterikan Puteri
Gunung Ledang yang termasyhur kecantikannya.
Kritikan
kepada Sultan Mahmud jelas dapat dilihat daripada barang – barang hantaran yang
diminta oleh Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangannya diterima.
Hantaran tersebut ialah :
Sebuah
jambatan emas dan sebuah jambatan perak merentangi daripada Gunung Ledang
hingga ke istana Melaka.
Hati
nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang
muda setempayan.
Darah
sultan dan anakanda Sultan Mahmud yang bernama Raja Ahmad semangkuk.
Semua permintaan Puteri
Gunung Ledang itu sanggup disediakan oleh Sultan Mahmud Syah kecuali darah Raja
Ahmad walaupun jumlah yang dikehendaki hanyalah semangkuk sahaja.
Dengan meneliti secara
halus permintaan Puteri Gunung Ledang itu serta kesanggupan Sultan Mahmud
menyediakan barang – barang yang tidak masuk akal pada kita jelas menunjukkan
kritikan halus terhadap sikap Sultan Mahmud itu membeban dan menyeksa rakyat
jelata kerana golongan inilah yang akan ditindas, dipaksa untuk menyediakan
keperluan itu. Sedangkan apabila kepentingan diri dan keluarga baginda
terlibat, baginda tidak sanggup menyediakan.
FUNGSI MITOS DAN LAGENDA
Definisi Mitos
Kamus Dewan
mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau
dipercayai, misalnya cerita asal usul, cerita kewujudan sesuatu bangsa,
kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan seseorang tokoh. Hashim
Awang pula menyatakan bahawa mitos adalah jenis cerita rakyat yang mengisahkan
mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar biasa yang di luar logik
fikiran manusia. Beliau menambah bahawa mitos terbahagi kepada dua jenis, iaitu
mitos pembukaan sesuatu tempat dan asal usul, misalnya pembukaan negeri Melaka
dan mitos ketokohan seseorang, misalnya Raja Iskandar Zulkarnain.
Cerita-cerita mitos biasanya tidak dapat dikesan pengarangnya, dan ia diwarisi
dari generasi ke generasi berikutnya. Mitos biasanya digunakan dalam bidang
antropologi, kesusasteraan, dan semiotik. Dalam antropologi, cerita mitos
berkaitan dengan budaya manusia atau masyarakat yang menciptanya. Mitos dalam
kesusasteraan dilihat sebagai cerita atau imej manusia yang kekal, dan biasanya
mempunyai hubungan dengan moral atau estetik. Manakala dalam semiotik pula,
mitos dilihat sebagai rantaian yang tidak bersambungan dalam budaya manusia.
Fungsi mitos dalam konteks semiotik adalah untuk menaturalkan budaya.
1. Digunakan sebagai
dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja
Disamping itu, mitos juga
digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan
oleh raja. Penggunaan mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan
atau langsung kepada raja, boleh menyebabkan seseorang itu dilabel sebagai
menderhaka dan boleh ditimpa daulat raja. Jadi, kritikan ini hanya dapat
disampaikan dalam bentuk penulisan. Dalam Sejarah Melayu, kritikan ini
disampaikan dalam bentuk mitos yang pelbagai. Contoh mitos yang berfungsi
sebagai kritikan ini dapat dilihat dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang
oleh Sultan Mahmud Syah.i Puteri Gunung Ledang telah meletakkan
syarat-syarat yang sukar untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya.
Kesemua syarat-syarat tersebut sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat.
Namun, apabila tiba kepada syarat yang melibatkan nyawa anakanda baginda,
baginda tidak sanggup untuk melakukannya.
Definisi Lagenda
Lagenda pula
didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang
bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Lagenda adalah satu genre
dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Lagenda ialah cerita yang serius,
dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Lagenda
membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau
manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti
mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan.
1. Memperkuat konsep
‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu amat
sinonim dengan konsep ‘tulah raja’. Barangsiapa yang menderhaka
kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah raja.
Sehubungan dengan itu, antara fungsi lagenda menurut Yusoff Iskandar dalam
Zahrah Ibrahim (1986: 163) adalah untuk memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan
‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu. Sesuai dengan hal ini, Hang Tuah dalam
Hikayat Hang Tuah telah diangkat menjadi model atau simbol kepada ketiga-tiga
konsep tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila ia sanggup membunuh sahabat
baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat yang pada pandangannya telah menderhaka
kepada Sultan mereka, iaitu Sultan Mansur Syah.
2. Memuji serta
menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.
Seterusnya, legenda juga
berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental
orang-orang Melayu. Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan
Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya. Baginda bertindak menjalin hubungan
diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.
Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan
tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.
3. Menonjolkan
tokoh-tokoh lagenda
Selanjutnya, legenda juga
direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh lagenda. Sebagai contoh, watak Hang
Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai
seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan
orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana.
4. Menceritakan salasilah
raja-raja
Lagenda juga berfungsi
menceritakan salasilah raja-raja. Hal ini dapat dibuktikan melalui Hikayat
Raja-raja Pasai, iaitu mengenai salasilah Merah Silau atau Sultan Malikul
Saleh, iaitu nama baginda selepas memeluk Islam. Pada awal hikayat ini ada
disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah
Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang kanak-kanak
(Puteri Betung) daripada buluh betung dan seorang lagi dijumpai bersama-sama
dengan seekor gajah (Merah Gajah). Setelah kedua-dua mereka membesar, mereka
pun dikahwinkan dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan
Merah Hasum.
UNSUR AGAMA (ARAB)
Mengkaji unsur – unsur agama (Arab) dalam Sulalatus Salatin boleh
dilihat dari aspek – aspek berikut;
1. Kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka
– Dimetoskan.
Pasai
Ø Merah
Silu (Sulalatus Salatin,hlm.55) diIslamkan oleh Fakir Muhammad.
Ajar dua kalimah syahadat dan malamnya
bermimpi berpandangan dengan
Rasulullah S.A.W.
Minta ngangakan mulut. Diludahi. Keesokan hari
badannya berbau narawastu.
Ø Dapat membaca Al – Quran tanpa
diajar.
Ø Tukar nama kepada Sultan Maliku’s
Salleh.
Melaka
Ø Raja Kecil Besar (Sulalatus
Salatin, hlm.72)
Ø Bermimpi berpandangan keelokan
Rasulullah.
Ø Minta ucap kalimah syahadat.
Dituruti.
Ø Titah menukar nama kepada Sultan
Muhammad.
Ø Beritahu keesokan hari pada waktu
Asar akan datang sebuah kapal dari
Jeddah turun
sembahyang di pantai Melaka. Titah ikut segala kata – kata.
Ø Keesokan hari didapati badan
berbau narawastu dan kalam sudah
dikhatankan.
Ø Dapat baca ayat Al – Quran. Mimpi
jadi kenyataan. Waktu Asar kapal Syed
Abdul Aziz turun
ke pantai Melaka. Mereka bersembahyang.
“Maka kaya segala orang
Melaka, “Mengapa ia ini tunggang – tunggik?”
(Sulalatus Salatin,
hlm.73)
Unsur Sejarah
Ø Kedatangan Islam merupakan
peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar –
benar terjadi.
Cara kemasukan Islam atau cara raja memeluk Islam telah
dimetoskan.
2. Perkembangan
agama di Melaka - Belajar Agama / Tasawuf:
Sultan Mansur
Syah
Ø Maulana Abu
Bakar membawa kitab Daru’l – Mazlum ke Melaka (kitab
ditulis dalam tiga bahasa)
Ø Sultan memberi
sambutan / memuliakan. kitab diarak ke balairung.
Ø Sultan
berguru pada Maulana Abu Bakar. Terang hati. Dapat banyak
ilmu.
Sultan Mahmud Syah
Ø Mengkaji maklumat
pada Maulana Yusuf.
Ø Ketika Sultan
datang dengan bergajah dan berpengiring, Maulana
tidak benarkan
masuk. Pintu ditutup.
Ø Sultan datang
waktu malam. Bawa kitab sendiri, bersama dua budak.
Sebut nama
sebagai Fakir Mahmud, barulah dibenarkan masuk.
Raja Ahmad
Ø Berguru pada
Makhdum Sadar Jahan. Belajar mengaji dan berlagu.
Belajar
tasawuf dan ilmu tauhid.
Ø Sangat dimuliakan
oleh istana. Jemput ke istana.
Ø Memiliki dan
mengetahui karya kesusasteraan Islam iaitu Hikayat
Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.
Ø Ketika mengetuai
angkatan Melaka menentang Peringgi, turut
membawa Makhdum
bertimbal rongka. Ketika Sultan Ahmad Syah
berdiri atas
gajah dengan penuh berani dan bersemangat, Makhdum
menarik tangan Sultan Ahmad
supaya berundur:
“Hei Sultan,
di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali.” (Sulalatus
Salatin,
hlm.268)"
Pembesar – pembesar Melaka
Ø Bendahara
Seri Maharaja, Tun Mai Ulat Bulu turut mengaji maklumat
pada Makhdum Sadar Jahan.
Ø Guru
– guru agama datang ke rumah Bendahara berkata – kata
(berceramah) mengenai agama.
Ø
Menasihati berbuat kebaikan. Meninggalkan minum arak. Makhdum
Sadar
Jahan nasihatkan Seri Rama:
“…arak
itu ibu segala najis.” (Sulalatus Salatin, hlm.246)
3. Hubungan
Melaka – Pasai
Melaka menghantar utusan bagi menyelesaikan beberapa masalah agama
di Pasai. Ini disebabkan Pasai mempunyai ramai alim ulama dan merupakan negeri
tertua di rantau alam Melayu menerima Islam.
Ø Semasa Pemerintahan Sultan Mansur Syah. (Sulalatus Salatin Bab
V,
hlm.96).
a) Hantar kitab Daru’l – Mazlum
ke Pasai supaya diertikan oleh Makhdum
Mua. Kitab
yang telah diertikan dipersetujui oleh Maulana Abu Bakar.
Pembesar Melaka berguru pada Maulana Abu Bakar kecuali Kadi Yusof
(anak cucu
Makhdum yang pertama Islamkan Melaka).
b) Tun Bija Wangsa – bertanya
masalah:
“Segala isi syurga itu kekalkah ia di
dalam syurga dan segala isi neraka
itu kekalkah
ia di dalam neraka?” (Sulalatus Salatin,
hlm.159)
Masalah dijawab oleh Makhdum
Mua.
Jawapan diperkenan. Beri
anugerah cenderamata:
Kimka kuning berbunga, sepucuk; kimka ungu berbunga, sepucuk; nuri merah
seekor, kakaktua ungu seekor, emas urai tujuh tahil, dua orang perempuan iaitu
Dang Bibah dan Dang Bunga.
Ø Semasa Pemerintahan Sultan Mahmud
Syah.
a) Hantar utusan bertanya
masalah perkataan antara Ulama Mawara’l Hartar
dengan Ulama
Khurasan dan Ulama Benua Irak.
b) Utusan – Orang Kaya Tun
Muhammad. Hafal isi surat bagi mengelakkan
orang - orang
Pasai menyebut / membaca surat, perkataan “salam” disebut
“sembah”.
c) Beri hadiah
Bingkisan sekin jenawi bertumit bertatah sebilah.
Panah dua rahin
dengan anaknya dua terkas.
4. Karya –
karya Kesusasteraan Islam di Melaka.
Ø Istana
Melaka menyimpan Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat
Amir Hamzah. Sultan Melaka dan pembesar – pembesar serta
hulubalang
mengetahui kisah yang terkandung dalam karya pahlawan
Islam itu.
Ini jelas ketika mereka berkumpul di balairung ketika
berbincang
menghadapi serangan musuh / Peringgi.
Ø Memiliki dan
mengetahui karya kesusasteraan Islam
iaitu Hikayat Muhammad
Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.
Ø Tun Muhammad
Unta minta Hikayat Muhammad Hanafiah tetapi
Sultan Ahmad
serahkan Hikayat Amir Hamzah dengan alasan:
“…..hendak pun kita
anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut
tiada akan ada berani segala tuan –
tuan itu seperti Muhammad
Hanafiah; hanya jikalau seperti Amir Hamzah
adalah gerangan
beraninya,
sebab itulah maka kita beri Hikayat Amir
Hamzah” (Sulalatus Salatin, hlm.268)
Ø Hulubalang
Melaka tetap meminta Hikayat Muhammad Hanafiah:
“….. salah titah baginda
itu. Hendaknya Yang Dipertuan seperti
Muhammad Hanafiah, patik – patik
itu adalah seperti hulubalang
Baniar.” (Sulalatus
Salatin, hlm.269)
5. Wasiat
Wasiat Sultan Alau’d – Din Riayat Syah
kepada Sultan
Mahmud (Raja Mamad)
Maka Sultan Alau’d
– Din pun terlalu sukacita mendengar sembah segala mereka itu. Maka baginda memandang
kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda, “Hei
anakku, adapun engkau hendaklah banyak – banyak sabar dan ampunmu akan segala
hamba sahayamu dan baik – baik memelihara akan dia; kerana firman Allah Taala
serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan Allah
daripada pekerjaan dunia. “Hendaklah engkau sangat – sangat
menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala yang akan memelihara akan kamu kerana
wa man yatawakkal’ala’Allah. Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya,
jangan olehmu diaifi dia dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka,
bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab, Al – ‘abdi
tinu’l – maulana, yang hamba itu, tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada
dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut
dan engkau ingatkan wasiatku ini dan engkau kerjakan supaya berkat diberi Allah
subha na wa taala.” (Sulalatus Salatin, hlm.186-187)
Wasiat Bendahara Paduka Raja (Tun Perak)
Hatta, berapa
lamanya, maka Bendahara Paduka Raja pun sakit. Maka Bendahara menyuruh
memanggil segala anak cucunya, yang sehari dua hari perjalanan. Setelah
berkampung semuanya, maka Bendahara Paduka Raja pun berwasiatlah pada segala
anak cucunya itu, katanya, “Hei segala anak cucuku, jangan kamu
tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini; yang hidup itu
sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan kepada hatimu
pada berbuat kebaktian kepada Allah Taala dan Rasul Allah salla’llahu’alaihi wa
salam, umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama
ganti Allah dalam dunia kerana ia zillu ‘llah fil’alam. Apabila berbuat
kebaktian kepada raja, terasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman
Allah Taala: ati’ul laha wa’ati’ur Rasula wa ulil amri minhum yakni berbuat
kebaktianlah kamu akan Allah dan akan rasul – Nya dan akan raja, inilah
wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai, supaya
kebesaran dunia akhirat kamu semua peroleh.” (Sulalatus Salatin,
hlm.190)
6. Penggunaan Ayat – ayat Al – Quran, Hadis dan Puisi
Arab.
Petikan:
Bidalan / Syair Arab
Maka Tun Teja pun
redalah mendengar kata perempuan tua pelulut itu. Sebab itulah maka tiada
diberinya oleh segala orang tua – tua anak buahnya berlutut pada si pelulut,
adalah seperti kata syair: La ta’mananna’ajuzatan takhalu bal ta’ mananna
asadan ma’a l-ghanama; yakni jangan kamu percaya akan perempuan tua
masuk ke rumah kamu; adakah harimau dipercayai serta kawan kambing?
Maka
kata Tun Teja, “Kalau hamba tiada dipersembahkannya pada
raja Melaka,
takut Hang Nadim mengambil hamba akan isteri.”
Telah
dilihat oleh si pelulut itu, bahawa Tun Teja telah redalah rupanya,
maka si pelulut
itupun pergilah memberitahu Hang Nadim. Maka segala
kata Tun Teja itu semuanya
dikatakannya kepada Hang Nadim. Maka
kata Hang Nadim.
(Sulalatus Salatin, hlm.226 - 227)
Setelah
Sultan Mahmud melihat rupa Tun Fatimah, maka baginda pun
hairan. Maka
inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah seperti syair,
Ma yarji’u al –
tarfu’ainnahu’inda ru’yatihi,
Hatta yu’ ada i-laiya al –
tarfa musytaqu,
Yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia hingga
berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga,
adanya. (Sulalatus Salatin, hlm.251)
Setelah Sultan Mahmud
mendengar sembah Laksamana itu,
kabullah pada hatinya, seperti orang mengantuk
disorong bantal, kerana
baginda sedia
berdendam akan Bendahara Seri Maharaja, sebab anaknya
Tun Fatimah itu, seperti kata bidal Arab:
“Al
mahabbat bain niyat, Wal’asyiq fikr niyat.”
Ertinya: “Yang kasih itu antara tiada dan berahi itu bicara
tiada.”
(Sulalatus Salatin, hlm.257)
7. Unsur Pengaruh Arab dalam Teknik Penulisan Sulalatus
Salatin
Terpengaruh dengan struktur penulisan Arab – Parsi iaitu jelas
dari segi
adanya;
a) Mukadimah: Dimulai
dengan:
Bismillahir-rahmanir-rahim
ALHAMDU lilahi Rabbil
alamin allazi la illa huwa wa kana fil awwali
wala syaiaa
ma’ahu. Segala puji – pujian bagi Allah, yang tiada Tuhan
hanya Ia
dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu juapun serta-Nya…
(Sulalatus
Salatin, hlm.226-227)
Dalam mukadimah disertakan ayat – ayat Al – Quran dan diikuti
pula dengan terjemahan dalam bahasa
Melayu. Struktur penulisan seperti
ini adalah teknik
yang biasa dalam karya – karya Arab – Parsi.
b) Pada tiap –
tiap akhir cetera, pengarang akhiri dengan
Ayat: “wa’liahu
a’lamu bi’s-sawab, wa illaihi ‘l-marji’u wa’l-ma’ab.”
Hanya pada akhir cetera
ke XV sahaja di akhiri dengan ayat:
“Wa ‘llahu a’lam.”
UNSUR SEJARAH
Pendapat Liaw Yock Fang, Sejarah Melayu,”…….memang
boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan kerana teks tersebut
merupakan sumber sejarah penting terutama untuk penyusunan itu. Dan Sejarah
Melayu sememangnya memberikan satu gambaran yang jelas tentang kehidupan di Melaka
pada abad ke-15.” (Liaw Yock Fang, 1982, Sejarah Kesusasteraan Melayu
Klasik, Singapura, Pustaka Nasional, hal.214-215)
MITOS DAN LAGENDA :
Dalam bahagian awal teks Sulalatus Salatin
diceritakan bahawa keturunan raja-raja Melayu adalah daripada salasilah
keturunan Iskandar Zul-Karnain berasal daripada negeri Makaduniah. Baginda
telah menakluki negeri Kida Hindi, mengislamkan rajanya dan berkahwin dengan
puteri Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul Bariyah.
1. Mitos asal-usul
tempat dan negeri
Bagaimana
sesebuah tempat mendapat nama juga dikaitkan dengan cerita-cerita mitos. Dalam
teks Sulalatus Salatin biasanya pemberian nama tempat dikaitkan dengan
binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh atau luar biasa.
a. Asal-usul Singapura
Asal nama binatang yang dipercayai “singa”. Seri Teri Buana sewaktu
sampai ke Temasik telah terpandang seekor binatang yang maha pantas
lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya dan putih dadanya.
Sikapnya yang terlalu pantas serta perkasa dan besarnya lebih
sedikit
daripada kambing randuk. (Sulalatus Salatin, hlm 40)
b. Asal-usul Melaka
Nama Melaka semperna dari nama sebatang pokok yang bernama
Melaka. Pemberian nama tempat yang
dibuka untuk dijadikan negeri itu
berkait dengan keadaan ganjil. Misalnya, Raja Iskandar melihat seekor
pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor
anjing
perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban
pelanduk
putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama
Melaka.
Tokoh lagenda dalam Sulalatus
Salatin
Mengikut Yusoff Iskandar pula, sesebuah cerita atau tokoh yang dianggap
lagenda ialah;
i.Kisah mengenai
keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh
manusia tertentu yang berkemungkinan besar pernah hidup dalam sejarah.
Raja Suran
Raja Suran juga adalah seorang raja yang perkasa, juga merupakan
ketua angkatan perang yang gagah berani. Apabila Raja Suran mengetahui bahawa
negeri China tidak mahu tunduk di bawah kekuasaan negeri Amdan Negara, amak
raja Suran tidak gentar dan tidak teragak-agak untuk menyerang negeri
China.
ii. Tokoh itu pula baisanya ada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada
hubungan dengan kekuatan politik dan agama. misalnya,
Iskandar
Zul-Karnain
Tokoh ini merupakan
seorang tokoh pahlawan Islam juga seorang raja yang agung dan terkenal di
seluruh dunia sebagai seorang yang gagah perkasa dan berjaya menakluki banyak
negeri hingga sampai ke Benua Keling. Dalam Sulalatus Salatin tokoh ini
dikaitkan dengan keturunan dan salasilah raja-raja Melayu.
iii. Keunggulan tokoh sering dihubungkan dengan watak-watak istimewa
dan bersifat “supernatural”, gagah, berani, kuat, pintar dan bijak. misalnya
Hang Tuah
Memiliki
kekuatan yang melebihi kebolehan manusia biasa. Sifat-sifat
“supernatural” yang menjadikan seorang pahlawan yang terbilang.
Keperwiraan Hang Tuah terserlah sejak Hang Tuah masih kecil. Sifat-sifat
kepahlawanan Hang Tuah jelas dari tilikn bapa Hang Tuah apabila melihat bulan turun
dari langit, cahayanya memenuhi kepala Hang Tuah. Ramalan gurunya Aria
Putera waktu Hang Tuah bertapa. Hang Tuah dan sahabat akan jadi pegawai besar
di Tanah Melayu. Keperwiraan dan kegagahan Hang Tuah jelas daripada kejayaan
Hang Tuah bersama sahabat-sahabatnya telah mengalahkan lanun di Pulau Besar
ketika Hang Tuah baru berumur 10 tahun.
UNSUR KEAGAMAAN
Kepercayaan dan Agama
Kepercayaan kepada anamisma:
Masyarakat Melayu percaya kepada animisma iaitu menganggap benda-benda
mempunyai semangat dan kuasa ghaib, Mereka percaya bahawa jembalang yang keras
menguasai sesuatu tempat mengakibatkan penduduk mendapat sakti dan mati. Dalam
Sulalatus Salatin ada menceritakan bagaimana Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ria’yat Syah di Johor terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya dari Tanah
Putih ke Hulu Sungai Damar, Batu Sawar. Sulalatus Salatin mencatatkan; “……….sekira-kira
dua tahun baginda di Tanah Putih, maka terlalulah banyak orang sakti dan mati,
kerana Tanah Putih itu sangat keras jembalangnya..” (Sulalatus Salatin, hal.
309-310).
Di dalam teks Sulalatus Salatin mempunyai
kepercayaan lain antaranya kepercayaan kepada kuasa ghaib termasuk
jin dan peri. Ini jelas dalam episode yang berlaku di Bukit Si Guntang iaitu
ketika ketiga-tiga putera raja Suran menjelaskan kepada Wan Empuk dan Wan
Malini bahawa mereka bukanlah jin atau peri. Sulalatus Salatin; “.......Setelah
keduanya berfikir, lalu bertanya, “Siapa tuan hamba ketiga ini? anak raja mana
tuan hamba? anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja
inderakah?” (Sulalatus Salatin, hal.21).
Percaya kepada bomoh dan pawang: Bomoh dan pawang berperanan dalam upacara yang melibatkan kuasa
ghaib terutama hantu. Sulalatus Salatin menceritakan bahawa Raja Pahang
memiliki ramai pawang gajah yang berperanan dalam usaha menangkap gajah liar
dan menjaga gajah. Di Melaka, orang yang arif tentang gajah bergelar Penghulu
Gajah ialah Seri Wak Raja.
Percaya kepada nujum: Nujum berperanan membuat ramalan. Sulalatus Salatin menceritakan
bagaimana Sultan Maliku’s Salleh menggunakan nujum untuk memilih seorang
daripada puteri raja Perlak untuk dijadikan isterinya. Begitu juga dalam usaha
menangkap Maharaja Dewa Sura, Seri Bija Diraja membuat ramalam; “Maka
kata Seri Bija Diraja, “Di mana kamu semua orang muda-muda tahu, kerana
Maharaja Sura itu kukirakan namanya di bawah namaku, harinya di bawah hariku,
ketikanya di dawah ketikaku, di mana ia aku akan lepas daripada tanganku?” (Sulalatus
Salatin, hal.97)
Percaya pada ramalan: berdasarkan petunjuk daripada tanda-tanda yang luar biasa atau
mimpi. Sulalatus Salatin menceritakan Bendahara Paduka Raja meramalkan Tun
Mutakhir akan menjadi seorang pembesar setelah ia melihat cahaya dari langit
memancar betul-betul di kepala Tun Mutahir dan cahaya itu hilang dengan cepatnya.
Mengikut ramalan Bendahara bahawa: “budak ini kelak menjadi Orang Besar.
Daripada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal.” (Sulalatus
Salatin, hal.146)
Percaya pada keramat: Orang-orang Melaka menganggap tokoh-tokoh agama mempunyai
keistimewaan yang tertentu atau dianggap sebagai keramat. Ini jelas pada Tuan
Jana Khatib yang dibunuh oleh Raja Singapura. sewaktu dibunuh, hanya darahnya
sahaja yang titik sedangkan badannya terhantar di Langkawi. Darah Tuan Jana
Khatib ditutup dengan tutup bikang lalu menjadi batu dan dipercayai batu itu
masih ada hingga kini. Kejadian ini tersebar luas dan menjadi bualan dan
nyanyian orang sebagaimana berikut;
Teluk itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang
tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di Lengkawi.
(Sulalatus Salatin, hal.68)
Kepercayaan berunsurkan Hindu-Buddha: lembu putih kenaikan tiga-tiga putera Raja Suran di Bukit Si
Guntang. Tempat perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini bertukar warna menjadi keemasan.
Lembu putih dan warna keemasan adalah simbol Hindu. Terdapat perkaitan yang
erat dengan dewa-dewa iaitu unsur penjelmaan dan kesaktian yang dikaitkan
dengan Mahamiru. Sulalatus Salatin mencatatkan bahawa ketiga-tiga putera
raja Suran turut di Bukit Si Guntang di Palembang.
Manakala yang terakhir semestinya yang tetap
teguh kepercayaan kepada Agama Islam. misalnya, unsur Islam dapat dilihat dari
awal cerita lagi iaitu kisah Iskandar Zul-Karnain seorang yang beragama Islam
dan berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariah. Perkahwinan diwalikan oleh Nabi
Kidir. Raja Suran yang turun ke negeri bawah laut iaitu di negeri Dika
mendapati bahawa Kaum Barsam adalah beragama Islam. Juga diceritakan mahkota
yang diambil dari raja Jin dari perbendaharaan Raja Sulaiman a.s
Mereka menerima Islam melalui Raja Kecil Besar.
Kisah Raja Melaka memeluk Islam dalam Sulalatus Salatin diceritakan dengan
mengaitkan keada unsur-unsur mitos. Raja Kecil Besar bermimpi bertemu dengan
Rasulullah S.A.W. Sulalatus Salatin mencatatkan; “…..setelah berapa
lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam,
berpandangan dengan keelokan hadrat nabi Mustaffa Rasulullah S.A.W.” Maka sabda
Rasulullah pada raja Kecil Besar, “Ucap olehmu: Asyhadu alla illaha I’l Allah
wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.”
Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah
bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar
berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan
rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad
Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
UNSUR KEMANUSIAAN
Kemanusiaan bermaksud, perihal manusia, sifat-sifat manusia.
(Kamus Dewan, Edisi Ketiga , K.L 1994, hlm 859)
Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang
baik dan murni iaitu sifat-sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya
dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat
manusia yang dianugerahi akal dan budi disamping nafsu. Sifat-sifat manusia itu
dilihat jugga dari sifat-sifat yang berlawanan atau sesuatu sifat yang
berdasarkan hawa nafsu semata-mata.
Perikemanusiaan pula
bermaksud, “sifat-sifat yang wajar bagi manusia (seperti bertimbang rasa,
tolong-menolong, mengasihi dan sebagainya). Berperikemanusiaan bermakna,
“mempunyai perikemanusiaan (seperti perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong,
mengasihi dan sebagainya. Ketidakperikemanusiaan pula bermaksud,
perihal yang tidak baik.
Kemanusiaan yang positif
1. Adil dan Bijaksana
Sulalatus Salatin menyebut dengan jelas tentang beberapa orang
raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil
dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua
negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai. Antara contoh
Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Misalnya,
“….terlalu
baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam
ala mini tiada sepertinya pada zaman itu.”
ii. Sultan Alau’d-Din Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan
yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa
bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh
pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
2. Berbudi Bahasa
Sifat dan kelakuan berbudi Bahasa juga merupakan satu sifat yang
amat mulia. Bendahara Paduka Raja terkenal sebagai seorang yang berbudi Bahasa
tinggi. Walaupun ia mengetahui Laksamana memburuk-burukkan peribadinya
kerana enggan menolong Sultan Zainal Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana
Sultan Pasai itu enggan mengirim ‘sembah’ pada Raja Melaka) tetapi apabila
ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja tetap memuji-muji kebakan
peribadi laksamana sewaktu berada di Pasai.
Maka
Laksamanapun datang lalu menirap, menyembah kaki Bendahara Paduka Raja. Maka
sembah Laksamana “Sesungguhlah tuanku sedia asal Orang Besar-besar, penghulu
pada sahaya semua. (Sulalatus Salatin, hlm 125)
3. Berjasa dan Berbakti
Dalam konteks pemerintahan feudal raja memiliki kuasa mutlak.
Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia
serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas
jasa yang dicurahkan, sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam
bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan
pangkat kebesaran dan gelaran tertentu. Contohnya;
i. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang
Tuah adalah seorang panglima yang sangat berjasa. sebagai contoh
“Maka terlalu
sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya
dianugerahkan kepada Hang Tuah… telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
“Laksamana” itu, dan diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Bija Diraja”. (Sulalatus Salatin, hlm 142)
ii. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putera serta utusan Melaka
yang pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka
dengan Siam mendapat penghargaan Sultan:
“ Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi anugerahi
persalin Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dan segala utusan Siam itu”.
(Sulalatus Salatin, hlm
111)
4. Sifat Bertimbang rasa atau Diplomasi
Sifat ini juga sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat
terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan.
Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa perkara buruk yang
melibatkan kemusnahan dapat dihindari. misalnya; Raja Iskandar Zulkamain
sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja
Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya.
Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja
Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana
pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa
turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus
"membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda
kepada agama yang diredhai.
Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah
menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat
diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh
di Melaka waktu itu. Sifat timbang rasa Sultan yang sekaligus mengorbankan
kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah pemerintahannya itu
telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka
seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
Kemanusiaan yang negatif
1. Kekejaman dan Keganasan
Sidi Asma Yaumi’d-Din dijatuhkan hukuman dipenggal kepala kerana
keengganannya berpisah dengan Sultan Maliku’l- Mansur. Hukuman kejam ini
diceritakan dalam Sulalatus Salatin;
“Maka oleh Sultan Maliku’t-Tahir
disuruhnya kerat kepala Sidi Asma Yaumi’d-Din , kepalanya dibuang ke laut, dan
badannya disulakan di kapal Pasai”. (Sulalatus Salatin, hlm 64)
2. Sifat Cemburu
Perasaan cemburu merupakan suatu sifat yang akan membawa kepada
tindakan di luar batas-bata kemanusiaan. misalnya;
Perasaan cemburu gundik-gundik Raja Iskandar zaman kerajaan
Singapura terhadap gundik kesayangan raja iaitu kepada Sang Rajuna Tapa.
Perasaan cemburu yang meluap-luap akhirnya membawa kepda usaha memusnahkannya.
“Jika sungguh
sekalipun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah ia, engapakah diberi malu
demikian?” (Sulalatus Salatin, hlm 69)
3. Menyebarkan Fitnah
Fitnah yang dibawa oleh Raja Mendaliar, Kitul dan Laksamana Khoja
Hassan yang terlibat menyampaikan berita Kelada Sultan Mahmud bahawa Bendahara
Seri Maharaja Tun Mutahir hendak menderhaka. Laksamana Khoja Hassan turut
terlibat apabila ia disogokkan dengan harta emas yang banyak. Kitul
menyampaikan berita kepada Raja Mendaliar dan mendapat habuan yang lumayan.
hutangnya dilangsaikan.